Salam Aidilfitri buat semua muslimin & muslimat. Ramadhan telah berlalu pergi, kini syawal pula menjelma. Adakah ramadhan akan datang akan ku temui???Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Gambar-gambar yang sempat diambil sekitar sambutan Hari Raya Idulfitri yang pertama.
Sempat menunaikan Solat Sunat Idulfitri bersama-sama anak2 tercinta. Nasib mama malang skit coz perut memulas dari rumah lagi. Nasib sempat habiskan solat 2 rakaat tu. Lepas beri salam terus tuju ke BANK utk membuat pelaburan..haha.
Adik bersama Husna (anak Cikgu Nor).
Actually adik pun ikut solat sekali tetapi bila tgk mama dah tanggal telekung, dia pung ikut sama.
Husna bersama bonda tercinta merangkap Guru Besar sekolah adik.
Muka mama dah penat, asyik ke bank je kejenya...Nasib bawa air masak dlm botol hijau tu. Isi dulu air selepas byk yg dah kuar...
Jemaah sedang kusyuk mendengar khutbah raya...Surau nielah tempat kita selalu berterawih. Selesa coz luas & anak2 yg dibawa blh berkawan2 di bhgn belakang.
Selepas berjemaah, disediakan jamuan raya oleh YB Dun Manir, nasi minyak. Alhamdulillah...kenyang.
Adik mengambil berkat bersalam dgn YB merangkap ulamak. Walaupun Ustaz x berapa sihat, beliau masih mampu mengimam & memberi khutbah raya. Kami doakan ustaz kembali sihat.
Selepas solat raya, terus menuju ke Pulau Manis, kampung kelahiran abah. Memang setiap tahun kami x pernah ikut giliran, asyik2 kg abah je yg kita jenguh dulu. Takleh nak kata apa...
Berkumpul di rumah arwah tok yg sekarang diduduki oleh adik perempuan abah.
Kaum lelaki...
Abah bersama Haiqal (aik, asyik dukung baby jer...nak bb lak ke???)
Salam & cium raya dari Cik Long buat anak buah tersayang...
Makanan yg terhidang, laksa terengganu kuah putih & jeruk mempelam...
Bersama Kak Da...Aik putihnye muka mama, mcm tepung gomok..haha. Bukan ape, terlebih bedak coz nak cover muka pucat penat gie bank..
Pasangan bahagia Cikgu cikgi Sabah. Iskk Haiqal asyik isi minyak jer. Si Danial tangan ke belakang coz nyorok pisang..haha..
Menjengah pula ke rumah Pok Sedara abah (abg toki). Just ada Mok Teh Nab jer. Yg lain dah kuar beraya, Pok Teh pung x nampak batang hidung...
Terkam lak rumah Acik, lokasi yg ditunggu2 oleh budak2 nie coz nak makan Mee Soto special. Setiap tahun mmg rumah nie sedia hidangan nie.
Nielah tukang masak merangkap tuan rumah bersama sebahagian anaknya...
Haiqal kepenatan...
Tengok tu...berebut deme2 nie. Iskkk mcm setahun x makan...
Ayah Long yang lama ditinggalkan oleh Cik Long kerana ke Sabah. Skrg duk tempek xleh pisah. Haha
Adik yg bersemangat nak ngap mee soto.
Angah Arif 3x tambah. Mmg dia sound awal, lepas solat terus gie rumah acik coz takut mee soto habis dek org lain.
Mama punye...
Isk anak dara nie, habis diselak kain tu...
Hok comei baju kaler kelabu tu anak sulong acik...Slim meling lening...Hok pink tu anak mama. Kurus keding jer...x cukup makan..kui3
Kumpulan Nasyid Pulau Manis. Rupanya dlm diam Cik Long siapkan baju tema raya sebelum bertolak ke Sabah. huhu.
Actually adik pung ada baju nie, Eva yg jahit tp singkat (senteng), that's y dia x pakai.
Selepas tu berkonvoi ke rumah Tok Boh, mak sedara abah (kakak tok), makan nasik minyak. Tengok tu, along suka kosek budak2. Ada patut nak bg minum direct guna teko ke Mohd Lutfi.
Berkunjung ke rumah sepupu abah ( Sunoh) dijamu makan duku. Duku org lain x menjadi, duku dia lak blh buat raya. Apalagi budak2 nie...
Aiman dgn gaya sopan.
Dan last menziarah rumah arwah kwn abah. Dia meninggal bulan 3 (kalu x silap) coz cancer. Kami mmg rapat dgn family nie terutama aiman rapat dgn arwah Pok Loh, arwah selalu kacau/gurau dgn aiman. Arwah merupakan driver kontena Gardenia. Selalu travel anto roti dari Kuantan sampai K.B. Al-fatihah buat arwah.
to be continue part 2...
No comments:
Post a Comment