Tuesday 5 August 2014

Pulang Kepangkuan Ilahi

Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan kita hadapi...

Hari Sabtu 14.06.2014, selepas hantar anak2 ke asrama selepas habis cuti persekolahan, kita singgah ke HSNZ bagi melawat Ma kepada abg Danial (mak mertua K.Da) yang dikhabarkan telah dihantar ke sini dari Hospital Jerteh selepas penyakitnya bertambah teruk. 

Diberitahu, asalnya Ma hanya demam biasa tapi demamnya x sembuh2 dan terus dimasuk wad di Jerteh dan bila dibuat pemeriksaan teliti, didapati terkena kencing tikus...Pada peringkat awal Ma abg Danial boleh bercakap2, namun selepas seminggu, kuman terus berjangkit (mudah merebak ke bahagian lain may be sebab lambat detect penyakit kencing tikus tu).

Time dihantar ke HSNZ tu, Ma mmg dah x sedar & mmg nampak kritikal. 

Adik pun turut melawat sama. Nie kat unit kecemasan.

Mengambil masa yang agak lama untuk dipindahkan ke wad.Dari petang kami sampai hingga solat Maghrib kat spital, last2 lepas isyak jugak Ma dipindahkan ke wad. Kebetulan Acu bertugas time nie (tapi org lain handle kes Ma), so main sms ngan Acu.

Ma selepas kuar dari unit kecemasan utk ditempatkan diwad ICU. Sungguh pilu time nie...kami anak beranak xleh nak hantar ke wad coz hanya waris terdekat saja yg dibenarkan...

K.Da dari Sabah terpaksa dibawa pulang apabila diberitakan keadaan Ma. Malam 17.06.2014, mama ada wassap K.Da agar kita pakat2 buat solat hajat secara berjemaah. Mmg dah siap rancang nk buat rumah Cik Long & Ayahsu sebagai Imam...Masing2 dah setuju untuk hadir pada solat hajat tersebut.

Kita mampu merancang, DIA yang menentukan.

Tanggal 17.06.2014, kebetulan mama cuti emergency coz rasa sakit ulu hati, xleh nak bangun pagi tu. Dalam kul 1 tghari dapat wassap dari K.Da yang Ma tenat. So kami pung bersegera ke HSNZ lepas solat Zohor. Sampai sana mmg sedara mara terdekat semua telah dipanggil berkumpul dalam wad, cuma lepas waktu melawat, mok guard yang jaga kat situ x benarkan orang luar masuk wad tu. Tapi mama cuba songlap masuk coz nak lihat Ma buat kali terakhir.

kami berkumpul luar wad. time ni dah habis waktu melawat. K.Da sempat masuk bersama nurse yg juga sedara belah abg Danial....

Ima masih ngan baju sekolah. Cik Long ambik time otw nk ke spital.Ika pung ada sekali.

tengok pintu nk masuk wad dikawal oleh mok guard, so mama jeling2 coz time ada peluang pintu tu terbuka terus mama songlap masuk...huhuhu

Time mama songlap tu mok guard duk sibuk buat panggilan, terus berlari masuk, sempat mama dengo mok guard sound "amboi x pandang belakang langsung"....

Padahal nurse kat dlm ckp x ape jer nk masuk kalu pesakit mmg tgh kritikal.

Suami, anak bongsu (Cah) & anak perempuan Ma (Kak Ngah) memang x tinggal Ma. Mama sempat membacakan surah Yasin agar Allah permudahkan segala urusan. K.Da pun ada dalam time tu dan rasanya K.Da dah yang ke berapa kali baca Yassin. Danial & 2 adik beradik lelaki dalam perjalanan coz diaorang balik ke Jerteh atas urusan sekolah Cah & nak ambik geran kete utk sambung roadtax....huhuhu.

Dalam 20 minit duk dalam tu & mama mcm x sanggup dah nak tengok Ma dalam keadaan gitu, mama kuar & ingat mmg nak balik coz nak g ambik ubat kat klinik lak.

Tak sampai 10 minit mama kuar dari wad tu (x sapa lagi kat parking kete), K.Da call bgtau Ma telah menghembus nafas terakhir tatkala anak2 Ma yang 3 orang tu berada dipangkuannya.. Ma umpama menunggu kehadiran 3 org anaknya tu sebelum beliau menutup matanya...YA Allah besarnya kekuasaan MU.


Van jenazah yang membawa arwah yang ditemani Abg Danial di dalamnya. Kebetulan terserempak time kami nak ke sana. Mmg kami bertolak lewat skit daripada kereta Cik Long coz Eri nak uruskan hal bb nya dulu...


Jenazah selamat sampai time Maghrib...

Sebelum solat jenazah...

Arwah siap dimandikan di HSNZ, Kak Ngah dan sedara terdekat yang lain memandikan arwah. Diberitakan hanya seorang jer staff HSNZ yang turut serta. So arwah siap dikapankan dan just solat jenazah dirumah beliau.

Baju biru achik, baju coklat berkopiah putih Abg Danial...

Muslimat mengaminkan doa di bahagian dapur. Dapur nie baru jer siap direnovate, terus Ma jatuh sakit. 

Kembar yang begitu baik sekali malam tu...

Sempat singgah dikubur dan kami terpaksa meneruskan perjalanan pulang. Kami berkonvoi pulang ngan 4 buah kereta - Kereta Mama, Ayhsu, Cik Long & Eva.

Sempat singgah di kedai makan bagi mengisi perut yang kosong sebelum meneruskan perjalanan.

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Doa anak yang soleh jua yang dinanti....








No comments:

Post a Comment