Selepas mama ditolak ke labour room, mama dimasukkan air ubat melalui tangan mama.Kira ubat paksa bersalinlah.Sejam awal, x rasa sakit apa pung, so nurse lajukan aliran ubat agar mama segera rasa sakit.Adalah juga tp dlm 5 minit je sekali.Dekat tengahari,nak masuk zohor, mama dah rasa sakit yg teramat.Nurse panggil abah masuk ke labour room sebagaimana biasa.Mama cuba dgn sedaya mama agar dpt bersalin biasa tp kudrat mama umpama dah x mampu coz may be ubat yg dimasukkan terlalu byk.Byk kali mama cuba tp akhirnya mama mengalah apa doktor nak usaha selepas tu.Sebenarnya doktor praktikal yg handle kelahiran kali ini. Dia handle dr awal mama masuk labour room.Walau mama dah mengalah,doktor praktikal tu seakan paksa jugak mama agar push.Mama x reti nak beritahu yg mmg mama dah x berdaya.
Alhamdulillah, saat mama bertarung nyawa itu, doktor pakar ada buat lawatan kat labour room & bila dia pegi kat mama, dia jerit kat doktor praktikal kenapa biar mama dlm keadaan begiu coz dia ckp denyutan baby dah menurun.Sempat aku dengar doktor pakar ask doktor praktikal " give me 5 reason why u stil not book operation room" (something like that ah). Terus dia suruh sign borang utk bedah. Mama dgn rela mesign borang tersebut.Waktu tu mama just mahu kedua2 nyawa diselamatkan.Abah disuruh keluar spls doktor berbincang.
Di dalam bilik bedah,mama dibius separuh sedar (bg yg pernah mengalaminya sj yg tahu).Pembedahan tersebut masih di handle oleh doktor praktikal di temani doktor pakar tersebut.Semasa pembedahan tersebut berlangsung satu insiden yg x dingini telah berlaku.Oleh kerana mama dibius separuh sedar, mama terdengar perbualan doktor2 tersebut apa yg berlaku.Namun, mama redha apa yg berlaku ketika itu (tak kan mama nak bangun & marah kat doktor2 tu).Gempar kejap bilik bedah coz suruh call bank darah bagi mohon sekurang2 1 bag/paket darah kerana mama telah kehilangan bayak darah akibat insiden tersebut. Ya Allah selamatkanlah hambaMu yg hina ini dan sekurang-kurangnya kau selamatkanlah baby yg tak berdosa ini yg ingin melihat dunia ciptaanMu.
sedih baca entry ni..sebaknya rasa
ReplyDelete