Saturday, 7 January 2012

Bercuti Di PCB Resort, Kelantan

Bulan Julai 2011, kita sekeluarga kecuali along (biasalah along x ikut coz dia x nak ikut...maklum dia dah besar panjang...hehe) telah makan angin sampai kembong di Kelantan.Tujuan utama nak main swimming pool kat kelantan & juga shopping baju raya anak2.Pergi sana x lak booking hotel or resort.Asal nak duk kat hotel, tp mahal sgt harga utk bilik yg 2 katil double. Maklum 2 org dewasa & 1 kanak-kanak & 2 hero yg hampir dewasa.

So selepas pusing2 Kota Baharu, dpt suggestion dr kwn mama, Afa suruh try kat Perdana Resort kat Pantai Cahaya Bulan, jauh skit dari bandar.Bila kite sampai sana mcm x meriah coz agak jauh dr pantai & resort dia mcm terpencil jer.So abah pung try ronda2 area tu & kami jumpa PCB Resort.Bila tanya kat kaunter, swimming pool ada x,bila dah jwb ada tu, apalagi..terus pilih bilik kat situ.Pilih bilik yg hampir dgn pool.

Anak beranak menuju ke swimming pool dgn semangat berkobar2.
Pool adalah bangunan yg beratap biru tu.





Sempat lagi miting anak-beranak dalam pool.Nie pool untuk dewasa.

PCB Resort agak meriah coz diaorg mcm nak buat naiktaraf gitu area diaorg & resort nie agak hampir dgn pantai.Bilik yg kami menginap agak besar,muat kami sekeluarga & yg best, bilik air bukan main besar,sekali lps balik swimming, satu keluarga boleh masuk dlm bilik air tu.Siap mandi beramai2 lak kat bilik air...bising...Dengar suara kami anak beranak jer kat resort time tu...

Hari pertama...dah nak petang..sempat mandi kejap jer,
lps tu guard yg jaga pool suruh sambung pg2 esok.


Gambar time shopping x sempat nak ambik.Kami byk shopping kat Parkson,kat sana kami dpt point coz ada bonuslink card.Lagipun byk gak pilihan baju bdk2 nie & harga ok.Parkson...beli seluar jeans hero sehelai sorang,seluar jeans puteri sehelai,T-shirt lengan pjg puteri sehelai & 2 pasang t-shirt buat 2 hero.Selain Parkson kami shopping kat Billion, kebetulan ada sale kat situ.Billion...beli seluar slack 2 hero  2 helai sorang,sandal & seluar abah.Mama x beli apa coz mama shopping kat Rantau Panjang jer.Tp singgah jap jer coz dah nak maghrib time tu.Cik Yan follow sama coz kebetulan dia balik rmh mak dia.


Kat PCB Resort ada 2 pool.1 utk dewasa dan 1 utk kanak2. Mmg luas giler pool2 tersebut tambahan pula time kami mandi mmg kita jer sefamily.Bagi org luar (yg x menginap di resort nie), bayaran dikenakan sebanyak RM3 utk kanak-kanak & RM7 utk org dewasa.

Tengok enor sorang2 duk pool kanak2.Bebas sebebasnya dia ber swimming.
Enor mandi sepuas2nya.



Anak mama marah org lain kacau dia kat pool nie.Enor tgh feeling sorang2












 
Aik...mama x sedia lg time nie.Angah timing kamera x betul kot.




 
Angah Arif mmg suka swimming.Nie pool org dewasa...
Pool kanak2 katanya x best, toho sgt...



Aiman



 
Kesian mama kat belakang sorang-sorang,rasa terpencil je.
Gitulah anak-anak & abah anak kalu dah xcited, x ingat org dah.


 
Kunci bilik penginapan kami...




 
Apa kena angah nie...Nie baru bangun tidur...Tunggu nak pegi pool lak.




Acara tolak katil nak rapat dgn katil mama,takut katil duk tepi tingkap.

Kami bertiga je breakfast, 2 hero masih dalam selimut.


Breakfast kami.Cafe nie just duk tepi pandai.angin sepoi2 bahasa.


 


Enor western skit konon,makan roti je,bukan apa, x sabo nak g pool lak.

 

Enor & Abah di tepi Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu.
Ajak main pantai,x nak.Ganu byk doh pantai, katanya.
Nak gie swimming pool......

Mama sayang Enor...

Dinner kami di sini, tepi PCB & tepi jer dgn resort kami.
Makanan sini best & murah kalu nak compare Ganu...






Depan pintu masuk PCB Resort,
dah nak balik...moga-moga kami dtg lg ke sini....













3 comments:

  1. salam..saya nk tanya.. kat PCB resort ni..
    untuk mandi di swimming pool tu, buka untuk public jugak ke? means..sy xamik bilik hotel, just nk g mandi pool je..boleh ke? tq

    ReplyDelete
  2. sori lambat reply...pool di PCB terbuka untuk public juga...harganya kalu x silap RM7 bagi dewasa dan kanak2 x ingat dah...bg yg menginap di situ free jer - beritahu no. bilik.

    ReplyDelete
  3. salam...
    rate berapa untuk satu malam ?

    ReplyDelete