Tuesday 12 August 2014

Solat Sunat Tasbih & Khatam Al-Quran @ Masjid Tualang, Manir

Sempena Nuzul Quran 15 Ramadhan, join chek bagi majlis yang telah diatur dari awal Ramadhan iaitu Solat Sunat Tasbih & Khatam Al-Quran bersama anak2 muridnya - jgn salah faham, anak2 murid di sini adalah anak2 murid dewasa....

Kul 8 am dah call chek tanya apa yg boleh ditolong...sebab umi nonie xleh join coz x berapa sihat, so acara mengangkat cenderahati sebanyak 100 bukus tu adalah menjadi tugasan mama. So suruh along & adik siap cepat2 coz chek kata program solat sunat tu chek janji ngan anak2 murid kul 8.30am. So bersegeralah kita...cenderahati tu penuh satu bonet kete mama...huhuhu.

Sehari sebelum tu adik dah gie tolong chek utk tampal sticker kat cenderahati tu & packing siap2 masuk dlm bagnya...


Kelihatan Kak Tirah mengaminkan doa selepas selesai solat sunat tasbih yang diimamkan oleh chek.

Anak2 murid chek dari seluruh pelusuk mukim manir menghadiri majlis nie...alhamdulillah


Nie dengo taklimat untuk khatam al-quran. Setiap juzuk hendaklah dibahagi kepada 3 orang. So satu group 3 orang & bahagi2 lak mukasurat utk dibaca dlm group tu.

Bagi memastikan setiap juzuk dibaca, so chek guna al-quran yang dah diasingkan setiap juzuk. So ketua kumpulan g ambik sorang satu juzuk. Group mama dapat juzuk 24.

So group mama terdiri tok ma (mak sedara mama), along & mama. So setiap sorang baca dalam 4 mukasurat.

Mama...adik yg sibuk duk snapppp

Tok ma (tudung biru gelap), mama & along tirah sebelah tok ma....


Chek sedang bagi sikit tazkirah....

Adik sibuk snap gambo chekkkk


Sesi bermaafan....


Adik duk ikut belakang chek...konon assistant gitu...

Tiada gambo time edar cenderahati tu....mama x menang tangan coz nak masukkan botol mineral dlm setiap bag tu baru diagih2kan. Cenderahati yang diedarkan tu adalah bag purple kat lantai tu...actually x elok letak camtu jer bag tu coz dalam tu chek bagi al-quran...huhuhu

Lepas edar2 hadiah tu, rupanya ada yg x dapat dan bising2 sebelum acara bermaafan tu. Chek terkejut gak coz kalu kira total sebenar anak2 murid x sampai 100 orang, tapi rupanya ada gak yang bawa sedara mara join majlis nie. x ape hah, x kisah moganya majlis yg mulia, patut jer kalu ramai nak join. Majlis tu tamat sepenuhnya dalam kul 11 am.

So bagi memenuhi hasrat murid2 yang x dapat tu, terpaksalah ambik nama sape yang x dapat cenderahati tu. Sebab memang chek dari awal berniat nak wi ke student ye al-quran tu....

Balik rumah, terus chek bagi duit suruh gie beli Al-quran tu sekali ngan bag & sticker pun kena oder jugok...

So ke Mydin Mall kite coz chek memang beli kat situ. Nasib abah nak jadi pemandu, kalu x....




Sempat posing ngan Family nie...

Nasib x menyebelahi kami coz stok al-quran cam tu dah habis...huhuhu. Nak beli yang lain jauh beno ngan budget yang chek beri... Nasib abah just tgu dlm kete...mama pung just jeling2 jer kat sini, x sempat nk usha apa2.

Next ke Pustaka Jendela Ilmu tempat biasa chek beli kitab, alahai kedai tu tutup pulok, so singgah Kedai Buku Banggol yang kini telah berpindah bersebelahan Tunes Insurans kat Flat Sri Kolam. x ada jugak stok...

Sekarang adik duk buat koleksi buku2 nie....Beli satu utk dia...kalu x dia mengamukkkkkk

Nie sticker yang ditempah. Sekeping A4 just 0.80 sen tapi kena gunting sendiri...x kisah hah. Nie tempah kat Losong, kedai stationery belah kiri kat selekoh nak ke bandar....

Seperti yang tertera disticker tu, agihan al-quran tu adalah dikira sedekah bagi memperingati arwah bonda & ayahanda chek. Memang setiap tahun chek akan peruntukkan sesuatu yang blh wi manafaat pada orang ramai daripada duit yang masih dapat daripada felda hasil getah kalu x silap....mama pung x ambik tahu sgt hal2 org2 tua nie...huhuhu. Kira duit tu x dibahagi kat adik beradik tp digunakan kearah lain. Adik beradik chek yang lain pun tahu. Alahai kalu boleh setiap sorang pun bukan banyak sgt setiap bulan, so chek kumpul duit tu so dapat beli & pahala insyaAllah sampai kepada arwah berdua.

Puas mencari ke sana-kesini, last2 naik Mydin Lama, alhamdulillah banyak stok kat situ...ingatkan kat Mydin Mall x ada stok, cawangannya pung x ada hah. Salah tekaan ku itu....


Nie hah rupa al-quran yang dicari2...yang pasti kertas dlm tu adalah putih & tidak kekuningan....

Alhamdulillah selesai sudah masalah yang timbul. Walaupun mama xleh nak bagi sumbangan wang ringgit dalam perkara yang baik nie, mama sumbangkan keringat & tenaga yang ada....

Sebenarnya ada cite sebalik solat sunat tasbih tu....mai nak cite

Adik nak join sama solat tu, so mama pilih saf paling depan & paling tepi coz nak letak adik kat tepi sekali, nanti putus saf lak kalu duk tgh2 org dewasa. So adik tanya hah, berapa rakaat. Mama jawab 2 rakaat. Padahal sebelum tu chek dah bagi panduan skit kat jemaah. katanya 4 rakaat & bgtau hah kena bertasbih selepas fatihah & setiap sujud & rukuk bagai tu...

Rupanya solat sunat tasbih nie kalu buat siang 4 rakaat 1 salam. Lama dah x buat solat nie, last sekali 3 tahun llepas tp buat mlm lepas terawih, so kalu malam biasa 2 kali salam...Tu yg confident bgtau adik 2 rakaat.

Rakaat pertama ok lg, rakaat kedua tu lepas jer bangun nak rakaat 3 adik dah mula buat hal....yealah setiap rakaat memang ambik masa coz nak baca tasbih 15 kali setiap rukuk & sujud tu...So disujud rakaat ke3 dah kedengaran bebelan adik sambil sujud. Orang lain bertasbih, heh dia membebel...terus solat mama tidak kusyuk & tasbih pun x teratur, nasib solat berjemaah...

Antara bebelan adik "iskkk lenguh nye...ma kata 2 rakaat jer, wakpe x abis lg nie?" haha boleh gitu....
Lepas tu, time qiam, mula hah adik buat tersenggok2 dan siap menyandar bahu kat dinding tu...bbadan siap huyung hayang kiri kanan....sabo jelah.

Time sujud rakaat last tu siap nangis2 dah dlm sujud...amboi keinsafan beno nangis dalam sujud gitu....hahaha. Apa2 pung alhamdulillah adik habiskan jugak solat tu...Bila diceritakan balik kat chek, gelak beso dibuatnya....

Alhamdulillah kali nie kita 3 beranak dapat solat sunat tasbih berimamkan bonda mama aka chek. Moga chek dipanjangkan usia untuk kita bertemu lagi ramdhan akan datang....






No comments:

Post a Comment