Tuesday 12 August 2014

Iftar Sana Sini

Ramadhan kali nie banyak ber iftar di rumah saje ngan lauk pauk yang simple. Cuma kalu ada pung iftar yang dijemput oleh sedara mara terdekat.

1) 3 Ramadhan @ Kesom

Beriftar di rumah MIL sepupu mama, Kak Yati di Kesom. Umi Nonie pun ada sama. Kami berbuka atas bangsal & lelaki buka di masjid yang terletak 50m dari rumah tersebut. Memang setiap tahun husband Kak Yati - Abg Zaid selalu jemput kami beriftar di sini. (Gambo telah terdelete oleh anakanda...huhuhu)


2) 6 Ramadhan jumaat @ Pulau Manis

Saja nak main masak2 ngan Eva di Pulau Manis. Kesian kat adik beradik & ayahnya yang x dapat merasa masakan Cik Long yang kini di Sabah. Berbuka ramai2 meriah skit...

Ikan talapia bakar (rempah mmg Cik Long dah buat awal2 tinggal utk anak2nya), tomyam, sambal bilis petai bersantan ayahlong masak. Memang sedap...siap tapau bawa balik untuk sahur. 

Adik pung ceria bila berbuka ramai2...kalu x kita bertiga jer kat rumah...


3) 11 Ramadhan @ Nasi Arab Albakry, Kubang Jela Manir

Call utk booking pun last minutes, nasib ada rezeki...Kali nie kami dapat tempat kat luar, tp lg bagus kat luar coz kat dalam cam crawded almaklum penuh ngan pelanggan...Pakej sekali ngan air bandung yang best, sedikit kuih & kurma, air mineral (botol), bubur lambuk (abah jer yg makan, mama dah kenyang) & aiskrim malaysia utk kanak2.

Suka ber iftar kat sini coz dekat jer ngan rumah, 10 min. nak berbuka baru pergi & senang nak kejo solat maghrib lak...

Mama & abah

Nasik kami...menyelerakan Alhamdulillah

Adik makan licin alhamdulillah. Nie pun utk reward adik coz dapat pose penuh setakat nie...

Keluarga Cik Yan pun ada sekali. Diaorang meja bahagian dalam. Dia pun booking sama masa ngan mama...hihihi...


4) 12 Ramadhan@ Teratak Bonda 

x dok gambo...huhuhu. Actually kaum wanita jer berbuka kat rumah chek, yang lelaki berbuka di surau aki. Hari nie giliran aki sediakan juadah berbuka, so aki tempah nasik beriani. Memang setiap tahun setiap AJK surau akan ada jadual untuk sedia juadah berbuka. So surau aki penuh ngan cucu2 aki jelah nampaknya...


5)15 Ramadhan (ahad) @ Maahad Darul Quran Rusila.

Jemputan beriftar bersama anak2 & pendidik pertama kali diadakan tahun nie bersekali ngan penyampaian sijil bagi kem tahfiz & ibu bapa boleh terus bawa anak2 pulang....

Bahagian banat...banin duk disebalik tirai tu...


   Banin. kelihatan Aiman dibarisan depan paling kanan. Arif x dapat dikesan dalam gambo nie...

Ada sedikit saguhati bagi pelajar yang tasmik & murajaah yang terbanyak....Tunggu punye tunggu kot2 salah sorang hero mama dapat, tapi x masuk senarai. So x menaruh harapan mana kat along (bhgn banat)...kejam mama nie cam x percaya kat along. Dan last2, giliran satu thanawi, saguhati murajaah...tiba2 nama along dipanggil. Mama & adik sama2 terlopong...huhuhu. Maafkan mama coz x percaya kemampuan along selama nie. Alhamdulillah timbul kesedaran dalam diri along selepas kejadian dimarahi ustazah pada temu murni aritu. Ustazah bukan marah tapi dia tegur, mungkin cara ye tegur tu yg x kena...apa2 pun mama harap along lebih matang selepas nie...

Along menerima hadiah daripada mudir berupa jam loceng & sijil.

Rezki kami kali nie...alhamdulillah kenyang...

Suasana selepas sebahagian meninggalkan majlis. 

Solat maghrib,isyak & terus berterawih di Masjid Rusila. MasyaAllah pengalaman yang x boleh dilupakan bila terawih diimamkan oleh Syeikh dari Iran. Sungguh merdu sekali bacannya. Setiap rakaat terawih dibaca lebih kurang satu muka surat Al-quran dengan lancar tanpa tengok Al-Quran (sebagaimana diberitahu oleh Aiman), terketar2 lah jugak kaki mama nak habiskan 8 rakat terawih tu...Time witir lak, time baca Qunut, bukan main lama coz sekali ngan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan org Islam dibumi Palestin & di negara2 lain. Alhamdulillah dapat pengalaman yang sungguh manis sekali. Rindu nak solat di sini lagi...


6) 19 Ramadhan - Khamis Rumah Eva @ Wakaf Tapai

Last minutes nak turun dari rumah, tayar kete mama bocor & kedai tayar kat Manir pung dah tutup, so pergi ngan kete kancil abah jer. Along x ikut sama...

Tuan rumah (baju putih) mengaminkan doa buka pose...

Eva sedia ayam gulai, Che Su bawa ayam pusing, adik bawa ikan keli dari bazar Manir. Kelihatan onde2 yg sempat disediakan oleh eva & che su kat2 nak buke doh...apa2 pun onde2 best...

Lepas solat isyak terus balik ke rumah coz hujan lebat, lgpun mari ngan kete kancil jer, dan bimbang along sorang kat rumah...Dan sampai rumah memamng gelap coz blackout. Time balik nie Aiman jer yg ikut balik. Adik & arif telah dipinjamkan kat Eva untuk buat popia nestum...nnt kita buat n3 tu...


7) 23 Ramadhan Isnin - Pemberian Duit Raya buat Anak Yatim & Fakir Miskin @ Markas Kubang Lembek bersama YB Ustz Hilmi

Abah dah g lepas zohor coz nak selesaikan apa yg patut majlis tu. Mama abah suruh mari lepas asar coz perlu jaga kaunter pendaftaran, tapi ada skit hal, kul 6.30pm baru kami sampai...huhuhu. Nasib ramai sukarela yang duk bhgn pendaftaran.

Sampai paling lambat tapi duk paling depan, bukan apa, nak bg abahnya nampak yang dia dah sampai. YB sedang menghulurkan sumbangan...


Sebahagian golongan yang akan menerima sumbangan. Yang jilbab kelabu tu adalah ustazah Zainab iaitu balu allahyarham Ustaz Harun Taib yang turut serta memeriahkan majlis. Beliau juga merupakan bonda tercinta kepada YB Ustaz Hilmi...

Setiap keluarga bukan sahaja mendapat duit raya, malah mendapat sekampit beras....

Adik dah kepenatan...x sampai lima minit, dah landing tidur kat situ...

Lauk yang simple tapi membuka selera. Ayam masak merah & sup daging. Nie adik punye...dia x ambik daging sup just ambik kuah...


Iklan nie telah diedar dimerata tempat & juga dimedia2 tertentu eg. wassap group & FB. Yealah YB Manir bukan dapat peruntukan pung. So sama2 kerah tenaga bagi mencapai jumlah target tu...

Alhamdulillah selesai & majlis berjalan lancar. Moga sumbangan yang sedikit utk fakir miskin & anak yatim dapat meringankan beban mereka untuk membuat persiapan hari raya. Terima kasih juga kepada penderma, jutawan, hartawan dan mereka yang menghulurkan sumbangan x kira kecik atau besar, asalkan ianya ikhlas. Jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM40k+- utk diagihkan buat kali nie....


8) 24 Ramadhan Rumah Cik Long @ Pulau Manis


Ini dua beradik dah x sabo...Ijau biru tu...

Close up lauk....Eva mari masak kat P. Manis - ikan patin masak tempoyak, mama bawa kacang goreng campur sotong, eri beli ayam pusing & cam biasa arif ngan ikan keli 2 ekor kat bazar Manir, budu semestinya...dan x lupa juga kambing gulai pemberian jiran sebelah rumah, Achik....

Budak nie dah nampak kecik coz pose x nk tinggal...



9) 26 Ramadhan @ Jalan Kapar, Kelang

Iftar paling jauh tahun nie & dalam hidup. Nanti kita buat n3 khas event nie...


Berselfie guna tripod...Sungguh bahagia bila dikerumuni oleh anak2 buah...

Kaum muslimin...

Kaum muslimat...

Kami...


10) 27 Ramadhan bersamaan 25 Julai @ Teratak Bonda

Bersempena tarikh kelahiran mama, kita beriftar rumah chek sekali lagi....hahaha.special event gitu tapi sayang x ada sekeping gambo pung....huhuhu. Actually ada majlis 'nammat' (majlis berbuka pose beramai2 beberapa hari akhir ramdhan) kat surau aki, so chek cam biasa buat lauk untuk hantar ke surau. Lelaki berbuka di surau & kaum wanita dirumah. Lauk yg chek & mok ucu sediakan adalah kerutub ayam, gulai daging, acar, telur asin & timun cina. Uda pung baru sapa petang tadi. Konon nak bertolak lepas sahur, akhirnya lepas zohor jugak baru bertolak...Mama x sempat nk tolong coz masih keletihan ulang alik Ganu-Kl-Ganu....

11) 29 Ramadhan - Teratak Bonda @ Kg. Manir

Telah menjadi adat & kebiasaan, iftar terakhir ramadhan adalah dirumah bonda tercinta & menu yang wajib & x ubah2 dari dulu2, Nasik Ayam....menu kesukaan cucu2 chek...
Big bos, anak2 lelaki & menantu kat bahagian atas nie...

Aik...penuh ngan kanak2...cam mana mama-mama yang lain nak join sama nie???Last minutes ambik keputusan hampar surat khabar depan tv untuk kanak2 lelaki....huhuhu. Rupanya dah bertambah ahli keluarga & masing2 dah bertambah beso...huhuhu


Acu terpaksa join kat bawah coz kat meja dah penuh ngan abag2 & abg2 ipar...huhuhu. Kebetulan tahun nie semua adik beradik beraya pertama di Terengganu. So lengkap hah keluarga beso kami. x ada sorang pung tertinggal....Alhamdulillah diatas kurniaMU.

Along tukang perhati jer ke???


Inilah kenangan kami di bulan Ramadhan. Bersyukur atas nikmat kesihatan, wang ringgit, saudara mara dan segala yang dipinjamkan OlehNYA. Moga ramadhan kali nie bukan ramadhan terakhir...

























No comments:

Post a Comment