Bak kata pepatah, biar skit, lama2 jadi bukit. Dalam diam rupanya abah menabung...yg spesel, tabung abah adalah bekas macam pelampung pukat yang digunakan nelayan (betul x heh). x pasti bila abah start menabung nie. Tapi kejadian pecahkan tabung nie adalah 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaban, 2 hari sebelum bulan Ramadhan. Ini dilakukan bagi membolehkan membeli persiapan raya seperti baju raya anak2 sebelum masuk Ramadhan. Sejak 2-3 tahun lepas, mmg kami x kuar shoping malam coz bagi menumpukan solat terawih yg datang hanya setahun sekali. So mari kita tgk aksi masing2...
Perhati betul2...pisau sembelih lembu digunakan utk sembelih tabung...Dibantu oleh orang kanan abah...angah arif...huhuhu. Abah x berbaju sambil mengira duitnya...
Step pertama, pilih duit yang plg beso nilainya iaitu not RM50. Kat tgn abah tu just not RM50 dan sebhgn telah ditindih oleh pisau...
Susun, jgn x susun. Tabungan abah nie agak lumayan coz seblm pose, mmg abah gie menoreh kat kebun orang, so setiap kali timbang getah, mmg abah suka masukkan sebhgn dlm tabungnya...tu yg byk not RM50. Tapi sekarang abah dah x menoreh coz tuan getah tu ckp nk potong semua getah yg ada coz nak tanam yg baru...So sekarang tiada lagi tabungan semewah ini...Namun rezki Allah sentiasa ada untuk hambaNYA.
Angah berusaha mengeluarkan syiling2...
Kocok kuat2 angah wey...
Not RM50 plg byk compared to not RM10 & RM20...syabas abah...
Not RM1 yang baru tu, blh bagi sebagai duit raya kat budak2. Lagipun mama tukar duit raya x banyak mana pun tahun nie...Abah tlg cover...
Begitu juga not RM10, bg kat anak2 buah yg terdekat as duit raya...
Anak2 dah meningkat dewasa, memang persiapan raya memerlukan wang yg banyak. Baju anak lelaki, jenama Chetah Junior dah RM60 lbh kurang sehelai. Jenama Kiko RM70 keatas. Kat Terengganu jenama yg camtu jer yg ada...so x byk pilihan. yealah, kami pun bukan selalu beli t-shirt kat anak2. So time raya hah beli yg branded skit. Dua hero agak cerewet gak bab t-shirt. Belum masuk seluar lagi...
Along lak prefer beli jubah...Mama biasa2 jer. Kain beli kat Kamdar time sales jer. Hah masuk bab sandal, hage RM40 keatas setiap orang. Nasib tahun nie diaorg pakai sampai lunyai...Cuma adik x cerewet, kasut hage RM15 jer tp mmg pakai sakan...hahaha
Duit kertas dah clear, sekarang turn asing duit syiling lak....
Apa2 pun mama memang menggalakkan anak mama menabung. Masing2 ada tabung sendiri kecuali along coz sejak duk asrama, dia dah pecah tabungannya & mama masukkan dlm bank. Dapat RM200+ (dlm tempoh 3 tahun) coz just dia simpan syiling jer.
Angah pilih coin 50 sen dulu...
Tersusun indah bg memudahkan pengiraan jumlah beso nnt.
Acara susun duit syiling nie juga melibatkan adik & mama, cuma x masuk dlm gambo coz x tutup aurat...hahaha.
Last sekali masukkan dlm plastik mengikut 20sen, 10sen dan 50sen. Asalnya abah nak suruh mama masukkan dlm Tabung Hajinya, tapi kalu hantar tabung haji, mesin x kira terus, kena tgl syiling tu utk dikira kemudian...So abah ambik keputusan tanya kedai runcit berdekatan. Alhamdulillah, semua syiling selamat ditukar ke kertas.
Keesokannya kami mula menyoping baju raya anak2 seperti baju melayu 3 hero, tshirt 2 hero (Hock Kee Seng & Astaka jer) & seluar 2 hero. Begitu juga sandal anak2...
Nak tahu jumlah besar tabungan abah nie???huhuhu biarlah rahsia. Syiling saja dah RM500, not RM50 berkeping2...hehehe. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment