Wednesday 13 February 2013

Kenduri Sepupu Sepapat

hahaha...Campur aduk hok 2012 dan 2013...N3 tertangguh....

Kenduri sepupu pada 25 Dec 2012...Pengantin lelaki tu sepupu mama.



Area Teluk Ketapang


Adik bersama pengantin perempauan (seorang engineer)


Pengantin lelaki dah tukar uniform...


Simple n nice background..

Bersama pengantin, tok ma dan anak2 sepupu yang lain...

Close up..



Nie kenduri rumah sepupu abah kat Kg Bukit...09.02.2012 (CNY)

Adik terpaksa berdukung coz baru bangun dari tido akibat jem dijalanan...Suka gambo nie...lupa dah sape tolong snap...

Adik sego lepas makan gulai...

Mama...

Along...


Gift dari pengantin...bekas kaca berpetak diisi coklat hok mahal2. So pakat berebut nak makan...dpt dua bekas, hok mama n abah.



Kenduri anak sepupu (Nabilah) di Pulau Kerengga pada 10.02.2013 (CNY)

Bersama pengantin dan sepupu serta anak2 sepupu..

Hantaran lain dari yang lain DSLR Sony dan Kepala Kail...(Kedua2 pengantin mempunyai hobi yg sama, memancing & mengambil gambo)

Pengantin yang sama padan...

Nie wife kepada sepupu mama, actually dia suami isteri adalah bisu (k.zawiah nie buka kedai gigi palsu kat Padang Midin dan suami dia abg Nasir still keje kat Klinik gigi Wee,sblm nie pun K.Zawiyah tu keje kat klinik tu gak) namun anak2nya seramai 4 org kalu x silap semua blh bertutur dgn baik dan mereka pandai berbahasa isyarat dgn mak ayah mereka...Merekalah tukang translate kalu kami berborak...

Dua org tulah anak kepada sepupu mama yg bisu tu...baju merah & hitam putih jalur...Yang baju merah tu cerdik...siap berbahasa isyarat dgn mak dia kalu mak dia x faham apa kita nak cakap dgn dia...good boy...jadi anak berguna buat mak ayah.

Aiman & adik duk sibuk belek cenderahati yang dapat - surah yasin dan air mineral...coz mereka just buat kenduri kesyukuran jer...(x salam duit). Sempat berborak lama gak dgn sepupu n anak2 sepupu yg jarang jupe...

Kami...

Dan petang tu on the way nak balik kenduri, alang call ajak main kat pantai...tp lepas kami ke Pulau Kerengga, kami ke kenduri di Kuala Berang lak rmh kawan abah...penuh perut dgn daging gulai...haha

Dari Kuala Berang ke Teluk Ketapang sampailah kami dalam pukul 6 pm. Sempatlah bermain2 dgn anak2 buah yg dah lama x jupe...

Mainan adalah baru dibeli oleh alang di Giant...Adik punye entah ke mana...lama doh x main pasir pantai...lgpun adik dah beso, mainan pun lesap gitu jer...

Aiman, Angah & Asya...

Main jgn x main...

Alang n Raid - the only hero 

Raid...handsome boy.


Raid takut bunyi ombak...mulalah dia bergelepor...Tapi selambe jer duk atas pasir n main pasir n masuk mulut....haha.


Main...Kyra x kelihatan di dalam gambo coz asyik nangis tengok ombak...padahal sebelum nie ok jer main air laut...


Aiman...

Tidak kelihatan dalam gambo tapi ada di tempat kejadian adalah Mama, abah, mak alang N Kyra...Sibuk berborak, so x ingat nak posing2 haha...

Asrama Darul Quran, Marang Terbakar


Semua kejadian yang dijadikan oleh Allah terhadap sesuatu itu ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui kerna KUNFAKUN.

Kejadian berlaku pada tarikh 05.02.2013 pukul 10.40 pagi ketika pelajar-pelajar sibuk di dalam kelas. Salah sebuah Blok Asrama Banin Darul Quran Rusila, Marang telah terbakar. Kebakaran awal disedari oleh salah seorang daripada ustaz disitu yang mungkin berpunca dari pada lintar pintas.

Mama mengetahui kejadian tersebut setelah abah menghantar gambar2 kebakaran melalui wechat(opis mama whatsapp blocked) dalam pukul 11.30 pg di mana gambar2 tersebut dengan pantas telah tersebar  melalui whatsapp.

Hati seorang mama mula resah kerna angah arif juga merupakan salah seorang pelajar di situ, daripada gambar yg tersebar mama pasti itu bukan blok asrama angah arif coz blok angah 2 tingkat, tingkat atas kayu n bawah batu. Angah arif duk tingkat bawah...Blok asrama angah paling hampir dengan Masjid Rusila.


Antara gambar yang tersebar melalui whatsapp

MasyaAllah....Gambo dr whatsapp...kelihatan pelajar hanya mampu melihat dari jauh kebakaran tersebut. 



Gambo dari whatsapp


Dalam hati mama berdebar2 dan sedang plan dgn abah untuk pegi ke tempat kejadian, anak mama telah menghubungi mama untuk memberitahu keadaan sebenar dan menyatakan semua pelajar selamat. Alhamdulillah...Dapat berborak kejap saja dgn angah coz ramai lg yg beratur untuk hubungi keluarga bg memaklumkan kejadian tersebut.

Pukul 12.45 mama bersama abah telah ke tempat kejadian bg menenangkan anak2 mama (along asrama banat) dan melihat sendiri kesan kebakaran tersebut. Dalam perjalanan kami ke sana, abah telah mendapat sms daripada madrasah bg memberitahu kejadian tersebut dan arahan bawa pulang anak masing2 selepas solat zohor. 


Photo oleh mama. Kelihatan di belakang sana ada tiang2 baru yg terpacak. Itu adalah bangunan asrama banin yg dlm perancangan. Bangunan tersebut adalah hasil kutipan 100% derma dari orang ramai dan dermawan lain yg perihatin.

Kesan kebakaran. Bersebelahan bangunan tersebut merupakan nursery bg anak2 pengajar di situ. Mama diberitahu nursery tersebut hampir2 terbakar dan sekumpulan banat telah menyelamat dgn segera kanak2 di dalamnya yg terdiri drp lebih 20 orang. Kanak2 tersebut pada ketika itu ada yang sedang tido dan ada yg terpinga2 melihat api besar berhampiran mereka. 

Alhamdulillah kebakaran tersebut tidak melibatkan blok asrama bersebelahan....

Kelihatan wartawan Sinar Harian sedang menemubual Ustaz dan pelajar...Dua beranak pun ada kat situ, abah baju hitam dan angah baju purple kopiah putih...(sebelah bangunan terbakar tu)


Ahli bomba masih membuat siasatan...


Secara dekat..

Sayu bila mama dengo cite ada sorang pelajar Tahfiz mengalunkan suara azan ketika api sedang marak...Dan ada pelajar yang menangis kerna tidak dapat menyelamatkan kitab2 yg terdapat dlm asrama tersebut. Seramai 80 pelajar tinggal sehelai sepinggang - yg tinggal hanya kitab yg dibawa belajar ketika itu dan jubah yang dipakai. Hanya mampu bersabar kerna Allah menduga seseorang yang bagiNYA ianya boleh menghadapi dugaan itu...

Keesokan hari kejadian tersebut ada dilaporkan dalam harian Metro dan berita TV Alhijrah ada menyiarkan kejadian tersebut.

Harian metro - 6.02.2013




Dari maklumat yang diterima, ramai dermawan yang ingin menghulur bantuan dan memohon pihak madrasah memberi nombor akaun bagi tujuan tersebut. Derma kilat telah dilancarkan dan ramai dermawan telah menghulur bantuan bagi meringankan beban pelajar yg terlibat.

Salah seorang yang terlibat adalah anak kepada Cikgu adik - anak Cikgu Nor iaitu Said. Sayu mama melihat wajahnya ketika kejadian namun, anak2 ini telah diajar menerima Qada' dan Qadar . Disebalik kesayuan wajah tersebut ada cahaya di mata mereka...Allah maha mengetahui segalanya dan hanya padaNya kita meminta tolong. 








Cuti2 La Hot Spring, Besut

Bertarikh 08 Februari 2013 (Jumaat) kami sekeluarga telah ke destinasi yg diberi nama La Hot Spring, Besut. Almaklum anak2 cuti pjg coz CNY pada 10 - 11/2/2013. Tambahan pulak, ank2 terpaksa diarah balik awal kerna salah satu asrama Banin telah terbakar pada hari selasa 5.02.2013 jam 10.40 pagi. N3 tersebut akan menyusul...

Plan ni terhasil drpd Cik Long di mana ayah ngah Kari sekeluarga ajak gie berendam di kolam air panas. Kebetulan lak abah mmg free hari nie, hari lain penuh dgn makan gulai dan xtvt miting bermiting. Tambahan pula mama x pernah sampai lg kat sini, apatah lg ank2 mama. Tp abah ckp dia pernah bawa mama ke sini be4 kahwin coz dulu Cik Long duk Darau, Besut so pernah bw mama & ank2 Cik Long ke sini. Tp dlm ingatan mama mmg mama x pernah sapa ke sini...aiskh,apa2lah...

Cuaca yg terang benderang...Kete di hadapan x ada kena mengena dgn kami...haha. Kebetulan jer. Cik Long sefamily & ayah ngah Kari bertolak lebih awal dan mereka melalui lebuhraya. Kita sekeluarga melalui jln biasa coz bertolak dr rumah...kalu nk lalu highway jauh lak...

Sekarang mama suka ambil gambo langit, laut dan semua ciptaan Allah...Sungguh indah ciptaan Mu...Diambil just guna hp & dr dlm kenderaan yg sedang bergerak...

Nie kalu guna DSLR lg cun...

Dan lagi dr kenderaan yg bergerak laju...

Bayaran yg dikenakan hanya kepada org dewasa sebanyak RM1/adult. So kita sefamily just dicaj RM2. Tanya Cik Long, kena RM5 dan Ayah Ngah Kari RM4.


Abah berhenti penat dulu. Cik Long & Ayah Ngah Kari sampai lebih awal. Org lain semua g berendam, Cik Long kena jaga wakaf...huhu




Rebus telur ???haha...


Deretan ank dara yg just rendam kaki...Angah & Aiman masih takut2 coz panas...

Baju biru tudung hitam wife ayah ngah Kari, dia dah berendam sauna dkt 1/2 jam dah bersama eva disebelahnya...Yang lelaki hanya rendam kaki coz DILARANG MEREBUS TELUR DI KAWASAN INI???hahahahaha

Petua nk masuk kat kolam air panas adalah - perlahan2 masukkan kaki ke dlm kolam tersebut, jgn masuk dgn tergesa2 n andai kata pada ketika tu x tahan panas, cuba angkat perlahan2 kaki tersebut sblm direndam semula. Sebenanrnya kami dpt bertahan duk dlm tu kerna, bila kita dah lama rendam, kepanasan xlah terasa mana just suam dgn syarat JGN BAGI AIR BERKOCAK berhampiran kita berendam tu, automatik akan terasa kepanasan itu...


Abah just rendam kaki, along pun takut nk rendam...adik muka selamba jer ckp x panas pung...


Akhirnya mama berjaya berendam sehingga ke paras pinggang coz mmg awal2 mcm x confident coz panas...Ada satu lg kolam yg airnya agak suam duk dibhgn bwh dr tempat nie - disebalik pagar kayu kat belakang kami tu...tp kolam dia kecik n x bertile mcm yg nie...

Sedang kami berendam, ada seorg suami menolak wheelchair isterinya utk berendam coz isterinya sakit saraf dlm 3 minggu yg lalu. Begitu gigih suaminya utk cuba mengangkat isterinya dan kami kat situ adalah tolong mana yg patut. x dpt ambil gambo pasangan tersebut coz time tu along dah bw lari kamera ke bwh tuk mandi air sejuk....

Mama sempat berendam sauna dlm setengah jam & tiba2 rasa mcm nk pitam, may be kekurangan air dlm badan almaklum bersauna begitu lama...Terus turun ke tmpt lepak n teguk air dan terus baring...

Masing2 kepenatan dan muslimin bersiap tuk ke Masjid. Dalam kul 1 kaum lelaki ke Masjid bg menunaikan solat Jumaat. Mmg blh jama' tp skrg kemudahan ada so kena g Solat Jumaat & terus buat jama'. Tgk tudung along hok purple, siap bw hanger plan nk gantung tudung...kui3

Kerna kelaparan menunggu kaum muslimin pulang bg menjamu selera bersama2, kami mengalas perut dgn sate ikan. MasyaAllah halus bkn main sate ikan ini dan lg parah, liat semcm...


Tgk memek muka Cik Long sdg memamah sate ikan yg liat...liat2 pung habis coz kelaparan...

Time makan x sempat nk snap coz masing2 dah lupa daratan...Antara menu kami - ikan singgang, ayam masak merah, ikan bakar kosong (Cik Long), ayam kampung goreng berlada, masak lemak kulit rambai, ulam dan tempoyak (Cik Ngah Maimun) dan mama just bawa ikan panggang bodoh 2 ekor n nasi serta air sunquik. So tumpang lauk org jerlah...tu pun byk yg x habis...

Ini adalah kerna mama x beli lauk ingat x jd pegi coz ptg tu mama demam n selsema n tido awal...Tp abah pujuk gak suruh g n rehat2 kat sana...haha. Bila sebut nk berjln, tiba2 jer sihat...

Time mkn tu, ayah ngah Kari cite yg angah arif pengsan time org nk start solat. Nasib ayah ngah Kari duk dkt angah time tu, abah lak duk saf dpn. Angah arif gelap mata maybe lapo x breakfast ape, just mkn roti dlm kete. Sian ank mama bila dengo cite dia. Nasib x ganggu solat org lain. Bila mama tanya angah solat x? Ayah Ngah Kari ckp angah sambung jer solat lepas rehat seketika...Alhamdulillah.


Kami berdua. Adik buat mata hodoh...

Sambung mandi di air sungai yg teramat sejuk. Time nie x ramai lelaki coz dah ke Masjid...

Air yg cetek...tp best coz air yg teramat jernih & sejuk...

Along malu2...

Along ngosek adik...

Along berendam...

Mama layan keletah adik...

Adik x puas2 nk mandi...

Along dgn gaya tersendiri...


Deretan baju basahan muslimin...Lepas solat, salin balik n mandi lg seround kecuali abah, terus buat tahi mata lepas mkn kenyang...

Selepas mkn sempat lg naik ke atas utk sekali lg bersauna...tp kejap jer coz air time tu lg lah panas...x tahan coz dah tghari...so terus berendam di air yg sejuk...

Angah sambung mandi selepas makan nasi 2 pinggan...Badan dah segar balik...

3 beradik...

Aiman peace...

Cik Ngah Maimon...

Mama bertapa di dalam sg...

Along & Ira.

Bersama ank2 ayah ngah Kari - elly & Ati...


Angah berlari nk bergambar dgn kami...

Peace dulu

Angah baru masuk gambo...

Pembinaan sedang dijalankan, x pasti nk buat ape...

Menarik tp x tertarik coz sg yg cetek...x sesuai...





Cik Long setia disisi barang2 makanan...haha

Nie berendam round ke 2


Dari tempat kami lepak kelihatan 2 tandas yg disediakan, satu utk lelaki & satu utk perempuan... 30sen/entry...Bilik mandi pun ada, time tu x ramai org so bestlah mama & adik membilaskan bdn...siap bersabun lg...

huhu...



Abah menunggu ditempat parking...


Dua beradik keletihan...Along kat sebelah tu pun tido...mama xleh nk snap along coz duk pangku adik yg berat...


Kami bertiga...Letih tau dukung budak beso tu tido atas riba...nk letak kat belakang pun, kesian dgn bdk bertiga tu...huhu


Adik yg tembam...

InsyaAllah kami plan nk datang lg...tp x tahu tarikhnya...next time kita main bako2 ayam lak...hehe