Monday 17 April 2017

Sambutan Birthday Adam Setahun (TSMC)

Seminggu seblm event, dah siap bgtau awal2 kat taska, bb nak buat sambutan kecilan kat taska bersama kawan2. Mama tempah kek ngan anak kawan abah, Cik Mira ye duk Bachok, nasib ye sudi hantar kat taska pg ahad tu. Caj delivery hanya RM6.

Tarikh yang dipilih 9.04.2017 hari ahad. Tarikh lahir sebenar 07.04.2016 jatuh hari jumaat. Ahad tu jugak, bb appoinment utk cucuk setahun. 

Alhamdulillah bb membesar di hadapan mama dan menjadi peneman mama mencari rezki kat Kelantan. Mama faham, mesti bb boring ngan rutin harian kita sehari-hari. Pg2 punch card opis mama, kul 7.06am dah kuor rumah, lps tu mama hantar bb ke taska,kul 4.40pm mama ambik bb dan balik ke rumah sewa. Jarang sekali mama bw bb jalan2 di hari kerja. Tunggu abah mari weekend atau kita kelik Ganu hari minggu baru hah rutin kita berubah. Bb asyik duk tgk dinding dan siling je kat rumah & taska. Bertabah hah sayang deh...




Sempat mama posing masa hantar bb pg tu...
Tima kasih cikgu2 taska especially kak na selaku pengetua taska. susah payah decorate.


Kek choc moist kat dalam. 

x sangka Cik Mira decorate sebegini rupa, penuh ngan hiasan. Rasa berbaloi sgt dgn hage. Mama just sruh letak gambo DD & frens. Tapi bila mama sruh kak na post gambo, terkejut jugak dibuatnya. Terima kasih Mira kerna x berkira ngan mama. 

Adam bersama kak zikoh. Mood x elok coz baru bangun tido. Pihak taska dah bgtau nak buat event ni dalam kul 10 lbh...Mama beli tempura nugget & kepok keping (taska tlg gorengkan). Yang sup tu kak na tlg sediakan. Asalnya mama nk tempah mihun goreng tapi x tahu nak tempah kat mana. Nasib kak na sanggup buat mihun sup.

Kanak2 riang...menunggu birthday boy nak potong kek. x ramai mana time nie, ada yang x hadir dan ramai jugak yg jenis transit.



Selamat Hari Lahir sayang mama, Adam Zuhaily bin Zulkifli. Moga menjadi anak yang membahagiakan keluarga dunia & akhirat. 

Acara makan2...

Mama jugak ada sediakan sedikit goodies utk kwn2 bb. Mama sediakan dalam 20 bag, ini termasuk utk kakak2 yg transit.




Dalam goodies tu mama letak 2 belon, 1 topeng, 1 btg pensil & sepeket biskut yg siap dipacking. Semua barang2 tu mama beli kat Mr. DIY kat Giant yang baru di buka kat depan opis mama. Biskut je mama beli kat TESCO kebetulan pergi sana masa abah datang aritu.

Barang2 seblm dipacking dlm goodies bag.

Moga kawan2 bb gembira dengan majlis yang serba ringkas ini. Doa mama, bb akan membesar dengan sihat & riang gembira.

No comments:

Post a Comment