Monday, 13 July 2015

Tidur Dalam Kontek Islam

Kisah ini diambil dari coretan seseorang sebagai renungan..,

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita  hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. 

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....
seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. 

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya. 

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. 

Wallahualam.

Bagaimana Dengan Kita?

Al-Imam Malik Rahimahullah pernah menangis ketika hendak berbuka puasa.
Ketika ditanya oleh muridnya kenapa dia menangis?

Imam Malik menjawab: "Aku sedih melihat makanan yang banyak ini, karena
teringat Rasulullah SAW. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi ibadahnya banyak. Sedangkan aku, berbuka dengan makanan yang banyak tetapi ibadahku sedikit".

Bagaimana dengan kita?

Mati Itu Pasti...

Buat renungan....
Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! 

Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Mengapa Kita Perlu Baca Al-Quran Walau x Tahu Makna

Assalamualaikum. Mari pertingkatkan amalan di bulan Ramadhan dengan membaca AlQuran sebanyak mungkin untuk mencuci diri kita zahir dan batin.

Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya....

Ini adalah sebuah cerita yang indah.

Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua 👴  tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh 👦 . Setiap pagi selepas solat subuh 🌄  datuk ini akan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Qur'an 📖 . Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa  sebaik saja tutup buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "

Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi 👜 , guna untuk menyimpan arang dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke sini."

Cucunya segera ke anak sungai  berhampiran  dan menceduk air sungai dengan bakul arang tersebut. Malangnya semua air cedokan tadi meresap keluar 💦  sebaik dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa 😄  dan berkata, "Adik kena cepat sikit lain kali," dan menyuruhnya kembali  ke sungai untuk cubaan kedua. Kali ini si cucu berlari laju 🏃 , tetapi bakulnya kosong juga tanpa air sebaik dia sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil 😰  untuk bawa air dengan bakul  dan dia terus pergi untuk mengambil baldi. Datuknya berkata, "Atok tak nak air dalam baldi, Atok nak dalam bakul ni juga. Adik belum usaha sedaya upaya lagi," dan dia pun bergegas ke pintu untuk melihat cucu kesayangannya mencuba sekali lagi.

Tatkala ini, cucunya sudah dapat merasakan bahawa itu adalah pekerjaan yang sia sia 😡 , tetapi dia masih mahu membuktikan kepada datuknya, walau dia berlari sekencang mana pun, airnya pasti meresap keluar dan bakulnya tetap  kosong sebaik dia sampai ke rumah. Dia pun mencedok air sungai dan berlari sekuat hatinya, tetapi sebaik dia sampai di hadapan datuknya bakulnya sudah kosong tanpa air. Dengan termengah-mengah dia berkata, "Tengok ni Tok, apa gunanya!?"

"Oh Adik ingat tak berguna ya?". Datuknya berkata lagi, "Tengok bakul tu."
Cucunya melihat pada bakul dan buat pertama kalinya dia perasan bahawa bakulnya nampak kelainan. Bakul tersebut sudah bertukar dari bakul arang yang hitam kotor kepada sebuah bakul yang bersih, luar dan dalam.

"Cu, itulah yang terjadi bila kita baca  Qur'an. Kita mungkin tak faham dan tak ingat apa yang kita baca, tapi bila kita baca, kita akan dibersihkan, luar dan dalam. Itu adalah urusan Allah dalam mengatur kehidupan kita."
Cucunya terkebil-kebil menganguk. Hebat kisah ini.

Kalau ceritanya membuat anda juga terkesan maka kongsilah dengan kawan /sahabat / saudara-mara.
Sharing is caring 😊

Ramadhan Jangan Pergi 2


Malam raya.

Ibu mengetuk pintu bilikku.

Menghulurkanku sepucuk surat.

“Apa ni, mak?”

“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”

Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. 

Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. 

Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya.

“Assalamualaikum.

Maaf mengganggu. 

Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”

Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.

Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. 

Kecewa sendiri.

Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.

Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.

Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”

Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.

“Saya sedih. Sangat sedih. 

Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah. 

Tapi, gembira saya tak lama.

Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.

Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?

Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. 

Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.

Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.

Cukuplah sampai sini.

Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak. 

Biar berjauhan.

Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua.

“Saya Ramadhan.

Jaga diri, jaga iman.

Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. 

Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.

Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.

Air mata mengalir tak tertahan lagi. 
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.

🍃 🍂 🍃 🍂 🍃 🍂 🍃 🍂 🍃 🍂 🍃 🍂

Jgn biar ending kisah anda sebegini TRAGIS !!

Jangan biarkan ramadhan pergi dengan tangisan sesalan tapi tangisi pemergian kerana bimbang kita tak bertemu lagi dengan nya

Ramadhan Jangan Pergi...

SELAMAT TINGGAL...
Sahabat2...                                      
Kamu kata AKU mulia,
tapi kamu perlakukan AKU biasa-biasa sahaja...

Kamu kata AKU bulan turunnya Al-Quran,
tapi mengapa kau tidak ada waktu untuk tadarrus... 
sekarang malah sibuk fikirkan tentang HARI RAYA...

Kamu kata AKU bulan ibadah,
sekadar terawih saja banyak yang tidak dikerjakan... 
alasannya susah & letih...

Kamu kata AKU bulan keampunan,
AKU  tunggu doa mu,
tapi kamu lebih asyik dengan gurauan, Whatsapp dan FB...

Kamu kata AKU lebih baik daripada seribu bulan,
AKU tunggu rukuk, sujud & tilawah kamu di 10 hari terakhir,
tapi kamu lebih memilih malam mu dengan tidur dibuai  mimpi serta selimut...

Sahabat... 
Sebentar lagi AKU akan pergi,
meninggalkan kamu untuk waktu yang lama,
11 bulan lagi AKU pasti kembali,
tapi AKU tidak pasti apakah akan menemukan kamu lagi...

Kecewa, menyesal & menangislah sekarang... 
ketika kamu masih dalam pelukan AKU,
jika ini menjadi perjumpaan terakhir kita...
yang kelak akan jadi saksi cinta mu kepada ku...❤



Salam Daripada sahabat Sejati mu...
RAMADHAN 1436H

Monday, 25 May 2015

2014 : Bengkel @ Bayou Lagoon Park Resort, Melaka


Berbengkel dikala halaman sendiri menghadapi  musim tengkujuh dan pantai timur dilanda banjir...namun kerna tugasan, kami pergi ngan rela hati...
Bertiga dengan menaiki kete bos...honda terrr

Singgah simpang Segamat beli apa yg patut untuk alas perut...Orang ganu pergi mana2 pung mesti nak test kepok lekor...Yan beli kepok lekor & goreng pisang cheese...sedap coz perut lapo kot...bos jeling2 je bila anak buah makan dlm kete...hahaha.



Sempat ambik time kete gerok...






Luas dan selesa...Kalu bawa family pun ok nie...hampar 2-3 toto pun blh...hahaha



Yang syok kat sini kira ada taman tema hah seposen...Dan kali nie best coz ada outdoor & indoor games tatkala berkursus
Nie tempat kanak2...port ni hah kami suke lepak...


Mama mmg nak main outdoor games...syokkkkk
Awal2 daftar dah bagi kumpulan masing2...kat tag nama tu ada ye letak kaler, so tau hah kita rumah kaler mana...

Antara games yang kami main by group adalah anyam ketupat (nasib Cik Teh pandai buat, yg lain tahu tgk jer...hahaha) cari duit dalam kolam (pakai kolam baby si Pinas & Akram, air tu x nk bg jernih mudah nmpk syiling, diletaknya nila), cari pinang dalam tepung, cari daun sirih celah2 pokok dan laluan berhalangan...

   Nie acara last yang sungguh mencabar...akhirnya mama terkena jua main games last nie...apa2 pun mmg syokkk. Masing2 bawa plastik ngan setiap tu ada pakaian pahlawan...

Tu hah...kena main slide nie woooo.  Sila duduk ikut kaler masing2...dan mama semestinya kaler ijau...




Kami yang terjun slide tadi adalah membawa peralatan untuk pahlawan2 nie. Nama group diberi mengikut nama pahlawan Melaka...Hang Jebat, Hang Tuah, Hang Lekiu, Hang Kasturi...

Pakaian khas tu dibuat oleh group yang indoor games...diaorg siapkan sampin, keris dan tengkolok heh...apa2 hah yang naik slide td, setiap seorg bawakan pakaian tu dalam plastik jgn bg basah masuk air...so ada org kat darat tgu utk pakaikan kat pahlawan masing2...


Duk cari ada barang yang cukup...huhuhu Last2 rupanya dalam plastik beso...



Jom berendam lepas xtvt games td tamat...







Bergosip ke apa nie????panassss...opss dalam air sejuk hah skit. Ginilah kami bila dapat berjumpa sekali sekala...mostly kami dari state..so masing2 ada cerita nak bercerita...Sekarang semua tu tgl kenangan coz mostly antara kami dah pindah ke Jabatan lain...sob sobbbb


Tu Duyung dari pulau noooo...Pulau Langkawi terrrr...peace...


Kami group outdoor games yang ceria....keceriaan terserlah...Beli gambo ni RM10, x hah mahal mana...mahal lg kenangan yg terindah itu...
Bengkel kali ni memang best... best... best...


Malamnya ada dinner bertema merah dan itam. So pakai jelah apa yang ada, tau pun last minutes pasal tema2 nie...Nasib hah ada baju tema...
Kami...

Izza bersama bos barunya...






Puan SUB memberi ucapan...


Pinggan mama

Ini juga...

kali nie bbq x banyak choice compared to dinner kat Gambang tahun sudah...dan sebagaimana yang diberitahu oleh Puan SUB ini adalah kerana pihak hotel x sempat nak prepare coz Puan SUB telah request diawalkan dinner ni coz Puan SUB ada hal penting pada tarikh yang ditetapkan sebelum ni. x apalah...bersyukur ngan apa yang ada...
Lagi satu diaorg bako2 kat luar dewan ni, so makanan tu x hah kita ambik time panas2...

Dinner nie juga meraikan En Rahim yang akan bersara x lama lagi...


Karaoke oleh org kuat BAD

Sebahagian daripada Cawangan negeri (Semenanjung) bersama Puan SUB


Puan SUB bersama admin dan pemandu2


Puan SUB bersama staff dari Sabah & Sarawak...


Nyanyi jgn x nyanyi


Fuh wakil kami pun naik pentas gak...caiyok izza


Kami rakan induksi yang masih bertahan di Jabatan ini. Buat masa nie tgl kami berempat jelah...Dari kiri, Afa dah pindah Jab. Audit Kelantan dan Anne (sebelahnya) di Jab. Audit Sarawak. Moga kalian success ditempat baru. Actually bagus jugak berubah angin, at least dpt menambah pengalaman dlm bidang tugas ni...

Sentiasa ceria bersama...muaahhh


Naziah pun dah pindah Odit Penang

Kami...Sempat berselfie time org duk sibuk susun2 untuk bergambar atas pentas...

bertebaran selepas selesai sesi fotografi...

Sukahati masing2 lepas dpt beli buahtangan buat yg tersayang...hahaha

Rupanya jauh jugak Bandar Melaka ngan Bayou Resort nie...Nasib driver Jabatan sudi layan karenah kami. Kami ingat dekat2 jer...sempat booking 2 driver & kete jabatan pada petangnya. So just terjah pasar kat depan kapal besar tu. Coz x syok hah kalu mari Melaka x soping buat kenangan...huhuhu.
Malamnya kita sambung berkursus...hihihi

Banyak shopping brg makanan kat minah nie...



Mama punyer...

Antaranya

kiriman sepupuku...

Untuk Abah & anak2...

Saya bukan cikgu...hihihi


Bersiap utk pulang selepas berkursus...

Kursus kali nie sungguh bermakna buat mama...lepas ni mama kalu pergi kursus ramai geng baru hah pulok...x ape, biar ramai kawan, jgn ramai musuh...kui3...