Tuesday 7 August 2012

Akhirnya GSR Yang Menjadi Pilihan - Part 1




Apa itu GSR? GSR adalah singkatan Gold Silver Resources. Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. X sampai setahun jagung pung lagi.Ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. CEO nya seorang melayu En Syukor Anuar. Actually dah hampir 2 tahun mama survey sykt2 di malaysia utk pelaburan emas. Search mama yg pertama, mama terjumpa pelaburan dgn membuka saving akaun samada maybank, cimb & KFH. Bila mama search pendapat ustaz2 especially Ustz Zaharuddin, keputusan mama masih samar bila terbaca hukum tu. Dlm byk2 tu Ustaz Zaharuddin metion KFH blh diterima tp di Terengganu still x dok lagi Cawangan KFH. Frust mama. So masa tu mama masih tercari2 alternatif lain. Last2 rupanya kwn mama yg keje odit kat LHDN, dealer PG (Public Gold). So mama telah mula meng invest dgn silver bar sebanyak 2 keping hasil dari duit tanggung kerja (Cik Yan bersalin). Selang bbrp bulan lepas tu ada duit lebih skit mama beli dinar 1 keping &  gold bar hok 10grm yg dibayo 2x dgn kwn mama. PG ada skim bayo ansuran bila kita lock hage. So time tu aura emas memang kuat. Terima kasih Hariana yang memperkenal aura emas gold bar & silver bar kepada mama.

Asal mama berminat nak jadi dealer PG tp mama x mampu coz modalnya RM20,000.00. Memang dpt emas fizikal, tp duit sebanyak tu ikhlas mama cakap memang mama x dok. Dan mama xkan buat loan hanya semata nak jadi dealer. Dealer emas ok lagi, blh jadi investment in future tapi ada satu kes nasib mama & Cik Yan  x terjebak dgn satu company yg perlu ambik loan hingga RM40K utk jd dealer. Terima kasih Ya Allah, ada sj halangan time nak buat loan tu. Kalu x, sampai sekarang kami still bayo loan entah apa2 & x pasti brg tersebut habis dijual atau tidak. Syukur Ya Allah diri ini tidak dibelenggu dgn keberhutangan yg blh dikira serius...huhu. RM40K tu...campur dgn bunga2, hitunglah sendiri,  sampai ke tua x terbayo...

Mama melabur nie utk anak2 mama coz mama perlu cari alternatif lain selain simpanan Tabung Haji coz anak2 mama dihantar sekolah agama swasta so tiada bantuan dari kerajaan. Dari yuran hinggalah ke buku2. Ramai yg cakap, dah tahu duit kurang, kenapa anto sekolah berbayar, x anto sekolah yang ditanggung seme oleh kerajaan???Sebenarnya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 mereka. So bila difikir, ramai yg lepasan sekolah biasa yang menganggur & persaingan yg sengit antara mereka, kerja pung susah sekarang dlm pelbagai bidang. Pasal yuran & bayaran2 lain, setakat nie al-hamdulillah, ada saja rezki anak2. Niat kita baik, insyaallah Allah akan tolong. Mama & abah akan usaha semampu yg boleh. So bila mama & abah buat keputusan anto anak2 ke sekolah agama berbayo...so mama & abah berharap, anak2 dapat mencari ilmu dunia & akhirat & digunakan bila beso nanti. Mama & abah x mampu nak ajar anak2 ilmu akhirat coz kami memang hanya ada ilmu yg basic saje. Andai kata nanti peluang pekerjaan tiada, mama harap ilmu itu kamu blh perguna utk orang ramai walau di mana kamu berada, tidak hanya bergantung pada ilmu dunia. Dunia sekarang akhir zaman, ramai orang kaya2 sedang mencari mereka2 yg berilmu akhirat utk belajo semula terutama bacaan Al-quran. Insyaallah rezeki ada dimana2 & tekadkan yang rezki tu dari Allah, bukan dari manusia2 dibumi. Mereka hanya perantaraan utk disampaikan rezki tersebut. Pjg lak mama berceloteh. Lari dari tajuk...

Berbalik pada GSR...

Ditubuhkan pada tahun 2011, dilaunch pada akhir tahun 2011.

TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT :
Mengeluar Pelbagai Produk Berasaskan Emas dan Perak
Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar SAH. 
Memberi Pendidikan dan Kesedaran pentingnya menyimpan emas dan perak kepada rakyat Malaysia.

Pihak syarikat juga mengeluarkan pelbagai produk Emas Perak. Antara Produk Silver 1 oz - Bunga Raya , Harimau Malaya manakala produk jongkong dalam berat 100 gram , 250 gram , 500 gram , 1kg . Untuk barangan kemas 916 & 999 : Gelang dan rantai tangan.
Bertemakan konsep pendidikan pelaburan masa hadapan disamping mempromosikan Malaysia diperingkat antarabangsa, GSR mengeluarkan pelbagai produk berasaskan perak dengan melambangkan identiti Malaysia. Produk yang dikeluarkan merupakan produk 100% Buatan Malaysia. Tertubuhnya syarikat GSR di Malaysia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyimpan emas perak GSR sebagai koleksi peribadi disamping ia dijadikan asset pelaburan pada masa hadapan. 

Yang paling best adalah konsep mampu milik yang ditekankan. So mcm mama nie mmg yang nie sesuai. Yang jenis banyak duit x pandang barang2 gini. Yealah dah banyak duit, so just tunjuk2 jer kat kedai2 patern mana nak. So penekanan GSR adalah golongan pertengahan mcm mama.hehe

Sedikit Info :-
Emas adalah untuk jangka masa panjang. Dibeli untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji & kos pendidikan anak2. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun. Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 3 atau 5 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang.  Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di'liquid'kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?





Mama masih ingat semasa mama darjah 6 dulu, aki just bagi 50sen untuk belanja sekolah. 20sen beli nasi lemak/keropok goreng, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi simpan ataupun buat belanja belah petang. Sekarang, abah  bagi duit belanja kat anak2 ke sekolah RM2.00 paling sedikit. Petang nak beli mintak duit lain lak... Kenapa tidak sama dengan zaman mama dulu, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya anak2 mama. (ketika ini, termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih). Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita? Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang  nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!

Kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka. Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. 

Niat mama just utk pelaburan anak2 & diri sendiri, tp kalu ada kwn yg nak beli, mama ok jer. Mama x bersungguh pun nak buat jualan brg2 nie. x lah sampai tukar hp yg canggih, ngadap fb setiap waktu semata2 nak jual nie. Coz mama tahu, masa mama & anak2 sgt pendek, so bila mama kat rumah, mama just tumpu utk anak2 jer. Kalu kat tempat kerja gitu gak. Bukan mama nak cakap mama baik ngat, tp kalu nak buka fb time keje adalah rasa skit bersalah pada diri sendiri. Kalu ada keje pung, kena settle betul2 & barulah nak belek blog2 orang lain. Kalu nak buka FB memang jarang sekali...Kalu ada rezki adalah, bukan kata x perlu usaha tp bila kwn2 dah tahu mama masuk GSR, kalu diaorg berminat, just beritahu jer. x ada paksaan...



Yang best GSR nie coz beli on-line & terus sapa ke rumah. So senang jer, rasa ada duit lebih skit2 dlm sebulan dlm RM130 - RM200, mama terus oder mana yg mampu mama beli. So terus email & buat payment via Maybank2u, & tunggu process & co. akan bagi tracking no. poslaju utk memastikan barang telah berada di mana. Tu yg mama suka. Canggih sekarang, beli emas/silver coin secara online tp yg pasti mama hanya beli YANG MAMPU MILIK. Biar bulan2 beli hok kecik2 jer, insyaallah lama2 jadi bukit...haha.Pada x beli langsung. Kalu bukit pung bukan bukit emas tp yang pasti BUKIT SILVER. Moga Allah mempermudahkan segalanya...AMIN.



3 comments:

  1. tahniah kak nora...Allah pun sayang kat hamba2nya yang berusaha untuk mengubah nasib keluarga..bukan dok saja mengharap rezeki jatuh atas riba... :)

    nak tanya, buat blog ni kat umah ke kat ofis?? layari blog sama la mcm layari fb kan..hahahhaha..tu sbb kena ada smartphone, baru x rs bersalah tgk blog/fb sbb x guna harta kerajaan.. huahuahua..:)~untuk peringatan diri sendiri jgk..

    ReplyDelete
  2. Blog biasa buat kat rumah,save as draft & kalu ada masa terluang baru edit & publish kat opis.Layari blog lain dgn fb, fb kena layan2, jwb komen, bukak link tu, bukak link nie. Blog just baca sekali lalu jer.hehe...apa yg penting, keje mesti siap...

    ReplyDelete
  3. Betul2..yg penting xde keje yg x selesai lagi kan..sy pn mcm tu gak..hehe :)

    ReplyDelete