Sunday, 26 August 2012

Raya Pertama - Part 2


Selepas habis menziarahi  mak & pak sedara abah belah Pulau Manis, barulah menjengah ke rumah aki & chek. Padahal rmh mereka x sampai pung 1km dr rumah kite. Tp disebabkan kita bersolat di Kubang Lembek, ianya paling hampir doh dgn kg. abah...huhu. So terjah kg. abah dulu.

Macam biasalah, kalu dah sampai time nie, semua orang dah x ada. Just tinggal aki & chek. Ateh ma dah kepenatan melayan tetamu & dia berehat atas rumah coz dia migrain & anak dia syafiq muntah2. Rumah chek mmg selalunya rmh pertama diterjah oleh sedara mara terdekat coz selepas menziarahi kubur, mrk terus terkam rmh chek. Mmg dah tahu camna situasi meriah dgn sedara mara di pg raya coz muda2 dulu mmg mama lah org yg plg sibuk melayan..kui3. Dan mcm biasa kena leter dek chek coz mari paling lambat dari org lain. Dan mcm biasa mama pekakkan telinga. 

Antara anak sepupu yg berkunjung ke rumah chek. Adik memang suka berkawan, walau baru jer kenal...

Atas riba mama tu namanya Haziq (anak doktor) yg dua beradik berbaju merah tu anak kepada cikgu Amir - sepupu mama.

Suka gambar nie tapi x berapa clear. Dua beradik yg selalu bercakaran & kadang2 suka bergelak ketawa 



Lepas sejam dua duk barulah si pok uda balik dari menziarah rumah kawannya...
Pembahagian duit raya dari seorang bisnesman. Along dgn gumbira menerima sampul raya yg berisi not merah dr pok uda.

Giliran angah arif...

Iskkk siap bergaya nak posing...

Aiman dgn gaya manja...auwww

Adik yg sempoi...

Selepas mama & anak2 puas duk rmh aki,  sedangkan abah sempat balik rumah mandi, rehat & tukar baju, kami ambil keputusan kuar beraya rmh sedara mama di Seberang Takir. 

Pertama pergi rumah Mok Amah (mak sedara sabit mama - isteri kpd arwah Pok Long Ghani - abg aki). Tiada gambo coz segan nak kuarkan kamera. Mmg sedara belah aki nie mama x brp rapat. Mok Amah duk dgn K.Yah yg masih solo. x kahwin2 lg, x ada jodoh katanya. 

Rumah ke-2 -  rumah anak mok amah merangkap sepupu mama - Kak Ha berdepan dgn rmh bondanya. Lepak lama gak situ coz anak2 duk layan astro pasal Zizan & Aron Aziz hok pekena peminat dia. Siap pekena konon kena rompak & yg best siap JPJ pung bersubahat...haha.

Rumah ke-3, rumah Toki Shim (abg aki), dia pung bekas guru. Isteri dia lama dah meninggal & skrg duk dgn anak2.

Rumah ke-4, rumah mak su (sedara belah Chek). Sempat tumpang solat asar di sini coz kalu sedara belah Chek mmg kami rapat...huhu. Plan nak ambik gambo ramai2 mcm tahun lepas tp x jd coz time nak balik, ramai lak sedara-mara belah arwah ayah su dtg. So seganlah...

Antara hidangannya - nasi kuning lauk ikan aye & ayam goreng & satay.

Selepas selesai beraya 4 buah rumah di Seberang Takir, singgah rumah ummi, asal nak ambik kek yg buat aritu...tp last2 asyik borak, lupa nak ambil.

Along berposing ala Hindustan depan rumah ummi bertemankan mempelam epal yg rangup...Dapat sebijik, balik mkn dgn colek kicap. Best...

Ummi beraya sakan sampai biskut raya x sempat nak isi dlm balang. Akhirnya adik yg tolong masukkan.

Satu2nya gambo posing manja. Gambo org lain byk, gambo sekeluarga sendiri x sempat nak ambil.huhu

No comments:

Post a Comment