Monday 10 June 2013

Hari Guru

Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut seluruh negara. Tahun2 sudah mama just prepare hadiah untuk guru2 kepada anak2 mama dengan soping sakan kedai cenderahati kat depan stesen bus MPKT tu. Mmg kat situ banyak pilihan dan harga berpatutan. Dari RM1.90 hingga semahal yg mungkin. Tp biasa mama beli rate harga RM2.50 - RM4.50 jer bergantung kepada keramaian guru yg nak diberi. Yealah masing2 nk bagi kat semua guru yg mengajar. Kalu Aiman ada 12 subjek, so 12 hadiah yg perlu disediakan. Mana x botak kepala mama. Kalu guru kelas bagi mahal skit (RM4.00++). Eh adalak cikgu yg disukai, so xleh beli hok harga sebarangan...Beso jugaklah budgetnya. Campurlak angah Arif pun 12 org guru...haha. Adik lak dalam 5 org guru. Gitulah setiap tahun.

Memang jasa guru x dapat dibalas dgn barang2 dan jasanya amat tinggi nilainya dan x mampu kalu nk dibayar dgn wang ringgit. Apa yg diajar oleh guru di sekolah x termampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Namun kita sbg ibu bapa x blh serah seratus peratus kpd guru kerana bkn anak kita sorang yg dia nk tumpu. Kita as parents kena pantau pembelanjaran yg telah diajar oleh guru2 di sekolah.


Dua minggu sebelum hari guru, Faeiyzah Tupperware dah post awal2 kat Fb jualan murah sempena hari guru. Siap tag kat FB mama lg. Bila mama fikir2kan, thn nie mama nk bagi kelainan skit buat guru2 tersebut. Ini adalah kerana jasa yg terlalu besar kpd guru2 nie kepada anak2 mama. Boleh dikatakan guru yg sama mengajar Along, Angah Arif dan Aiman sekarang di Madrasah Al-Ihsan Kubang Lembek. Begitu juga di PASTI Al-ihsan.

3 tupperware yg petak tu telah siap dibungkus oleh Faeizah Tupperware, yg 2 kat belakang tu mama bungkus sendiri - nak bg gak kat guru2 yg x mengajar adik - kecik skit hah...(tp still tupperware brands)



Untuk guru2 yang mengajar Aiman....

Ini lagi parok n rabak. Aiman punye nak bg kat guru2. Yg tupperware utk guru2 perempuan & dlm kotak tu utk guru2 lelaki. Hok guru2 lelaki abah sanggup kuar sponsor. Apa dlm kotak tu???? Jam dinding jer...Asalnya abah nak sponsor barang tupperware gak tp dia garu kepala bila beritahu minima harga tupperware. Sebahagian tupperware di atas adalah koleksi mama punye (huaaahhh) coz last minute Aiman royat jumlah sebenor cikgu perempuan. Balik dari aerobic mlm tu baru dia tersimpul2 mtk tambah. Sebab tulah kena rembat tupperware mama yang atas rak. Lepas ditapis2 ....ni lah hasilnya. Nasib 11 guru semuanya coz ada guru yg ngajor 2 subjek...selamat...



Abah tolong print tuk tampal kat hadiah. Untuk hadiah cikgu adik, abah x print coz adik sambut hari guru awal drpd abg Aiman. Abg Aiman lepas habis exam baru sambut hari guru...lewat seminggu. So abah x sempat nk prepare...


Selamat tinggal tupperware ku....Yg beso belakang sekali tu x ada kertas pembalut tp masukkan dlm paperbag...



Tu dia penuh satu bag....pandangan depan



Pandangan belakang....

Siap pesan awal2 kat Aiman jgn lak plastic bag tupperware mama tu dia bg sekali kat cikgu dia...iskkk bukan boleh percaya Aiman ni....




Ini adalah hadiah yang diperolehi oleh Ustazah Wahida aka Che Su & hubbynya Ustaz Shahrizan aka Ayah Su. Bertuah jadi guru dapat hadiah sapa sejabir....Mcm2 ada...




Aiman duk sibuk baca kad2 yang diberi oleh anak2 murid Ayah Su...




Nie Che Su dapat daripada anak murid n kek yg dipotong di sekolah....Tart blueberry tu mmg best giler n red velvet dlm polesterin tu kejap jer habis dek mama...haha. Kek coklat tu x laku...




Close up tart blueberry...isk tiba2 terliur lak...

Terima Kasih Yang Tak Terhingga kepada semua guru2 kepada anak2 ku dan semua guru2 dan bekas guru2 di muka bumi ini. Semoga kalian mendapat rahmat dariNYA. 

No comments:

Post a Comment