Wednesday 28 December 2011

Puteri Bongsu Mama

Kalau along & abg-abgnya dilahir secara normal, lain lak cerita puteri bongsu mama.Dia lahir ikut tingkap...kui3.Setelah pengalaman melahirkan ketiga-tiga anak mama dgn mudah...tuhan telah menduga mama pada kelahiran yg ke-4.Sejak melahirkan baby yg kami namakan NOR ADLINA NAZIRAH pada 23.03.2008, mama telah dilanda fobia dan trauma yg teramat.Kami panggil puteri bongsu tersebut, Dek Nor/E-Nor.Dek Nor merupakan baby mama yg dilahirkan semasa mama menjadi kakitangan awam. Anak2 yg lain tu kakitangan swasta...hehehe.

Semasa mengandungkan enor, mama dilantik menjadi kakitangan awam dan terus diarah ke induksi selama 3 minggu di Akademi Fantasia,hehe oppss Akademi Audit di Bandar Enstek, Nilai. Seminggu sempat group induksi mama ditempatkan di Hotel Concord Inn dekat sgt dgn Sepang Airport.Fuh, induksi yg mewah sekali.Tp yg sedih time induksi tu adalah hampir2 nak menyambut Ramadhan.


Hari ke-5 - 28.03.2008 Di HSNZ

 
Pengalaman mama,mengandung anak perempuan, mama akan alami alahan yg agak teruk(spt time mengandung along, abah yg jd master chef, mama tahu makan je, masak...sori...nak stat masak,terus berkejar ke bilik air, nak muntah). Begitulah juga time pregnant enor.Walaupun makanan yg dihidang di hotel membuka selera kwn2 yg lain, tp sebaliknya bg mama.Alhamdulillah, mama dpt juga menyempurnakan ibadat pose tersebut.Insyallah mama akan buat n3 pasal minggu induksi itu.Apa yg penting, mama nak bercerita pasal kelahiran enor.

E-nor dilahirkan post dated (lewat dr tarikh) selama 10 hari.First time dimasuk ke wad be4 bersalin & memang membosankan.Tambah bosan, mama x sakit pung, tp hari2 kena check dek nurse.Satu pagi, nurse bgtau yg ada tempat kosong dlm labour room.Pukul 8.30 a.m  mama ditolak  ke sana.


 
                                                05.04.2008 - Lokasi : Rumah Chek




04.05.2008 -




                                                  07.05.2008 - Lokasi : Rumah Sewa




22.08.2008

Anakanda Ke-3 Mama Part 2

Sambungan kpd n3 yg lalu. Panjang sedikit tentang kelahiran aiman sebab dia special. Special dari segi fizikal & mental.Tapi dia bukan OKU tau.hehe...


Dlm setengah jam gak duk dlm kete dlm pagar KFC, sebab mama dah berbuka, tekak mama rasa nak mkn ayam KFC je.Paksa abah pegi beli.Abah malu nak pegi beli, dia takut perception org yg dia x pose(alah, muka abah x mcm org jahat pung).Sebabkan mama sedang mengandung & dlm tempoh dianggar bersalin, dgn terpaksa abah pergi beli.Siap mama mkn dlm kete tu...Abah bg pilihan, nak patah balik rumah or nak masuk wad je. Ya ampun...mama x suka masuk wad be4 bersalin & mama x ada pengalaman tentang itu tp mama byk dengo ttg citer pengalaman masuk wad. Disebabkan mama dah ada pengalaman 2 kali bersalin, mama pilih utk balik bg memudahkan abah berbuka pose.

Otw balik, sempat lg abah singgah Sabasun Hypermarket nak beli kulit popia katanya. Sebenarnya, time tu mama & abah ambik tempahan popia simpul untuk bulan pose jer.Tak patut betul abah.Tp abah janji nak capai kulit popia jer.Kami juga bawa balik semula along & angah sehingga chek terkejut 'aik...x jd nak beranak ke?'Mama ckplah yg mama x sakit pung.Abah berbuka rmh tok coz kami x prepare apa2 pung utk berbuka.

Selepas abah berbuka, sempat lg mama simpul popia dan dlm kul 10 p.m perut mama memulas nak buang air besar & mama ke toilet & darah dah byk kuar. Mama beritahu tok & dia pesan, kalu nak buang air besar, jgn duk meneran lak, takut terberanak dlm toilet. Mama pung x jd nak membuang,terus ajak abah ke HSNZ.Semek (adik abah) yg ikut teman sekali.Seperti along, angah, kali nie pung masuk bilik saringan, terus ke labour room.Aiman dilahirkan sebelum subuh dan sedikit kekecohan telah terjadi semasa nurse nak mandikan bayi coz di sebelah kiri kepala aiman mcm ada tanda bekas ibu jari. Terus nurse tu rujuk doktor yg sambut aiman takut2 semasa kelahiran doktor ada tarik or apa2 yg menyebabkan kesan/tanda tersebut.

Cuba perhati betul2,bhgn kanan tepi mata Aiman.



Doktor yg sambut aiman adalah lelaki, so dia ckplah yg mama beranak normal & dia x pulak tarik kepala baby. So doktor tu ckp, kalu dlm seminggu tanda tu x hilang bermakna itu adalah birth mark. Dan sehingga sekarang memang tanda tersebut still ada dan semakin membesar.Apa-apa pun mama tetap bersyukur mendapat anak yang sihat dan montel seperti Aiman.


                               Birth mark dia dpt dilihat dgn jelas pada gambo ini.



Abah & mama dah atur perjumpaan dengan pakar kulit beberapa kali setelah ditegur oleh seorang nurse bahaya bila urat tu tertusuk benda tajam, so mudah cedera. Lagipun mama tak nak anak mama salahkan mama bila besar nanti kerana tak usaha semasa aiman kecil untuk hilangkan birth mark tersebut.Mama bimbang aiman malu dengan birth mark tersebut bila aiman dewasa nanti.Januari 2012 nanti ada appoinment dengan pakar lak.Kita tunggu perkembangannya nanti.

Anakanda Ke-3 Mama


Part 1


Selamat dilahirkan pada bulan pose, 27 Ramadhan (kalu x silap) bersamaan 22.011.2003. Sedikit kisah tentang kelahiran putera yg mama & abah berikan nama AIMAN ZIKRY. Aiman nie x ada panggilan pangkat mcm along or angah coz dia x suka dengan pangkat yg diberi. Beri panggilan alang aiman, dia ckp x bes, panggil achik aiman pung dia kata x sesuai.Last2 dia bahasakan dia Aiman je. Sepanjang mengandungkan aiman di bulan pose, alhamdullillah mama x tinggal pose sehingga pg jumaat tu, mama bermalam rmh tok, tiba-tiba mama kuar tanda, x sakit pung.

Lepas tu abah panggil mak bidan (mak teh ru) rasa perut mama, dia bidan agak terkenal di kg abah. dia ckp, paling cepat pung lps tghari baru baby nie dijangka kuar. So mama ajak abah balik ke rumah sewa utk siapkan brg2 baby apa yg patut. Sampai rmh sewa, abah tanya kalu sempat ke kalu dia pegi sembahyang jumaat dulu?Mama pung ckplah, mama x sakit pung, just mama nak rehat, lg pun mama dah disuruh berbuka kat rmh tok td.so mkn nasi dingin.Kalu ikut hukum, walau kuar tanda, kita blh lg meneruskan pose sehinggalah kite kuar darah semasa bersalin, baru kira terbatal pose.Begitu juga solat. Tp mak bidan suruh buka bimbang2 tak larat masa kelahiran nanti. So mama ikut jelah.

tunggu punye tunggu, sakit x dtg2 sehinggalah nak masuk asar, mama rasa sakit yg agak kerap dlm 10 min sekali. So mama ajak abah pergi HSNZ dan angkut along Athirah & angah Arif utk ditinggalkan rmh chek coz kira otw ke HSNZ. Jarak rmh chek ke HSNZ dlm 8 km je. Sampai area HSNZ, perut mcm dah berenti sakit. HSNZ nie tepi dgn KFC kat Batu Buruk.Mama suruh abah berenti dlm pagar KFC, x pyh masuk pagar HSNZ.Bukan apa, kalu rasa sakit yg amat, HSNZ dah kat tepi je.huhu....

To be continued....

Tuesday 27 December 2011

Putera Sulong Mama




Kehadiran putera sulong x kami duga kerana mama tidak sedar bahawa di dalam perut mama ada benih tersebut. Macamana nak kata yea..Begini citer yea..Hari tu, mama pergi rumah tok (mak abah),tiba-tiba mama mcm nak pitam je.Kebetulan masa tu, kwn tok (yg juga bidan) sedang bertandang kat situ.So bila dia tgk mama pucat & nak pitam, dia suruh mama baring sambil picit kepala mama & tiba2 tangan dia menyentuh perut mama. Dengan muka terkejut dia beritahu mama dah mengandung dlm 4 bulan. 4 bulan...bukan 4 minggu tau...

Semua yg ada kat situ mmg terkejut beruk (beruk pung terkejut) termasuklah empunya perut ...apa tak yea..x ada langsung alahan atau ciri2 ibu mengandung, semua benda dibaham...nenas, durian dll.Lagipun time tu badan slim meling(ada ke ayat nie???) hasil patuhan kepada pantang larang semasa berpantang dgn mak sedara mama...huhu...terima kasih banyak kepada arwah mak cik wok.

18.08.2008 - Cameron Highlands


Sambung kembali citer tu... Lagipun, sejak bersalinkan along Athirah mama x pernah 'mari kotor' lg sehingga ke saat tok bidan beritahu mama mengandung.Along Athirah masa tu baru je nak masuk 5 bln.Tapi mama & abah menerima berita tersebut dengan senang hati kerana masa tu abah dah x kerja kat KLIA.Abah pindah kg & buat kerja apa yg patut.


Putera tersebut selamat dilahirkan pada 23.09.2001 di HSNZ jua.Ianya diberi nama ARIF ZAHIRUDDIN dan kami panggil dengan panggilan manja angah arif.Kelahiran angah arif juga dipermudahkan olehNYA, alhamdulillah.Mama masih ingat, sempat lg mama perabih citer cerekarama mlm tu sblm mama beritahu abah yg perut mama mcm nak memulas2.So, mcm along Athirah,sampai HSNZ,saringan pertama dlm 5 minit, terus tolak ke labour room, bersalin secara normalTak perlu masuk wad be-4 bersalin.Just masuk lepas bersalin.

                               Suka buat style rambut pacak walau banyak kali kena tegur dek abah.
                                         Abah x suka tau angah arif buat camtu. (04.06.2010)

Puteri Sulong Mama



Tanggal 23.02.2000, mama telah selamat melahirkan puteri sulong mama & abah. Kami bersetuju menamakan puteri tersebut NOR ATHIRAH AZIRA.Sehari sebelum dilahirkan along Athirah, mama sepatut menghadiri interview untuk lantikan GSTT (guru sandaran tak terlatih) dibawah SUK Trg.Mama telah siap sediakan barang yg perlu dibawa ke interview n sempat pinjam kasut dgn sepupu utk g interview tersebut tp pagi tu mama kuar tanda.Tapi mama x bgtau kat chek yg mama patut attend this interview.As my first experience, mama takut apa2 terjadi, so mama cancel  g interview.Kuar tanda tp x sakit pung.Mama fikir, mungkin bukan rezeki mama untuk jadi cikgu.Chek (mok mama) still g mengajar & dia suruh kakak dia (makcik Wok) temankan mama di rumah coz nurse dtg periksa mama kat rmh beritahu x ape kalu x pegi hospital lg, kalu sakit kerap baru suruh pergi segera.

Pada masa mama kuar tanda,abah still kat KLIA coz due date mama sebenarnya seminggu lg. So tghari tu mama call opis abah beritahu mama kuar tanda.Abah ambik tiket balik kg & sampai subuh, dan-dan tu gak perut mama sakit yg teramat. Baby mcm tahu2 je abah dia dah balik. Abah yg masih belum menghilangkan penatnya membawa mama ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).Chek pung ikut sama, maklumlah ini anak sulong kami, kami x ada pengalaman di hospital bersalin.

Selepas diperiksa saringan pertama, mama ditolak terus ke labour room dan bbrp jam kemudian nurse memanggil abah utk meneman mama semasa proses kelahiran.Alhamdulillah...mama melahirkan Along Athirah secara normal.Dan sememangnya, sehingga sekarang along Athirah lebih rapat dgn abahnya.Itu mama x perlu jealous coz that's yours.


                                                         18.08.2008 - Cameron Highlands



                                 28.05.2010 - Noodle Station (sambut anniversary mama & abah)





                              Dah besar puteri mama nie...(Kat Dapur Rumah Tok Ma - 30.08.2011)








Perkahwinan Mama



Selepas menjadi abang angkat beberapa tahun (dalam 8 tahun - lama jugak tu), selepas mama habis study degree kat ITM, Dungun dan melalui ranjau dan duri...tanpa diduga chek memberi izin kami disatukan.Fuh...byk citer disebalik citer tp mama ringkaskan shj. Kami ditunangkan pada 02 Disember 1998 dan dinikahkan pada 27 May 1999. Gambar2 kenangan semasa pertunangan dan perkahwinan x dpt mama tampal di sini kerana batasan aurat yg ada (maklum masa tu x brp baik mana). Tp still mama simpan kemas & rapi di dalam album buat tatapan ank2 mama dan muhrim mama sahaja...huhuhu.


                         Ni bukan gambo perkahwinan mama & abah tp gambo nie shj yg sesuai -
                                                         time kenduri kahwin acu
                            

Masa mama disatukan dengan abah, mama baru habis belajar dan abah kerja kat airport subang (bukan pilot or co-pilot tau). Abah telah mencari rumah sewa di Sungai Buloh kerana masa tu operasi di Subang Airport dalam proses dipindahkan ke KLIA.Sungai Buloh umpama tempat honeymoon buat mama dan abah kerana kami cukup mendapat privacy 100%...kui3.Di sana mama cuba cari gak kerja tp ada sj masalah bila difikir transport dan abah kerja shift.Masa tu kami just ada motosikal untuk dirempit bersama.Nanti mama cuba scan mana2 gambo kenangan dgn motor abah. Just along Athirah je sempat merempit bersama-sama mama dan abah.

Tak sampai setahun pung mama menyewa di sana kerana mama pulang duk kat kampung selepas bersalin coz abah x berani nak tinggal mama & baby Athirah kalu abah shift kerja mlm. So abah berulang dlm seminggu sekali balik kg. Abah dapat duk rmh majikan yg disediakan utk org bujang. Alhamdulillah selepas habis pantang mama dpt kerja kat syarikat swasta kat Jln Sultan Omar.

Jodoh Mama



Di awal blog nie mama ingin bercerita bagaimana mama bertemu jodoh dengan abah. Pertemuan kami berlaku secara incident di dalam bas (bas henti2) semasa mama pulang ke kampung. Masa tu mama bersekolah di asrama SMA Maarif Besut. Apabila sampai destinasi mama, abah sempat menghulur kad (alah kad yg ada gambo kartun2 yg biasa bdk2 sek buat tu). Di atas kebaikan abah semasa incident dlm bas tu...mama menghantar secebis surat tanda terima kasih kepada abah. Dan akhirnya abah menjadi abang angkat mama (lagi pung mama x ada abg, just ada kakak je sorang).

Dari abang angkat terus jadi terangkat menjadi isteri beliau sekarang. Apa incident dalam bas tu???? Hanya orang tertentu je yg tahu & jika anak2 mama ingin benar nak tahu...tanyalah sendiri abah kamu...kui3. Betullah...lelaki yg baik adalah utk prmn yg baik dan begitulah sebaliknya...Kami kategori apa???sedang2 je..baik pun x, jahat sgt pung x masa tu...

Suami Tersayang


Mama mmg berharap abah akan menjadi pembimbing mama dan alhamdulillah sekarang mmg byk perubahan diri mama ke arah kebaikan. Keluarga mama sendiri mengakui perubahan mama, sehinggakan chek (mok mama) pernah tegur mama - laki kau x bagi pakai seluar longgar2 ke? asyik pakai baju kurung jer...kih3. Padahal masa aku remaja aku dah puas pakai jean2 & t-shirt dan pada waktu tu chek tegur mama - ra (panggilan manja mama) mu x malu ke pakai gitu...mok kang ustazah...(aik...)

Mama Yang Sopan...kui3

Mok patut berterima kasih kepada menantu (yg dia x brp sayang tu...hehe) kerana mengubah anak ustazah nie...Apa2 pung, yang baik kite jadi teladan...yg buruk jd sempadan. Panjang lak celoteh mama kali ini.

Monday 26 December 2011

Aik...mana pegi blog mama nie...

Hari nie mama sorang je yg masuk keje. Bos & kwn mama, Cik Yan pung cuti. Mareng mama try buat blog tapi bila bukak balik blog tu...kosong...huhu. As conclusion mama mencuba sesuatu tanpa ilmu yg cukup. So pg nie mama mintak tolong kwn mama, Cik Yatt yg dah ada blog sendiri supaya tolong mama. Dia janji nak dtg lunch time nanti. So wait & see.

Sunday 25 December 2011

Cerita Sebuah Kehidupan

Aku dah lama berkeinginan mempunyai blog sendiri selepas byk blog telah ku lawati. Blog ini ku adakan bagi menjadi kenangan dan imbauan masa lalu yg x dpt kita pusingkan semula. Khas untuk en suami tersayang Zulkifli bin Abdullah dan anak-anak tercinta Nor Athirah Azira, Arif Zahiruddin, Aiman Zikry & Nor Adlina Nazirah.