Sunday, 15 July 2012

Pemanggang Ajaib

Gadget dapur nie mama beli dengan kakak ipar Cik Yan, K.Yah yang memegang kad Syarikat Menang Glassware S.B (SMGSB). Dah lama mama teringin nak beli apatah lagi tgk Cik Long beli & byk lak kegunaannya. Bukan hanya untuk memanggang ikan tapi semua benda...ayam, daging, sotong, udang ikan stim malah blh buat kek dalamnya. Cik Long beli dah lama, masa mula2 kuar dulu hage pung mahal time tu, dlm RM150.00 (x tahulah kot2 dia bayo ansuran). Tapi baru2 nie Cik Yan call mama coz time tu kami separate buat odit. Dia tanya nak rembat x satu coz ada sale...Hagenya just RM96 kalu x silap.




Merah menyala...memang favrite kaler mama

Bahagian 1

Bahagian 2

So apa lg mama rembatlah satu, apatah lagi ramadhan hampir tiba. Salah satu cara pemakanan yang sihat di bulan ramadhan dan bulan2 seterusnya. Non-stick pan dwi fungsi, so no need minyak utk memasak. Memang sesuai untuk mama & abah yang selalu sibuk. Sibuk ker???haha...

Ianya mempunyai "tangkai berpenutup magnet" yang ketat & kedap supaya aroma & citarasa makanan kekal asli. Memang mama dah try "perangat/panaskan" ayam KFC yang disimpan dlm peti ais (hok acu belanja mkn & bw balik lak coz dia beli 2 kotak besar), memang ayam tu lembut bagai baru diangkat dari dapur KFC & rasa originalnya x hilang...

Abah lak pernah mencuba bakar ikan (yg guna rempah ikan bakar), letak gak daun pisang & masak macam biasa. Yang magicnya, kita x perlu buka utk balikkkan ikan tersebut, just pusingkan pemanggang tersebut coz kedua2 bhgn blh diguna pakai (dwi fungsi). Xperimen juga dibuat bagi membakar lokcing, memang menjadi. Mama & abah love it...So sangat berbaloi mempunyainya...Mudah, ringkas & menjimatkan masa...



Tengok dah calar-balar, that's mean mmg betul2 berguna, bkn simpan2...haha.

Memang ajaib, ikan bertukar menjadi angry bird and bear...ngeeee...

Abaikan dapur yg bersepah coz model nie x sabo nak bako lokcing pagi2 buta...belum masuk sesi berkemas time nie. Bagi perut budak kecik nie terisi dulu. Model baju tido... (Hasil kamera lama)


Lepas nie mama nak try buat...

Roti John.....Yang nie angah Arif blh buat...

Ikan Stim. Nie memang masakan favrite di bulan pose...


Time gie Rantau Panjang mama ternampak benda alah nie kat kedai, so tanya brp RM???Cuba teka???RM165.00...Nasib mama dah beli satu...

So, anda bila nak rembat Magic manggang nie???Berbaloi3...x caya tanya hubby saya...haha...

No comments:

Post a Comment