Kebiasaan syawal ke-2 adalah open house - just b.fast time kat rumah kite. Semenjak menginap rumah nie, mmg mama ajak adik beradik belah mama & abah saja. Ikan telah dibeli sebelum sambut syawal dan bangun awal pagi utk buat preparation. Antara lauk yang dihidang ialah ikan aye, sambal ikan bilis ( x suka hok goreng), telur rebus dan skit ayam goreng bg yg x boleh makan ikan aye.
Ikan aye
Sambal bilis dimasak kuali asing
Telur rebus
Terpaksa pinjam periuk nasi chek coz periuk kita just hok kecik jer. Mmg dlm perancangan nak beli periuk beso nie coz senang nak masak byk2. Lagipung anak mama dah beso2 belaka. Makan makin byk so perlu masak lebih.
Tetamu pertama yang mari rasmi. ummi a.k.a kakak mama.
Anak-anak ummi & anak-anak mama
Cik Su & Sofea Wajihah (korean...haha)
Acik bersama-sama anakandanya
Jemputan dijemput mari makan kul 10a.m - nama lagi b.fast...huhu. Tapi mereka semua mari serentak..poning kepala kita nak melayan sekaligus. Penuh rumah nasib rumah luas gak (yealah perabot x byk mana..huhu)
Acu a.k.a adik mama sefamily. Mereka berdua doktor, nasib off day time nie.
Puteri kpd acu, Iqlima - syok tido, biar pun orang lain duk riuh rendah.
Kelihatan dalam gambo - aki, ateh mi, ateh ma & uda.
Said Wajdi mengamok coz baru bangun tido. Enor duk pujuk dia...huhu
Keluarga ayah ngah - 3 dara pingitan yang seragam
Keluarga ayah su (adik abah)
Sempat berposing dgn adik2 ipar. Nak posing ramai2 x jadi coz busi nak layan tetamu. Nyesal pelik coz bukan senang nak kumpul gini...huhu
Time nie dah reda, ramai yg balik. So sempat berposing dgn ayah ngah sekeluarga.
Keluarga ayah ngah (abg abah)
Selepas dipujuk oleh Enor, akhirnya Said telah berjaya makan pujuk & makan nasi lemak dgn byknya. Siap berlumba dgn Enor siapa habis dulu...huhu
Selepas semua jemputan pulang, kita sekelurga segera keluar beraya di kawasan berhampiran. Pertama ke open house Teluk Menara (Surau Hijau). Dikhaskan untuk anak2 kelahiran Teluk Menara yang merantau. X sempat nak snap gambo makanan coz ustazah Aiman mari borak. Antara makanan yg dihidangkan, mee hoon, nasi minyak, ketupat & tapai pulut.
Sempat posing dgn benda alah nie yg diparking berhampiran surau...Benda ni biasa main kat pasir pantai
Angah arif x ketinggalan berposing.
Asyik bersembang kat situ, abah dapat call dr kawan dia (TG Sulaiman) jemput rumah dia kat Bt Hampar makan nasi dagang. So segera bertolak ke sana coz dah satu jalan. Actually Tg Sulaiman nie beristeri 3. Yg kat Bt Hampar tu isteri muda. Isteri baru nie actually tlh lama kematian suami & mempunyai anak yg ramai. So sejak kahwin dgn Tg Sulaiman, al-hamdulillah anak2 dpt hidup senang. Kita sekeluarga x pernah gie rumah isteri dia yg nie. Biasa dpt jemputan open house kat rumah isteri tua (pertama). Tg Sulaiman nie agak berada, ada bisness komunikasi di Paka & byk ladang kelapa sawit. Dia berada tp x berlagak tp pemurah. Mama tgk, lagi byk dia derma/sedekah lg byk kete beso dia blh beli. Itulah namanya rezki yg berkat.
Nasi dagang yg best...tp mama makan kongsi dgn adik coz dah kenyang sangat.
Adik buat nape tu. HP mama yg uzur pung dibuat mainnya. Kalu mama pakai smart phone, agaknya x duk dgn mama doh.
Angah arif mari mkn kat bhgn org perempuan. Padahal org laki mkn kat luar. Dia pelik sokmo.
Rumah baru siap dibina oleh Tg Sulaiman. Org berada, nak buat rumah sekelip mata siap.
Luas rumah nie & perabot pung nampak mahal-mahal.
Abah duk bhgn. luar rumah.
Seterusnya ke rumah kwn abah area yg berhampiran Yusof Embong. Seorang kontraktor berjaya. Suka kacau aiman. Selalu jer kalu abah ada miting dgn Yusof Embong, tanya Aiman mari ke dok.
Perkarangan rumah Yusof Embong
Mengadap ketupat rendang yg best...sayang perut dah kenyang so makan skit jer
Tuan Rumah - Yusof Embong
Isteri Yusof Embong
Selepas tu bergerak ke kg sebelah, kg abah (P.Manis) berkunjung rumah sepupu abah yg x sempat ziarah pd raya pertama. So x dok dlm gambo rumah Cik De & Cik Ngoh Pisah (dpt tapai pulut & popia simpul) tima kasih banyak. Terus pulang ke rumah untuk solat zohor & berehat seketika.
No comments:
Post a Comment