Sunday 9 April 2017

Selamat Datang Ahli Baru Keluarga Kami


07 April 2016 - ADAM ZUHAILY BIN ZULKIFLI

Kelahiran yang boleh dikatakan tragis kerna lahir awal 2 minggu dari yang dijangka dan pengalaman naik ambulans.

Bermula petang rabu, mama balik kerja nak solat asar, masa dalam toilet terlekat skit darah kat spender mama…aikkk…pelik campur confius ni…tanda2 sakit x ada pung.

Terus settle mandi & solat, dah x sedap hati, terus call abang sruh ambik tiket mai kelate ptg tu jugok. Terus atur strategi. Panggil mok ucu tanya pendapat dia camna, dia rasa perut mama, katanya cam lambat lg...sempat kot tgu nak balik kg esok (khamis), mmg plan nak tumpang acu balik. huhuhu...tapi gerak hati mama kata lain....Terus call abah sruh mari jugok ptg tu...Asalnya abah nk gerak dari ganu subuh2 esok...oh tidak...sekarang jugak kena fikir camna perlu sampai segera ke kelate...

Nasib anak buah ada kat bandar, terus dia ambik tiket bas ke Kelate, bas pukul 6 n naik kat Bt 6, no need pergi bando Kuala Terengganu. Sempat call chek (mok mama) bgtau dah kuor tanda n mohon chek doa agar selamat semuanya.


Alhamdulillah abah n kak nor sampai kul 10 malam, Acu tlg ambil kat Petronas. Plan abah nak terus drive balik mlm tu jugak tp mama kesian lak kat abah n eno...penat walau just duk dalam bas td. Malam tu tido pun x berapa lena, tanda2 sakit x ada, tp bimbang takut darah kuor lg...so kerap g toilet...Nak masuk subuh, dah ada tanda skit2...tp kejap jer...so bangun subuh, abah terus nak gerak balik coz x nak bertembung ngan jem org nak g skoloh n kerja.Seblh-boleh abah x nak mama bersalin di Kelate...dan dlm doa mama setiap hari pun mmg mama mohon pdNya agar dapat melahirkan di bumi Terengganu. Lagipun x ada sape kat Kelantan ni...acu & mok ucu pun sibuk n ada ank kecik. So dgn confiden kami pun gerak 6.45am. Kesian eno bgn ngan terpinga2.


So mama baring kat belakang, eno duk seat depan. Utk lebih selesa, mama baring mengiring. Time tu mama just rileks je kat seat belakang n abah pun drive cam biasa. Dah kuor dari Besut, mama rasa sakit dtg makin kerap dgn tiba2. May be sebab mama tido mengiring n ngan keadaan kereta bergerak agak laju jugok ketika tu. Abah sempat call sruh wife arwah Ustaz Harun nk sruh buat minyak selusuh. huhuhu...dah pesan awal2 lg kat abah sruh buat, tp ye kata awal sgt lg kalu nak sruh. Siap call achik mtk tlg bw g minyak kat Kak Nab n nnt abah nak g ambik...






Sampai kat Setiu, mama dah x tahan dah...rasa mcm nak membuang...sruh abah berhenti kat Hospital Setiu, abah cakap Hospital Setiu dah lepas, so sruh je berhenti kat mana2 Klinik Kesihatan yang ada...eno kat depan duk suruh mama bersabar coz abah dah nmpk signboard Klinik Kesihatan Seri Langkap....x jauh kat depan.


Sampai kat klinik ni dalam 9.00 a.m  terus di periksa oleh nurse, bukaan dah 5cm terrrr...huhuhu. Nasib ada 2 org doktor perempuan pg tu. Salah seorang doktor pecahkan ketuban mama. Sambil nurse siap2 apa yg patut utk sambut kelahiran, doktor seorg lg mencelah menyatakan dia x sanggup nk tanggung risiko kalu mama bersalin kat klinik tu. Ini kerana dia refer buku pink mama, pernah appoinment ngan pakar HUSM dan bakal appoinment dgn O&G HSNZ kerana ada pengalaman kelahiran kak nor dulu.

So doktor tu bg peluang mama pilih nak bersalin Hospital Setiu or HSNZ. Sempat lg mama tanya, kalu HSNZ sempat ke? For sure mama nak pilih HSNZ coz kalu apa2 senang kat sana semua complete ada. So doktor bagi jaminan sempat sampai coz dia akan sign buku log ambulans utk bawa kelajuan maksima yang dibenarkan. Dan mama sempat dengar perbualan doktor tu menefon HSNZ sruh standby kedatangan ambulans ni.

Bertemankan 2 orang nurse dan seorg doktor, pengalaman pertama pun bermula, diusung masuk ambulans. Alhamdulillah nurse yg teman mama tu bg support dan selalu sruh mama berzikir bagai. Doktor td dah pesan awal2, kalu betul x tahan sangat nak push, blh je push dalam ambulans. Nurse yang baik hati tu duk gosok2 perut mama, rasa tenang skit mama, sakit mmg dtg agak kerap tika tu tapi sebolehnya akan mama tahan jua.

Alhamdulillah selamat sampai di Bangunan Ibu & Anak HSNZ dan terus di tolak ke bilik di ground floor tu. No need naik ke bilik labour room. Sekumpulan nurse dan doktor dah setia menunggu. X sempat doktor nak pasang alat kesan denyut jantung bb, doktor terus sruh push. Siap bagi nasihat agar usaha jugak agar bersalin normal coz mmg dah nmpk rambut bb. Doktor siap berkali ckp : awak x perlu hadap ceaser kalu awak buat betul2... siap sruh push jugak coz doktor bimbang anak lemas. Alhamdulillah 2-3 kali jugak cubaan, dgn adanya team yg psiko yg kuat, keluarlah bb yg comel itu.




Alhamdulillah...selamat datang ke dunia baru...




Satu amanah yang dikurnia olehNYA...tq Allah     





 Senyuman pertama yang sempat dirakam oleh abah.




BB bersama abah tersayang. Aiskk nmpk muda lak abah bila dpt bb baru terrrrr...huhuhu





Lena selepas penat bertarung dan lalui perjalanan yang panjang...KB - transit jap Klinik Seri Langkap - naik ambulans - HSNZ.







Kesian kak nor, tertido kat ruang menunggu bilik bersalin (ground floor) ....x sabar nak tengok baby....





No comments:

Post a Comment