Friday, 6 January 2012

Puteri Bongsu Mama : Part 3



Selepas kejadian tu, satu lg insiden yg x tak dpt mama lupa hingga kini, kerana insiden yg pertama, masa ubat bius mama telah tamat.Masyaallah...umpama nyawa dihujung tanduk apabila ubat bius dah habis & ketika itu, perut mama dlm operasi mencuci (mama dpt tgk melalui lampu besar pembedahan yg duk kat atas).

Tuhan betul2 menguji mama saat kelahiran ini.Mama menjerit kesakitan dan pakar bius cuba menenangkan mama.Pakar bius cuba mencari jln terbaik bagi menyelamat keadaan kerana pembedahan tersebut masih belum selesai.Selepas mama menjerit tiba-tiba mama telah ditidurkan  oleh pakar bius tersebut. Dan mama terus tak sedar sehingga pembedahan selesai.



                                             
Rupanya mama koma sehari semalam selepas dibedah.Semasa  mama koma,mama sedar siapa yg melawat mama time tu. Cik Long (Kakak abah), Ummi (Kakak Mama),Tok, Chek dan Aki dtg melawat.Aiman pun datang melawat.Mama dengar ada yg membacakan doa2 dan ayat-ayat al-quran yg pendek utk mama.Sehingga sekarang mama masih ingat hal tersebut walaupun mama time tu koma. Cuma mama x blh bagi feedback kat diaorg. Terima kasih atas doa2 mereka yg telah diberikan kepada mama. 



Alhamdulillah, akhirnya mama sedar dan membuka mata.Semasa mama sedar, abah ada di sisi mama.Mama sgt dan terlalu dahaga ketika mama mula membuka mata, namun, nurse yg khas menjaga mama x izinkan mama minum walau setitik.Mama dpt tahu yg mama telah dimasukkan darah sebanyak 2 bag/paket.Patut mama rasa badan mama panas dan aircond dlm bilik khas tu t yg tidak cukup sejuk buat mama.Namun, mama berterima kasih kepada pemilik darah-darah yg mama terima dan sedang mengalir dlm tubuh mama.Walaupun mama tidak mengetahui empunya darah tersebut,mama doa agar darah  mengalir dlm tubuh mama,darah org yg baik2(memang baik,kalau tak,mereka tak derma lak darah). 

Sehari selepas tu, baru mama dipindah ke bilik asal mama masuk hari tu.Dan keesokannya baru mama dpt melihat wajah & rupa puteri mama di wad yang telah diasingkan.Nurse mengizin mama menyusu buat pertama kali baby mama.Sangat montel & tembam seperti sekarang.Ya Allah terima kasih kerana masih memberi peluang kepada mama dan baby untuk bernafas di bumi yg indah ciptaanMU.Semoga mama dan baby menjadi orang yg beriman dan solehah.Amin....



Sebelum mama dibenarkan keluar wad, doktor telah memasukkan 1 bag/paket darah bg memastikan mama sihat dan cergas sebelum mama pulang.Ini bermakna jumlah darah yg dimasukkan ke dalam tubuh mama adalah 3 bag/paket bersamaan 1500mg (kalu x silap).



                  Cik Long (kak long abah) turut bersama semasa Enor & mama
                                    kuar wad selepas 4 hari dilahirkan.


No comments:

Post a Comment