Sunday 22 July 2012

Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan

Ini adalah credit daripada blog motivasi Negeri Selangor. Untuk renungan bersama...



Kita meninggalkan keselamatan dan keselesaan berada di rumah kita setiap hari sama ada untuk ke pejabat, sekolah, pasar, melawat rakan dan sebagainya.  Alasannya mungkin berbeza dari hari ke hari, namun ada yang sama. Setiap hari kita meninggalkan rumah, kita beranggapan kita akan kembali semula di waktu petang atau malamnya. Biasanya anggapan tersebut betul, setiap hari kita dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengan ahli keluarga.

Walaupun, kita percaya bahawa kita akan selalu selamat, hakikatnya ada orang yang bangun di pagi hari, minum secawan kopi, membaca akhbar, meninggalkan rumah dan tidak kembali lagi. Ramai yang pergi meninggalkan kita setiap hari, mungkin disebabkan serangan jantung, kemalangan jalanraya atau sebab-sebab lain. Apapun sebabnya, penting untuk diingat bahawa hidup ini singkat dan kita benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku.



Saya bukan ingin bersikap negatif tetapi hendak mengingatkan semua (termasuk diri saya), bahawa hidup ini rapuh dan kita perlu menghargai setiap saat hidup kita pada setiap hari. Saya teringat yang saya sering kali bergegas keluar rumah setiap pagi untuk pergi kerja tanpa mengucapkan selamat tinggal pada orang yang tersayang kerana takut terlambat. punchcard. Seperti kebanyakan orang, saya menjadi korban ilusi bahawa saya akan kembali ke rumah di waktu petang dan akan mempunyai masa berkualiti bersama mereka.

Mari kita bersama-sama ingat kembali, betapa kerapnya kita meninggalkan rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal, Berapa kerap kita meninggalkan rumah dengan perasaan marah, penuh rasa benci dan tidak mahu memaafkan atau menyelesaikan isu dengan seseorang yang kita benar-benar ambil berat?

Jangkaan saya ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kaitkan dan telah mengalaminya di beberapa titik dalam hidup kita. Ingatlah, walaupun kita perlu berfikir positif dan hidup setiap hari secara maksimum kita harus juga menghargai rahmat hidup dan mereka yang kita sayangi. Jangan mengharap kita akan mempunyai kesempatan untuk memberitahu seseorang bahawa kita menyayangi mereka atau memaafkan kesalahan mereka hanya untuk bersedih di kemudian hari kerana kita terlambat. Saya berani katakan bahawa tidak ada alasan atau beberapa minit yang diselamatkan dengan bergegas keluar pintu akan bermakna atau berguna kepada kita jika ditakdirkan orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.






Memang ini selalu terjadi pd mama sendiri. Selalu bergegas keluar utk mengelak jem di jlnraya sedangkan adakalanya adik merengek suruh mama sediakan dia bekalan milo utk dibawa ke sekolah. Tugasan itu, biasa mama pass kat abah walaupun nampak riak wajah adik yg kecewa. Maafkan mama sayang... Selepas mama terbaca artikel ini, mama mula insaf & hari2 mama akan mama usahakan permintaan adik & ahli keluarga sedaya yg mama mampu. Walaupun jem di atas jalan, mama rasa puas dpt memenuhi permintaan mereka...Mama ingin menjadi pekerja terbaik & juga mama yang terbaik di mata anak2 mama.



Hidup ini begitu berharga dan setiap hari yang dianugerahkan kepada kita adalah benar-benar sebuah keajaiban. Justeru, jalani kehidupan ini dengan sepenuhnya, selalu bersyukur, belajar untuk memaafkan, mengingatkan manusia untuk berbuat baik di setiap kesempatan yang ada dan yang paling utama, sayangi semasa insan. Ini akan menjadikan setiap hari jauh lebih baik bagi semua orang dan kita boleh meninggalkan rumah kita dengan mengetahui bahawa tidak kira apa yang akan terjadi pada hari itu, kita telah benar-benar menjalani hidup kita dengan cara yang terbaik.


MOGA HIDUP KITA SEKELUARGA DIBERKATI-NYA


Makan-makan Durian Sebelum Pose

Petang jumaat 20.07.2012 (sehari sblm pose) tiada apa2 xtvt kat rumah & abah pung x gie mana2 so ajak abah gie jalan2 rmh Cik Yat. Mmg lama dah x menyinggah rmh dia lagipun baru2 nie terbaca FB MIL dia kurang sihat. So sambil jalan2 blh gie jengok MIL dia sekali. Kita x lalu ikut lebuhraya coz mama plan nak soping brg dapur kat XIRI Wakaf Tapai coz fikir kalu soping kat bando spt Mydin or Sabasun mesti penuh dgn makhluk Allah. 

So dlm perjalanan, tiba2 jer batuk adik menjadi2, dan seperti biasa dia telah mengeluarkan ledakan yg penuh di dalam kete kerna x sempat nak tadah dgn plastik. Berhenti surau utk cuci muntah tersebut & plan mama nak soping x jadi coz baju mama & adik dah basah kuyup. So mama suruh abah jer tlg cari seluar utk adik. Disamping tu abah beli horliks & milo utk anak2 dia bersahur subuh nnt. 



Pasaraya Xiri Wakaf Tapai...

Adik masih tersenyum dgn rambut serabai selepas muntahan yg dasyat...Habis satu kete bau muntah dia. Nasib ada perfume kete...Habis mama curah kat atas kerusi bhgn depan.


Asalnya pakai elok berbaju kurung & bertudung, last2 seksi meksi...Dlm plastik tu adalah ledakan yg kedua yg sempat diselamatkan.

Main laptop Farah. Tuan punya x dok kat rumah. Abg long Haiqal pung x dok. Gie kebun kutip durian dgn ayahnya. Cik Yat kata dia x beritahu pung kat mereka yg kita nak datang. Padahal adik nak main dengan Farah...huhu


Antara hidangan yg disediakan oleh Cik Yat. Mcm biasa, anak2 mama suka minum air kopi tu...haha

Ketupat nie kita bawakan utk Tok, tp adik lak yg lebih2 mkn coz katanya lapo lepas muntah. Dah beli asing utk anak2 mama mkn dlm kete, tp dah habis di makan dek abg2 sapa aiman tertido dlm kete...

Sepasang penyu comel...

Hah...dah start acara makan2 durian. Yg spesel, tuan rumah perempuan yg tolong bukakan. 
Adik terlopong tgk gaya Cik Yat bukak durian...

Tu dia, isi pung comel...tgk lak sape yg tukang bukak...


Alhamdulillah, Tok dah semakin sihat, dia just tengok kitaorang makan. Suka berborak dgn Tok.

Adik yg bersemangat, walaupun still batuk2. Mama bimbang adik muntah lagi, tp x blh larang coz dia mmg hantu durian. Apalagi durian yg fresh nie...



Tu dia Cik Yat tunjuk skill bukak durian. Abah x gentleman langsung, just tgk je Cik Yat gigih membuka durian...Abah kata, kalu dia yg bukak, isi x manis...haha

Tgk adik tu...mengadap sungguh. Cik Yat lak berusaha buka sebiji lagi...mmg kalu masuk pertandingan bukak durian, insyaallah Cik Yat juara. 

Tu periuk kat sebelah adik adalah bekas yg dikhaskan andai kata adik muntah. Bekas tu juga digunakan oleh Farah tadah muntah. haha... 

Kami berjaya menghabiskan 3 biji durian...

Sempat lepaking & baring2 manja kat pondok baru... masa nie aiman baru kejut tido...
terus main kat situ. 

Tgk gaya angah yg lentuk tgh main games...

Rileks2 sambil ambil angin petang...



Kami sekeluarga...

Adik sempat main basikal abg long...


Angah dgn aksi pelik dia...

Mama bersama tuan rumah...sian adik, sedang batuk...huhu

Ok, adik dah berenti batuk...

Isk budak2 nie, menyorok gitu, ingat x masuk dlm gambo lah...

Angah kemas lap top coz dah petang, mlm nnt nak gie terawih lak...tunggu farah & haiqal x balik2. So terima kasih banyak tuan rumah...

Aiman sempat posing, control macho...

Cik Yat bg bawa balik sebiji durian utk aiman yg x sempat menjamu td. Yealah, dia kalu tido, susah nak kejut, nnt mengamok lak dia. OK...Tima kasih Cik Yat. Moga raya nnt dpt jupe budak berdua tu...

Kiriman Barang IKEA

Cik Yan telah bercuti panjang utk gie shoping baju raya di K.L.Dia dah kabo awal2 "K.Nora kalu nak kirim barang IKEA, buatlah list" so apalagi. Terus tengok katalog IKEA tru internet. Bagi memudah Cik Yan, mama list barang2 tu bersekali dengan number kod brg tersebut. Semua brg yg dikirim telah selamat dibeli oleh Cik Yan. Tq very much. Kita sekeluarga pung x pernah sapa IKEA. Insyaallah dlm perancangan ke sana bila konvo Acu nnt. Mama memang minat lama doh barangan IKEA nie...

Barang-barang tersebut...

Pink tu, bekas letak plastik terpakai. Benda alah nie mmg berguna. Dah lama orang lain paka nie...Tapi kita baru nak pakai. Lum sangkut ditempatnya coz perlu digrill paku...Adik masih berpakaian sekolah sapa ke petang, dia baru bangun tido tu...siap pakai tudung nak ambik gambo...




Periuk belanga untuk dipakai bulan pose...yg ada kat dapo tu hok lama doh...periuk dapat hadiah kahwin 12 tahun yg lalu...


Yang kaler2 tu mama x kirim tapi Cik Yan tolong belikan...pinggan & gelas plastik utk adik. Murah jer tp menarik & berguna...



Angah Arif memasang periuk mama...Actually periuk nie 3 beradik...

Hehe...cantik kan???kelerful. Aiman & angah nak pakai gak, adik x bagi. Setiap kaler ada makna. 


Nie instruction bg memasang perik mama...Comel & hage pung murah jer...

Hampir berjaya...tinggal kerja2 akhir je lagi...

Dah siap diguna oleh adik...kebetulan mama kirim kek choc moist yg best hok chow kit, so adik terus makan guna pinggan hok Cik Yan tolong beli...


Nielah rupa periuk mama...Percaya atau tidak, 3 biji nie hage x sapa RM50???Mama suka design dia. x mampu mama beli hok ratus, malah ribu riban. Lagipun bkn mama rajin sgt masak2 nie. Abah lagi pakar.haha...Kat Rantau Panjang pung xleh hage nie. Kebetulan ada sale periuk nie...

Kitty kat bawah nie adalah pemberian Cik Yan kpd adik, beli kat ICT Shah Alam. Menarik kartun nie, bila kita pasang lampunya, dia akan bertukar kaler2. Kalu x silap 4 kaler semuanya.







Tima kasih Cik Yan...Kitty nie pung ikut adik gie terawih, tp adik letak dlm kete jer. Dia takut kwn2 kat terawih buat rosak...