Saturday 9 November 2013

Aidil Adha Zulhijjah 1434

n3 terperap...x ape, utk kenang2 buat anak2 mama.
15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434, umat islam seluruh dunia menyambut Aidil Adha. Seperti biasa, awal2 pagi kite ke Madrasah Kubang Lembek utk menunaikan solat sunat Aidil Adha.

Muslimat


Sujud padaMU...



Mama jaga anak YB, x solat (peot)...huhu. 



Eri, Aiman dan YB Manir, Ust Hilmi selepas solat sunat AidilAdha.

Maaf gambo adalah x teratur, kejadian yang awal tp gambo paling bawah...hahaha...malas nk edit2 heh. 

Seperti n3 sebelum nie di sini, abah terpaksa menghadiri ibadah korban kat sini coz x ada org nak melapah sedangkan bahagian korban mama di Telok Menara dah mama wakilkan sehari sebelum raya. 

Nak jadi cerita, selepas solat raya, si hartawan yang bagi lembu 2 ekor kat YB call bgtau yang dia serah dua2 ekor lembu tu kat YB nak letak nama sapa2 yang telah memberi sumbangan tenaga dalam parti. Asalnya seekor jer suruh YB cari 7 nama (7 bhgn), yang sekor tu x tau asal cerita camna, last2 dia serah semua lembu tu utk cari nama bg setiap bahagian. Kerna last minutes, YB ambik keputusan pilih mana2 yang ada kat situ yang memang jarang2 sekali membuat ibadah nie...so last2 nama mama pun dia pilih. Abah mmg dari awal YB dah letak namanya. Iskk murah lak rezki tahun nie, asal niat nak korban sebahagian, last2 kami sekeluarga dapat 3 bahagian. Kita mampu merancang tp Allah yang tentukan segalanya.

Lembu pertama yang satu bahagian adalah nama abah...rebah kebumi...


Acara merebahkan lembu...


Lembu hitam manis nie adalah lembu yang nama mama ada satu bahagian padanya...

Dapat pengalaman cara niat utk wakilkan YB Ustaz Hilmi sembelih lembu tu "Saya mewakilkan ustaz mengembelih satu bhgn daripada korban tersebut" (lebih kurang gitu hah). Ustaz pun ambil nama penuh mama utk niat kat lembu nanti...


Beso molek...itam manis...Pakcik pakai baju belang2 tu adalah pakar pereboh lembu...xdok dia, lembu xleh pereboh, org muda x tahu skilllll

Tgk mudah jer pakcik tu pereboh lembu...

Pakcik tunjuk cara betul nak tarik kaki lembu tu agar x kena tendang nnt...hihihi. Org muda pakat suka, patut ambil petua tu...

Selesai sudah...

Kaum ibu yang turut mengambil bahagian...

Mama & adik turut serta, adik nak sgt tgk lembu kena sembelih. Yealah sebelum nie, tgk yg dah siap sembelih jer...


Abah sedang melapah...antara yang pakar melapah...

Ust Hamdi dukung anak, saje nak elak kena suruh melapah lah tu...hahaha. Almaklum x berapa biasa ngan lembu2 bagai nie...hihihi. Jgn mare.

Yang pakai spek baju kotak2 tu pun x tau pasal melapah nie.Almaklum orang Kuala Lumpur, so tlg pegang kaki jerlah jwbnya...tu pun mujur blh pegang kaki lembu...hahaha...

Daging lembu yang kuning siap utk dipotong2...Bila nak siap kalu org2 KL yg potong daging2 nie...hehhe

Beralih ke lembu itam manis lak...

Caiyok abg ku sayang...

Ust Hamdi baru start pegang pisau, nak tunjuk skill...

Anakanda berdua nie x bawa baju basahan, so pakailah baju melayu sambil potong daging...Budak2 pun turut serta...


Kerana acara melapah lembu yang 2 ekor cuma tp mengambil masa yang lama (almaklum kurang pakar), mama ambik keputusan balik rumah dulu. Nasib mama mari asing 2 buah kete. Yealah xleh solat, so dtg lewat skit. Abah bg syarat, sampai sebelum khutbah raya....kena dengo khutbah sebagai peringatan...

Balik lepak rumah mak, uda & mimie tido rmh mak. x ada apa nak buat coz daging korban bhgn aki pun x siap lg. So makan2 jer rmh mak sambil borak2.
Dalam kul 12 lbh abah call suruh pergi ambik daging korban bhgn mama kat Telok Menara. Team sana call, daging siap diagihkan. Abah siap pesan beritahu lembu mama no.9, so tahulah team sana nak mencarinya...

Tu dia, team kat sini siap pakai uniform...mmg kat sini tiap2 tahun berpuluh2 ekor lembu dikorbankan. Siap ada AJK bhgn masing2. Ramai ahli korporat yang ambik bhgn korban kat sini...Penyembelihan bkn shj pada raya pertama, raya ke2 still ada penyembelihan.

Dari jalan beso, mama perlu ke khemah biru tu utk mengambil daging korban...Selepas memberitahu nama & no. lembu, mama diserahkan seplastik beso siap ngan nama mama. Oleh kerana berat yg teramat, mmg diaorg akan angkut ngan lori & kita tgu kat jln beso jer...

Lori kecik yang mengangkut daging dari tempat penyembelihan...dah 2-3 kali angkut rupanya...

Daging2 yg nak diagihkan, tuan punya just ambik & bawa balik...

Yang mama punya dalam plastik tu. x sempat nak hantor besen...


Kepala & kateh lembu...

Acara pembahagian dilakukan...


Berguna jugak penimbang made in MYDIN...

Timbang bang...jgn x timbang...

Aiman tolong masukkan dlm plastik ijau...



Perlu timbang, lebih kurang skit x ape, jgn terlebih byk...nak bagi adil...tp kalu yg org susah n anak ramai, kami bg 2/3 plastik...



Ni bungkusan daging yang kami dapat daripada jiran2 & sedara mara - perlu diasingkan

Sedia diagihkan utk jiran tetangga...

Budak2 pun turut serta, nak bg siap cepat....


Isk Aiman siap bersimpuh tu...tolong jgn x tolong....



Gambar2 dibawah adalah sebelum kejadian lembu dikorbankan.


Masing2 melangkah ke tempat sembelihan - belakang madrasah jer...(tempat solat tadi...)

Berteduh dibawah pohonan...

Nielah 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh seorang dermawan...yang coklat, abah dpt satu bhgn, yg itam manis tu mama dpt satu bhgn...Alhamdulillah


Nie lembu org kg, sedia utk disembelih, diaorg tumpang sembelih area nie coz nk suruh YB sembelihkan.

mama punye...hehehe

Abah punye...mmg beso bangat lembu2 ni...

Pemuda mengambil inisiatif utk pasang khemah


lembu nie mmg susah skit nak pereboh walaupun pokcik tu ada...YB yg pegang pisau sembelih, sedia utk melakukan tugasan,...

Akhirnya berjaya ditumbangkan...

Mokcik Moh angkut semua nasik minyak rumahnya, x plan pun nak bagi org makan, so mkn skit sorang. Nmpk ada keberkatan disitu coz nasik skit tapi dpt mengeyangkan ramai org. Alhamdulillah.
Terpancar senyuman diwajah Mokcik Moh coz nama dia termasuk juga sebhgn pada lembu itam bersama mama. Yealah, kecerian terserlah coz seblm2 nie difahamkan Mokcik Moh x mampu nk buat ibadah korban ni...Syukur diatas nikmat yg diberikan. 

Khemah siap dipasang...jom kite berteduh di sini...

Adik dah mula merengek dahaga...


Mama berdoa agar tahun depan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki utk melakukakn ibadah korban nie. Mmg perasaan amat berbeza bila diri kite sendiri yg melakukan ibadah tersebut, lebih2 lagi bg mereka yg jarang2 berkemampuan melakukannya seperti mama.
Syukur diatas nikmat yg Engkau berikan...

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. murah rezeki akk dan en suami tahun ni.. mcm saya pun kurg berkemampuan juga nak buat ibadah korban masa bujang.. Alhamdulillah lepas kawen baru la en suami tlg buatkan utk saya dan anak2.. rezeki manusia Allah je yg tahu. Mudah2an tahun seterusnya lebih dimurahkan rezeki.. amin

    ReplyDelete
  2. Pembetulan: ank2 bkn korban tp aqiqah

    ReplyDelete