Tuesday, 5 August 2014

Pulang Kepangkuan Ilahi

Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan kita hadapi...

Hari Sabtu 14.06.2014, selepas hantar anak2 ke asrama selepas habis cuti persekolahan, kita singgah ke HSNZ bagi melawat Ma kepada abg Danial (mak mertua K.Da) yang dikhabarkan telah dihantar ke sini dari Hospital Jerteh selepas penyakitnya bertambah teruk. 

Diberitahu, asalnya Ma hanya demam biasa tapi demamnya x sembuh2 dan terus dimasuk wad di Jerteh dan bila dibuat pemeriksaan teliti, didapati terkena kencing tikus...Pada peringkat awal Ma abg Danial boleh bercakap2, namun selepas seminggu, kuman terus berjangkit (mudah merebak ke bahagian lain may be sebab lambat detect penyakit kencing tikus tu).

Time dihantar ke HSNZ tu, Ma mmg dah x sedar & mmg nampak kritikal. 

Adik pun turut melawat sama. Nie kat unit kecemasan.

Mengambil masa yang agak lama untuk dipindahkan ke wad.Dari petang kami sampai hingga solat Maghrib kat spital, last2 lepas isyak jugak Ma dipindahkan ke wad. Kebetulan Acu bertugas time nie (tapi org lain handle kes Ma), so main sms ngan Acu.

Ma selepas kuar dari unit kecemasan utk ditempatkan diwad ICU. Sungguh pilu time nie...kami anak beranak xleh nak hantar ke wad coz hanya waris terdekat saja yg dibenarkan...

K.Da dari Sabah terpaksa dibawa pulang apabila diberitakan keadaan Ma. Malam 17.06.2014, mama ada wassap K.Da agar kita pakat2 buat solat hajat secara berjemaah. Mmg dah siap rancang nk buat rumah Cik Long & Ayahsu sebagai Imam...Masing2 dah setuju untuk hadir pada solat hajat tersebut.

Kita mampu merancang, DIA yang menentukan.

Tanggal 17.06.2014, kebetulan mama cuti emergency coz rasa sakit ulu hati, xleh nak bangun pagi tu. Dalam kul 1 tghari dapat wassap dari K.Da yang Ma tenat. So kami pung bersegera ke HSNZ lepas solat Zohor. Sampai sana mmg sedara mara terdekat semua telah dipanggil berkumpul dalam wad, cuma lepas waktu melawat, mok guard yang jaga kat situ x benarkan orang luar masuk wad tu. Tapi mama cuba songlap masuk coz nak lihat Ma buat kali terakhir.

kami berkumpul luar wad. time ni dah habis waktu melawat. K.Da sempat masuk bersama nurse yg juga sedara belah abg Danial....

Ima masih ngan baju sekolah. Cik Long ambik time otw nk ke spital.Ika pung ada sekali.

tengok pintu nk masuk wad dikawal oleh mok guard, so mama jeling2 coz time ada peluang pintu tu terbuka terus mama songlap masuk...huhuhu

Time mama songlap tu mok guard duk sibuk buat panggilan, terus berlari masuk, sempat mama dengo mok guard sound "amboi x pandang belakang langsung"....

Padahal nurse kat dlm ckp x ape jer nk masuk kalu pesakit mmg tgh kritikal.

Suami, anak bongsu (Cah) & anak perempuan Ma (Kak Ngah) memang x tinggal Ma. Mama sempat membacakan surah Yasin agar Allah permudahkan segala urusan. K.Da pun ada dalam time tu dan rasanya K.Da dah yang ke berapa kali baca Yassin. Danial & 2 adik beradik lelaki dalam perjalanan coz diaorang balik ke Jerteh atas urusan sekolah Cah & nak ambik geran kete utk sambung roadtax....huhuhu.

Dalam 20 minit duk dalam tu & mama mcm x sanggup dah nak tengok Ma dalam keadaan gitu, mama kuar & ingat mmg nak balik coz nak g ambik ubat kat klinik lak.

Tak sampai 10 minit mama kuar dari wad tu (x sapa lagi kat parking kete), K.Da call bgtau Ma telah menghembus nafas terakhir tatkala anak2 Ma yang 3 orang tu berada dipangkuannya.. Ma umpama menunggu kehadiran 3 org anaknya tu sebelum beliau menutup matanya...YA Allah besarnya kekuasaan MU.


Van jenazah yang membawa arwah yang ditemani Abg Danial di dalamnya. Kebetulan terserempak time kami nak ke sana. Mmg kami bertolak lewat skit daripada kereta Cik Long coz Eri nak uruskan hal bb nya dulu...


Jenazah selamat sampai time Maghrib...

Sebelum solat jenazah...

Arwah siap dimandikan di HSNZ, Kak Ngah dan sedara terdekat yang lain memandikan arwah. Diberitakan hanya seorang jer staff HSNZ yang turut serta. So arwah siap dikapankan dan just solat jenazah dirumah beliau.

Baju biru achik, baju coklat berkopiah putih Abg Danial...

Muslimat mengaminkan doa di bahagian dapur. Dapur nie baru jer siap direnovate, terus Ma jatuh sakit. 

Kembar yang begitu baik sekali malam tu...

Sempat singgah dikubur dan kami terpaksa meneruskan perjalanan pulang. Kami berkonvoi pulang ngan 4 buah kereta - Kereta Mama, Ayhsu, Cik Long & Eva.

Sempat singgah di kedai makan bagi mengisi perut yang kosong sebelum meneruskan perjalanan.

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Doa anak yang soleh jua yang dinanti....








Kenduri Sana-sini

Masih kenduri bertarikh 31.05.2014. Almaklum cuti sekolah...so banyak dapat surat saman. x apalah. Kita raikan pengantin baru...Selepas kenduri rumah Kak Gee, kita ke rumah Biey kat Gelong Bilal. Kat sini just temu muka ngan pengantin perempuan coz dah lewat petang. 


Sempat bergambo kenangan.

Tinggalkan cap jari anda di ranting pokok...

x dapat bergambo ngan Bie coz dia duk tengah di make up utk outdoor photo, lgpun dia free hair time tu...
So kita ke Losong lak...

Nie majlis rumah Abang Nik (staff Audit Sekolah), dia dapat menantu baru. Kat sini semua turun makan coz kira nie lah kenduri terakhir utk aritu. Lauk pung banyak lagi & banyak pilihan.

Cenderahati dari Biey

Sebab x makan gulai, so kakak kpd Biey bg 3 bekas nie. Terima kasih, comey

Nie hasil kenduri sana sini pada 31.05.2014. 

Kenduri di Seberang Takir, mak sedara Che Su...yang best dapat jumpa opismate lama masa keje swasta dulu2...

Sempat merakam kenangan. Satu2nya anak tunggalnya, Lutfi. Dilahir x cukup bulan, sempat dukung dia masa dia mula2 kuar hospital dulu, kecik sangat2 time tu...Sekarang darjah satu...

Senyum...

07.06.2014 kita ke Kemaman bagi menghadiri majlis sepupu mama, Abg Zakari...

Berselfie...adik menyorok lak...

Kami bertiga...

Uda sefamily dari KL terjah nak makan gulai Ganu...

Jom bergambo...Jarang berjumpa ngan anak sepupu, anak abang Ri nie. Time raya je diaorg balik Manir...
Time nie adik x dok coz tiba2 badannya naik gatal2...rupanya kena 'tahik ulat', maybe kena time tunggu Uda bawah pokok kat Madrasah...sian adik

Simple tapi sedap...Sira pisang kat depan tu sedap...

Air special, jarang2 sekali ada dalam majlis

Sepupu mama nie juga dari KL, kebetulan diaorg duk Cherating coz Yus ada gathering kat sana.
xleh duk lama2 coz ada 2 tempat lg yg perlu hadir di Kuala Terengganu. Sebelum balik, singgah Farmasi kat Bando Kemaman bagi beli ubat adik yg teruk kena gatal...Dalam perjalanan adik just tido lepas diberi makan ubat...


Nie kenduri rumah Kak Yah, kakak ipar Cik Yan. Dah sapa lewat dari Kemaman, tuan rumah dah berkemas serba skit tapi lauk masih ada...daging gulai pun sedap...campur ngan lapo perjalanan lebih 2 jam dari Kemaman.

Berselfie ngan Mia...

Sempat lagi bergambo tu...maaf heh tuan rumah...

Masing2 dapat sorang satu, terima kasih Kak Yah.
Adik terpaksa pinjam baju Sarah kerana baju yg dipakai dah terkena tahik ulat. Nasib padan baju Sarah...yealah Sarah tu kurus keding...hahaha. Dan baju tu Sarah bagi terus kat adik...

Masing2 nak naik kereta Uda...Yealah kete Uda beso, apalah sangat kete mama nie yea...Apa2 pun syukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNya...

Parking pung mudah gie time lewat gini...hahaha






















Kenduri Anak Buah Cik Yatt

Kalu x silap bertarikh 31 May 2014. Kita ke Kg Tanggol hadir kenduri anak buah Cik Yatt, Kak Gee


Depan pintu masuk...Adik pakai tudung mama. Labuh cam ustazah...kalu dah dia pilih tudung tu, sila jgn komen & suruh ganti tudung lain...nnt mengamuk, semua org xleh nk tolong.

Tu dia...perlu lalui tepi pokok durian ni nak sapa rumah Kak Gee

Berposing bersama Kak Gee dan Yatt...Pengantin lelaki belum sapa...

Sudut Memori...


Sempat mencatat sedikit ucapan...


Bibir sama beso ngan pipi...kui3

Aiskrim ada juga disediakan...

Farah duk tengok Aiman makan aiskrim. Aiman lak duk jeling Farah....hahaha. Haiqal x dok kat sini, duk main rumah mokcik dia kot rumah sebelah.

Farah montel...dapat pulut manis, satu untuk Cik Yan...

Adik di pintu gerbang...


Pengantin lelaki

Terserempak kat pintu beso depan time nak balik...

Semoga kekal ke Jannnah








Traller Cabut Ekor

n3 peram (dah jadi tapai)...orang lain cite pasal raya...kite masih cite lama...x kisah hah coz blog mama utk kenangan mama...hahaha

Nie x ingat cite bln brp tp be4 pose. Ateh (adik mama) sekarang keje bawa kontena kat Klang, kebetulan aritu dia ada penghantaran barang kat area Kemaman, so dia sempat singgah rumah mak lepas selesai kerjanya...



Syafiq jer yang ikut sama...depan kepala traller





Dalam kepala traller...beso tau...kat belakang driver tu ada ruang utk tido2...


Adik pun nak join sama


Bertiga dibahagian ekor yang dah tercabut? Ekornya kat mana?hahaha.
Oleh kerana kawasan rumah chek adalah sempit, so terpaksa ateh cabut ekor traller ni...jom kita intai dia parking mana ekor traller...

Nie dia kat depan dewan sivik dicabutnya ekor. xlah jauh mana, 100m jer pun. x pasti proses mencabut & menyambung semula ekor tu mengambil masa atau tidak...

Angah doa agar ateh terus maju dalam kerjaya yang dipilih & diminatinya. Tengok pada tuan, cam x caya bawa traller....