Saturday 1 April 2017

Merantau Mencari Rezeki

Alhamdulillah mengandung bb kali ni dapat kenaikan pangkat. Naik pangkat pun x tinggi mana.
Pada awalnya mendapat offer di Jabatan yang sama cuma di tempatkan di ibu pejabat di Putrajaya. Kerana kenaikan pangkat kali ni secara berjemaah so ada peluang nak tukar suka sama suka. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan, kita niat nak tolong orang, insyaAllah Allah permudahkan kita. 

Mama tukar sama suka dengan Siti Aishah, dia dapat kat Kelantan tp dia ada komitmen nak menjaga orang tua di Putrajaya. Mama lapor diri pada 15.02.2016 ketika tu usia kandungan lbh kurang 8 bulan. Mama terima kat Kelantan kerana paling hampir dengan Ganu dan kebetulan acu & family dah menyewa di Kubang Kerian kerna Mok ucu sambung belajar di HUSM dan Acu pindah ke HRPZ II. Mama tangguh selama 2 minggu, thats mean mama betul2 masuk Wisma Audit Kelantan pada 29.02.2016.

Kat lobi Jabatan Audit Negara, Negeri Kelantan masa gie lapor diri...



Memang kalu dikira congak, gaji untuk kenaikan pangkat ni x sepadan dengan kos yang akan ditanggung oleh mama masa berpindah nanti, namun mama mengambil peluang dan ruang yang ada ni untuk kita sekeluarga. Ini kerana mama rasakan peluang untuk mama menjawat W41 adalah agak tipis kerana umur mama dah masuk 40an dan persaingan sengit daripada junior2 yang dah kerja & mereka sambung belajar mempunyai peluang yang cerah bagi mereka.

Mengandung kali ni x suka ambik gambo/selfie bagai, sampaikan bila buka galeri dlm hp, x dok gambo langsung rumah sewa acu kat Kubang Kerian dan gambo lain-lain yang berkenaan.

Eno bersama anak2 acu & acu diruang tamu rumah sewa Kubang Kerian. 
Bilik mama belakang tv tu je, pintu bilik, sebelah tv tu...

Mama duk bilik bawah, kebetulan ada sebijik. Bilik tu siap ada icond lg. actually rumah ni asalnya homestay, tp tuan punye dah x larat so ye bg sewa fully furnish. Acu n family just bawa kain baju jer...semua peralatan cukup lengkap, tv, peti beso, mesin basuh, setiap bilik (3 buah) disediakan icond. Sesuai hah dgn sewanya. Nasib acu & mok ucu gaji besauuuu...mama just tumpang 2 kaki jer.

Dari rumah sewa tu x jauh dari opis, x perlu masuk bando n harung jem.



Ni kain abah sbg selimut dikala tido. Ubat tika rindu2an gitu. Dan bantal kecik milik eno, mama peluk dikala rindu kat ye




Radio versi al-quran ni peneman mama tika sunyi...mok ucu tlg belikan kat HUSM, RM55 sebijik. bkn saja blh dengar radio, al-quran 30 juzuk pun ada berserta terjemahan dan juga ada nasyid & ceramah agama pilihan . Ceramah UAI pun ado...


Nak dengar ceramah, just tekan nombor yg telah di bagi tu.

Selawat & wirid pun ada....


Radio ni byk berjasa sehingga kini, kalu adam teriok mlm2 kat rumah sewa, mama akan pasangkan surah al-baqarah, pernah 1 hari tu, sampai ke subuh radio ni terpasang. So mama akan pastikan sblm mlm tiba, makesure radio ni di cas...

Fuh...kat kelate, bfast umpama lunch kat ganu, nasik putih lauk pelbagai ada...betul hah, bfast like king gitu. Ni lepas baru checking pregnen kat Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh (depan ngan RTM Kelantan). Kedai ni mmg famous ngan serati & ayam kg. Bersebelahan ngan RTM Kelantan.

Time nie mmg kena control makan coz telah di detect kencing manis time pregnen...huhuhu

Sungguh tragis pregnen kali ni. Dah hah duk jauh, prosedure checking mengandung agak rumit sekali, berbeza ngan yang dulu2.Bila dah detect kencing manis (tp x hah kronik sapa kena cucuk tu), so kena buat pemeriksaan yang kerap. perlu ambik bacaan glukos 4x sehari dlm seminggu. Yg tragis time mlm....kalu siang mmg opis dkt je ngan klinik WCY.



So kalu kena time mlm, mama ke klinik ni (KK Kubang Kerian) coz dekat je ngan rumah acu. So kuar hah sorang2 g cucuk...Acu pernah offer nak tlg hantarkan, tp mama ok je kalu g sendiri, lgpun kejap jer,,,



Satu2nya gambo yang ado, posing pada awal tahun sesi persekolahan eno...Eno x sabo nk dapat adik...huhuhu

Nie je gambo muka time pregnen, ni jalan2 kat paso Wakaf Che Yeh.



Nie time makan gulai kat Kerteh...



1 comment:

  1. Knora.. Sedih baca bab2 kerinduan tu.. InsyaAllah ada rezeki akk n baby Adam utk balik trg soon. Saya doakan..

    ReplyDelete