Alhamdulillah tahun nie mama dah niat awal2 nak buat ibadah korban. Rasanya begitu lama mama x jalankan ibadah yang satu nie. Niat telah dipasang awal2 pada bulan Syawal coz berbincang ngan anak2 nak ajar diaorang agar mendekat diri dgn ibadah nie. So duit raya masing2 dah tolak siap2 nak ibadah korban sebelum masuk tabung haji. Masing2 mama x tetapkan brp tapi minima RM30 sorang. So ada anak mama yang baik hati bagi RM50 dan ada juga yang bagi seminima. Mama x kisah asal masing2 ikhlas. So yang lebih mama & abah akan cover.... Kalu x buat macam nie, mama rasa asyik x terkejor sokmo duit tu, padahal kalu kite niat & rancang awal, InsyaAllah menjadi. Maklum lembu sekarang x ada yang RM300 kebawah...
So sebelum mama melalui ibadah tersebut pada waktunya, mama menggunakan khidmat MR Google utk memenuhi info tentang ibadah korban nie...Mana yang patut kite lakukan, mana yang sunat & mana yang wajib. Sebelum tu dah dengo serba skit pasal ibadah nie kat kuliyah maghrib, tp nk tambah lg ilmu, jom kite menggoogle.
Banyak ilmu yang mama dapat pelajari dari ibadah ini :
HUKUM
KORBAN
Menyembelih
korban adalah sunat muakkad dan menghampiri kepada wajib bagi yang
berkemampuan.
Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu
Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain,
kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.
FADILAT KORBAN
1.
Korban akan meenjadi kenderaan ketika melalui titian Siratul
Mustaqim.
2.
Ibadah yang menyelamatkan empunyanya daripada kejahatan dunia dan
akhirat.
PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN
1.
Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong
rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal
untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia
berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا
يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan
telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut
atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39
)
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian
Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah
r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli
binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan,
tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih)
sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat
al-Bukhari dan Muslim.
PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI
BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan
saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang
yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang
memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
BERQURBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan, berkorban
sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Justeru, untuk
menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban
kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan
kemampuan orang yang berhutang.
Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang
pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki
wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan
hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang
dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan
akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu
barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.
Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja
menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan
pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga
menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama
sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding
berkorban.
Patutlah aki & Chek tiap2 tahun buat ibadah korban nie. Biasa tiap2 tahun pergi rumah chek utk tolong agih2kan daging korban tersebut, perasan jugak, bila daging tu sampai kat rumah, aki agih2 dulu kpd 3 bhgn, lps tu bhgn tertentu agihkan utk sedaramara & yg bhgn satu lg utk jiran tetangga & kpd golongan yg susah...huhuhu, dah berumur macam nie baru nak ambik tahu itu semua. At least mama nak jugak tahu daripada x tahu terus....
Abah dah decide yang bagi bahgn tu atas nama mama coz 1 bhgn korban xleh letak nama ramai2. Asalnya nak letak nama salah seorang anak2 kami, tp syarat korban adalah akil baligh. So bg peluang bhgn korban tu nama mama dulu. Ada rezki & pjg umur kite letak nama anak lak. Kalu nak letak nama anak biasanya akikah, tp akikah utk anak2 setakat nie semua alhamdulillah, dah selesai. So kita buat korban lak deh.
Seminggu sebelum Aidil Adha, mama dapat berita gembira yang abah pun dapat buat korban dengan percuma utk sebahagian lembu kerana ada seorang hartawan yang bagi 2 ekor lembu kat YB utk dibuat majlis korban bagi yang x kemampuan kuar duit. Alhamdulillah, so jadi 2 bhgn korban pada tahun nie.
Mama ambik bahagian kat Surau Telok Menara awal2 lg. Oleh kerana abah perlu tolong melapah kat lembu 2 ekor tu, so mama terpaksa wakilkan korban mama tu. So cari maklumat pasal wakil mewakil nie...Bukan apa, kita nak buat ibadah, biarlah kita tahu caranya, jgn main terkam jer...
1. Pastikan al-wakil (pihak orang
yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu
melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah korban) atau mampu
menguruskannya.
2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya". Jika ada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadai sebagai taukil (penyerahan).
3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (seperti menerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa).
4. Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).
2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya". Jika ada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadai sebagai taukil (penyerahan).
3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (seperti menerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa).
4. Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).
5. Jika ia dapat hadir sama,
hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih.
Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika
melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;
إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ
وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ
وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada
sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah
dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim;
7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).
6. Jika ia tidak dapat hadir
sama, akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal
lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain
hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.
Harap n3 ni memberi sedikit ilmu & peringatan mama buat masa kini & masa akan datang....
No comments:
Post a Comment