Tuesday, 27 December 2011

Putera Sulong Mama




Kehadiran putera sulong x kami duga kerana mama tidak sedar bahawa di dalam perut mama ada benih tersebut. Macamana nak kata yea..Begini citer yea..Hari tu, mama pergi rumah tok (mak abah),tiba-tiba mama mcm nak pitam je.Kebetulan masa tu, kwn tok (yg juga bidan) sedang bertandang kat situ.So bila dia tgk mama pucat & nak pitam, dia suruh mama baring sambil picit kepala mama & tiba2 tangan dia menyentuh perut mama. Dengan muka terkejut dia beritahu mama dah mengandung dlm 4 bulan. 4 bulan...bukan 4 minggu tau...

Semua yg ada kat situ mmg terkejut beruk (beruk pung terkejut) termasuklah empunya perut ...apa tak yea..x ada langsung alahan atau ciri2 ibu mengandung, semua benda dibaham...nenas, durian dll.Lagipun time tu badan slim meling(ada ke ayat nie???) hasil patuhan kepada pantang larang semasa berpantang dgn mak sedara mama...huhu...terima kasih banyak kepada arwah mak cik wok.

18.08.2008 - Cameron Highlands


Sambung kembali citer tu... Lagipun, sejak bersalinkan along Athirah mama x pernah 'mari kotor' lg sehingga ke saat tok bidan beritahu mama mengandung.Along Athirah masa tu baru je nak masuk 5 bln.Tapi mama & abah menerima berita tersebut dengan senang hati kerana masa tu abah dah x kerja kat KLIA.Abah pindah kg & buat kerja apa yg patut.


Putera tersebut selamat dilahirkan pada 23.09.2001 di HSNZ jua.Ianya diberi nama ARIF ZAHIRUDDIN dan kami panggil dengan panggilan manja angah arif.Kelahiran angah arif juga dipermudahkan olehNYA, alhamdulillah.Mama masih ingat, sempat lg mama perabih citer cerekarama mlm tu sblm mama beritahu abah yg perut mama mcm nak memulas2.So, mcm along Athirah,sampai HSNZ,saringan pertama dlm 5 minit, terus tolak ke labour room, bersalin secara normalTak perlu masuk wad be-4 bersalin.Just masuk lepas bersalin.

                               Suka buat style rambut pacak walau banyak kali kena tegur dek abah.
                                         Abah x suka tau angah arif buat camtu. (04.06.2010)

No comments:

Post a Comment