Saturday, 9 November 2013

Aidil Adha Zulhijjah 1434

n3 terperap...x ape, utk kenang2 buat anak2 mama.
15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434, umat islam seluruh dunia menyambut Aidil Adha. Seperti biasa, awal2 pagi kite ke Madrasah Kubang Lembek utk menunaikan solat sunat Aidil Adha.

Muslimat


Sujud padaMU...



Mama jaga anak YB, x solat (peot)...huhu. 



Eri, Aiman dan YB Manir, Ust Hilmi selepas solat sunat AidilAdha.

Maaf gambo adalah x teratur, kejadian yang awal tp gambo paling bawah...hahaha...malas nk edit2 heh. 

Seperti n3 sebelum nie di sini, abah terpaksa menghadiri ibadah korban kat sini coz x ada org nak melapah sedangkan bahagian korban mama di Telok Menara dah mama wakilkan sehari sebelum raya. 

Nak jadi cerita, selepas solat raya, si hartawan yang bagi lembu 2 ekor kat YB call bgtau yang dia serah dua2 ekor lembu tu kat YB nak letak nama sapa2 yang telah memberi sumbangan tenaga dalam parti. Asalnya seekor jer suruh YB cari 7 nama (7 bhgn), yang sekor tu x tau asal cerita camna, last2 dia serah semua lembu tu utk cari nama bg setiap bahagian. Kerna last minutes, YB ambik keputusan pilih mana2 yang ada kat situ yang memang jarang2 sekali membuat ibadah nie...so last2 nama mama pun dia pilih. Abah mmg dari awal YB dah letak namanya. Iskk murah lak rezki tahun nie, asal niat nak korban sebahagian, last2 kami sekeluarga dapat 3 bahagian. Kita mampu merancang tp Allah yang tentukan segalanya.

Lembu pertama yang satu bahagian adalah nama abah...rebah kebumi...


Acara merebahkan lembu...


Lembu hitam manis nie adalah lembu yang nama mama ada satu bahagian padanya...

Dapat pengalaman cara niat utk wakilkan YB Ustaz Hilmi sembelih lembu tu "Saya mewakilkan ustaz mengembelih satu bhgn daripada korban tersebut" (lebih kurang gitu hah). Ustaz pun ambil nama penuh mama utk niat kat lembu nanti...


Beso molek...itam manis...Pakcik pakai baju belang2 tu adalah pakar pereboh lembu...xdok dia, lembu xleh pereboh, org muda x tahu skilllll

Tgk mudah jer pakcik tu pereboh lembu...

Pakcik tunjuk cara betul nak tarik kaki lembu tu agar x kena tendang nnt...hihihi. Org muda pakat suka, patut ambil petua tu...

Selesai sudah...

Kaum ibu yang turut mengambil bahagian...

Mama & adik turut serta, adik nak sgt tgk lembu kena sembelih. Yealah sebelum nie, tgk yg dah siap sembelih jer...


Abah sedang melapah...antara yang pakar melapah...

Ust Hamdi dukung anak, saje nak elak kena suruh melapah lah tu...hahaha. Almaklum x berapa biasa ngan lembu2 bagai nie...hihihi. Jgn mare.

Yang pakai spek baju kotak2 tu pun x tau pasal melapah nie.Almaklum orang Kuala Lumpur, so tlg pegang kaki jerlah jwbnya...tu pun mujur blh pegang kaki lembu...hahaha...

Daging lembu yang kuning siap utk dipotong2...Bila nak siap kalu org2 KL yg potong daging2 nie...hehhe

Beralih ke lembu itam manis lak...

Caiyok abg ku sayang...

Ust Hamdi baru start pegang pisau, nak tunjuk skill...

Anakanda berdua nie x bawa baju basahan, so pakailah baju melayu sambil potong daging...Budak2 pun turut serta...


Kerana acara melapah lembu yang 2 ekor cuma tp mengambil masa yang lama (almaklum kurang pakar), mama ambik keputusan balik rumah dulu. Nasib mama mari asing 2 buah kete. Yealah xleh solat, so dtg lewat skit. Abah bg syarat, sampai sebelum khutbah raya....kena dengo khutbah sebagai peringatan...

Balik lepak rumah mak, uda & mimie tido rmh mak. x ada apa nak buat coz daging korban bhgn aki pun x siap lg. So makan2 jer rmh mak sambil borak2.
Dalam kul 12 lbh abah call suruh pergi ambik daging korban bhgn mama kat Telok Menara. Team sana call, daging siap diagihkan. Abah siap pesan beritahu lembu mama no.9, so tahulah team sana nak mencarinya...

Tu dia, team kat sini siap pakai uniform...mmg kat sini tiap2 tahun berpuluh2 ekor lembu dikorbankan. Siap ada AJK bhgn masing2. Ramai ahli korporat yang ambik bhgn korban kat sini...Penyembelihan bkn shj pada raya pertama, raya ke2 still ada penyembelihan.

Dari jalan beso, mama perlu ke khemah biru tu utk mengambil daging korban...Selepas memberitahu nama & no. lembu, mama diserahkan seplastik beso siap ngan nama mama. Oleh kerana berat yg teramat, mmg diaorg akan angkut ngan lori & kita tgu kat jln beso jer...

Lori kecik yang mengangkut daging dari tempat penyembelihan...dah 2-3 kali angkut rupanya...

Daging2 yg nak diagihkan, tuan punya just ambik & bawa balik...

Yang mama punya dalam plastik tu. x sempat nak hantor besen...


Kepala & kateh lembu...

Acara pembahagian dilakukan...


Berguna jugak penimbang made in MYDIN...

Timbang bang...jgn x timbang...

Aiman tolong masukkan dlm plastik ijau...



Perlu timbang, lebih kurang skit x ape, jgn terlebih byk...nak bagi adil...tp kalu yg org susah n anak ramai, kami bg 2/3 plastik...



Ni bungkusan daging yang kami dapat daripada jiran2 & sedara mara - perlu diasingkan

Sedia diagihkan utk jiran tetangga...

Budak2 pun turut serta, nak bg siap cepat....


Isk Aiman siap bersimpuh tu...tolong jgn x tolong....



Gambar2 dibawah adalah sebelum kejadian lembu dikorbankan.


Masing2 melangkah ke tempat sembelihan - belakang madrasah jer...(tempat solat tadi...)

Berteduh dibawah pohonan...

Nielah 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh seorang dermawan...yang coklat, abah dpt satu bhgn, yg itam manis tu mama dpt satu bhgn...Alhamdulillah


Nie lembu org kg, sedia utk disembelih, diaorg tumpang sembelih area nie coz nk suruh YB sembelihkan.

mama punye...hehehe

Abah punye...mmg beso bangat lembu2 ni...

Pemuda mengambil inisiatif utk pasang khemah


lembu nie mmg susah skit nak pereboh walaupun pokcik tu ada...YB yg pegang pisau sembelih, sedia utk melakukan tugasan,...

Akhirnya berjaya ditumbangkan...

Mokcik Moh angkut semua nasik minyak rumahnya, x plan pun nak bagi org makan, so mkn skit sorang. Nmpk ada keberkatan disitu coz nasik skit tapi dpt mengeyangkan ramai org. Alhamdulillah.
Terpancar senyuman diwajah Mokcik Moh coz nama dia termasuk juga sebhgn pada lembu itam bersama mama. Yealah, kecerian terserlah coz seblm2 nie difahamkan Mokcik Moh x mampu nk buat ibadah korban ni...Syukur diatas nikmat yg diberikan. 

Khemah siap dipasang...jom kite berteduh di sini...

Adik dah mula merengek dahaga...


Mama berdoa agar tahun depan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki utk melakukakn ibadah korban nie. Mmg perasaan amat berbeza bila diri kite sendiri yg melakukan ibadah tersebut, lebih2 lagi bg mereka yg jarang2 berkemampuan melakukannya seperti mama.
Syukur diatas nikmat yg Engkau berikan...

Wednesday, 6 November 2013

Anak-anak Amanah Allah


     Salam maal hijrah buat muslimin n muslimat.



Terpaku dan tersentap diri ini bila tiba2 ada saudara rapat yang mempertikai mama n abah hantar ank2 mencari ilmu di Darul Quran Rusila...

Mama n abah seboleh2 mahu yg terbaik utk ank2. Nape org lain lak yg duk sibuk pasal yuran sekolah ank2 mama. Siap pujuk mama anto Aiman ke sek keb. Maksudnya x pyh ikut jejak along n angah. Mahal sgt ke RM200 sebulan setiap seorg dgn berbanding ilmu yg bakal ank2 dapat...

Pelik mama, rasanya setakat ni mama x mintak pun diaorg ni yg tlg bayarkan yuran sek ank2 mama. Alhamdulillah, setiap tahun, x ada yuran tertunggak utk ank2 mama. Ini adalah kerana mama n abah percaya n yakin setiap ank2 telah Allah aturkan rezki mereka sejak dlm perut mama lg. Bila kita yakin padaNya...Janji Allah itu pasti...

Mama n abah akan usaha yg terbaik utk ank2 bg mendpt ilmu di dunia mahupun akhirat. Ank2 mama bg mama adalah insan yg terpilih yg tlh allah amanahkan.

Mama x akan tergugat ngan kata2 manusia. Alhamdulillah setakat ni mama rasa x papa kedana kerna hantar ank2 mama belajo kat situ, mama n abah x mampu mengajo sebgmaina ilmu yg korang dpt skrg.

Mmg sek tu x setanding sek yg mendapat bantuan kerajaan tp bg mama n abah sekolah tu adalah yg terbaik utk ank2 mama.

Mengapa ibu bapa sanggup menghabiskan duit beli itu n ini tp berkira bab yuran sek ank2 yg mahal skit. Rasanya x mahal mana kalu RM200 coz termasuk makan minum asrama. Ank2 mama x perlu diajar bermewah dgn kebendaan di dunia tp mama nk kamu semua bermewah di akhirat kelak. Dunia hanya sementara...

Mama x terlalu kongkong ank2 mama coz ada masa, kita pun blh berholiday mcm org lain setakat mana yg kita mampu...x lah sapa holiday obersi...

Mama berdoa agar ank2 mama mampu menyambung pelajaran hingga ke tanah arab atau luar malaysia. Carilah ilmu hingga ke negeri China...

Mama berdoa agar iman mama x goyah dgn manusia2 yg sebegini...
Pelik dgn manusia yg dengki x pasal2. Aku pun x suruh dia anto ank2 dia kat situ, n aku pun x dengki kalau ank2 dia masuk sek elite...Ada aku kisah...

Mmg pada asal mama nk anto Aiman ke sek biasa, tp sejak Aiman mendapat result yg x dijangka2 (walau x murid cemerlang), dia lebih cenderung ke madrasah spt along n angah. Kita lihat keputusan nnt coz nk masuk madrasah tu kena ada interview, ujian bertulis n hafazan pendek.

Anak2 mama adalah anak2 terpilih yang Allah telah amanahkan kepada kami.

Ya Allah, jadikanlah anak2 kami anak2 yang berguna di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sunday, 3 November 2013

Sedikit Info Ibadah Korban

Alhamdulillah tahun nie mama dah niat awal2 nak buat ibadah korban. Rasanya begitu lama mama x jalankan ibadah yang satu nie. Niat telah dipasang awal2 pada bulan Syawal coz berbincang ngan anak2 nak ajar diaorang agar mendekat diri dgn ibadah nie. So duit raya masing2 dah tolak siap2 nak ibadah korban sebelum masuk tabung haji. Masing2 mama x tetapkan brp tapi minima RM30 sorang. So ada anak mama yang baik hati bagi RM50 dan ada juga yang bagi seminima. Mama x kisah asal masing2 ikhlas. So yang lebih mama & abah akan cover.... Kalu x buat macam nie, mama rasa asyik x terkejor sokmo duit tu, padahal kalu kite niat & rancang awal, InsyaAllah menjadi. Maklum lembu sekarang x ada yang RM300 kebawah...



So sebelum mama melalui ibadah tersebut pada waktunya, mama menggunakan khidmat MR Google utk memenuhi info tentang ibadah korban nie...Mana yang patut kite lakukan, mana yang sunat & mana yang wajib. Sebelum tu dah dengo serba skit pasal ibadah nie kat kuliyah maghrib, tp nk tambah lg ilmu, jom kite menggoogle.

Banyak ilmu yang mama dapat pelajari dari ibadah ini :

HUKUM KORBAN

Menyembelih korban adalah sunat muakkad dan menghampiri kepada wajib bagi yang berkemampuan. 
Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.


FADILAT KORBAN
1.       Korban akan meenjadi kenderaan ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
2.       Ibadah yang menyelamatkan empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.

PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN
1.       Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.


PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)


BERQURBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan,  berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.
Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.
Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. 


Patutlah aki & Chek tiap2 tahun buat ibadah korban nie. Biasa tiap2 tahun pergi rumah chek utk tolong agih2kan daging korban tersebut, perasan jugak, bila daging tu sampai kat rumah, aki agih2 dulu kpd 3 bhgn, lps tu bhgn tertentu agihkan utk sedaramara & yg bhgn satu lg utk jiran tetangga & kpd golongan yg susah...huhuhu, dah berumur macam nie baru nak ambik tahu itu semua. At least mama nak jugak tahu daripada x tahu terus....

Abah dah decide yang bagi bahgn tu atas nama mama coz 1 bhgn korban xleh letak nama ramai2. Asalnya nak letak nama salah seorang anak2 kami, tp syarat korban adalah akil baligh. So bg peluang bhgn korban tu nama mama dulu. Ada rezki & pjg umur kite letak nama anak lak. Kalu nak letak nama anak biasanya akikah, tp akikah utk anak2 setakat nie semua alhamdulillah, dah selesai. So kita buat korban lak deh.

Seminggu sebelum Aidil Adha, mama dapat berita gembira yang abah pun dapat buat korban dengan percuma utk sebahagian lembu kerana ada seorang hartawan yang bagi 2 ekor lembu kat YB utk dibuat majlis korban bagi yang x kemampuan kuar duit. Alhamdulillah, so jadi 2 bhgn korban pada tahun nie. 

Mama ambik bahagian kat Surau Telok Menara awal2 lg. Oleh kerana abah perlu tolong melapah kat lembu 2 ekor tu, so mama terpaksa wakilkan korban mama tu. So cari maklumat pasal wakil mewakil nie...Bukan apa, kita nak buat ibadah, biarlah kita tahu caranya, jgn main terkam jer...



1. Pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah korban) atau mampu menguruskannya.

2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya". Jika ada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadai sebagai taukil (penyerahan).

3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (seperti menerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa). 

4. Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

5. Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).

6. Jika ia tidak dapat hadir sama, akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.  


Harap n3 ni memberi sedikit ilmu & peringatan mama buat masa kini & masa akan datang....