Saturday 10 November 2012

Cuti-cuti Sambil Kenduri Part 2

Selepas habis menghadiri kenduri di Kerteh 2, kita menaruskan perjalanan ke Cheras bagi menghadiri majlis akad nikah adik mama aka Uda. Hanya kita sebuah kete, tiada ahli rombongan lain kerna masing2 ada sebab2 tersendiri. 


Ni gaya K.Tirah yang ajar. Rambut dah serabai coz td dlm kete dah terlelap jap & abah singgah berhenti sembahyang Jumaat. 

Sejak tahu dari ajaran Ustaz Azhar Idrus kalu kita kuar selepas subuh, kita perlu sembahyang Jumaat, tidak boleh Jamak. So bila dah tahu perlu diamalkan. Itu penting belajo ilmu agama. Jgn tahu hok basic jer...(utk peringatan diri sendiri)

Adik paksa mama lak buat gaya love tu..isk bdk nie. Tapi comel lak mama tgk.haha. Kita kaum perempuan lepak luar masjid, duk dlm kete panas lak. Kat sini angin sepoi2 bahasa.

Banyak kali adik snap coz dia kata mama buat love cantik...thanx.

Berhenti di Masjid Beris Meraga

Parking yang luas di luar pagar masjid

Tgk kami punye bag pakaian & bekalan. Penuh satu bonet kete...kalu pakai MPV xleh bawa bag byk nie. Almaklum anak2 dah beso, masing2 nak bawa bag sendiri. Eno pung bag utk dia punye baju jer (bag itam putih bhgn dpn sekali). Mama & abah kongsi bag (bag itam tali pink). Aiman & Arif kongsi bag kuning (bwh bag oren hok kecil - bag oren tu letak pelbagai charger). Semua bag pakaian yg dibawa adalah tajaan AVON. hehe. Mmg puashati & hage pun berpatutan. Nnt mama plan nak buat N3 pasal bag AVON.

Atas highway terserempak dgn deretan lori askar. 

Deretan lori askar dari bahagian belakang kete...


Perjalanan yang jauh menyebabkan anak2 terasa boring...Mereka byk tido selepas puas mengacau antara satu sama lain. Bila dah kuar dari highway karak barulah angah sibuk bantu abah cari jalan mengguna GPS yang dipinjam dari Cik Yan. Nasib angah pandai handle GPS tu. So angah bagi arahan, abah ikut arahan angah. So abah kene faham maksud right & left. Almaklum GPS in English.haha

Setelah puas mencari jalan dgn berpandukan GPS, akhirnya kami jumpe Masjid Alam Damai Cheras tempat akan berlangsung majlis akad nikah nanti. Oleh kerna masing2 lapo, terpaksalah abah mencari kedai makan almaklum adik x sentuh pung nasi kat kenduri di Kerteh td. Alam Damai nie majoriti China, so mmg susah nak cari kedai makan, ada satu tempat tu, kedai mamak depan jer masjid, siap eno dah tarik kerusi nak duduk, tp mama mcm was-was coz satu ayat quran pung x tergantung & majority yg makan pung cina.huhu
So abah pun buat keputusan untuk jejak kedai lain...

Dan akhirnya kami jumpe kedai makan nie kat belakang Maybank bersebelahan stesyen Petronas yg tepinya ada A&W. Nie nasi eno...lauk telur masak merah & rendang ayam...

X ingat org lain dah...Dia makan dulu. Eno sekarang kalu x makan nasi sehari, mmg dia akan meragam...

Angah pung muka lapo

Yang lain oder nasi goreng.

Licin pinggan Eno...

Sambil kami enak menjamu selera, uda call tanya kami kat mana, dia suruh segera coz katanya tok kadi dah sampai. Dlm hati mama "aik, mama bukan saksi utk akad , kalu mama kemudian skit pung x apakan?" tp uda call dua kali dgn suara cemas. Kami pun bersegera ke masjid. Jarak pung x jauh mana, dlm 5 KM jer.

Aik, kenapa parking dlm gelap? Rupanya2 suara cam cemas td coz nak bawa hantaran x ada org. Yealah kawan2 dia ramai yg lelaki. Nasib sepupu mama K.ZA dan mak mertuanya MAK ALANG ada sama. Hanya harapkan diaorg jer nak gerakkan majlis nie...huhu. Terima kasih K.Za & Mak Alang, jasamu dikenang...

Mak Alang bawa sirih.

Antara hantaran utk pengantin perempuan...secret recepi....


Tok kadi nie best, x baca skrip spt tok kadi di Ganu, siap buat lawak lg. Antaranya kalu solat, ajak isteri solat sama & si isteri jgn asyik bg alasan jer, xkan uzur 30 hari sebulan & tok kadi tu pung pesan, kalu suami kuar rumah, jgn pandai2 nak post kat FB yg laki x dok dumoh...nnt ada org lain mari ketuk pintu rumah...susahlak...

Ramai sedara belah perempuan.

Kopiah itam putih tu alang, nie saje gambo yg bukti dia datang coz lepas selesai akad, alang terus bergegas ke rehersal majlis anak sedara wifenya, alang jd MC. Apa2 pung angah appreciate alang menjengah majlis Uda walaupun alang sendiri sibuk dgn majlis lain.


Debaran pengantin terpancar jelas especially pengantin lelaki...


Tok kadi nie memberi kata2 nasihat. Dengo molek2, kang nak jd ketua rumahtangga..

Hantaran kedua2 belah pihak...


Dengan sekali lafaz, alhamdulillah uda telah sah menjadi seorang suami kepada Mimie. 

Mama & K.Za duduk jauh di sebalik tiang...

Nie Eno snap...Keluarga rapat belah pengantin perempuan.



Pengantin perempuan bersama sebahagian wakil pengantin lelaki.


Penyerahan mas kahwin..

Cincin disarung...

Gelang dipakaikan...

Salaman dari seorang isteri...

Ciuman dari sang suami...

Sepupu mama Zulhairy - E, suka kacau Eno...

Bahagian bawah ada kem kanak2 bersama imam muda Asyraf...


Imam Muda Asyraf

Kami bersama pengantin...

Hero2 mama x sempat nak tukar baju, nasib mama & adik dah siap2 pakai baju kurung coz siang td menghadiri majlis di Kerteh 2. Kalu mama pakai skirt & blouse mesti segan coz majlis dlm masjid beso gitu...siap ada imam muda asyraf lg...Segan dgn manusia apatah lagi dgn tuhan.huhu


Pengantin bersama kawan2 rapat.

Abg Haris & Hasrul sampai sesudah majlis akad selesai...Apa2 pun thanx kerna sudi hadir...

Anak2 Tok Ma sekarang dua2 keje K.L

Seronok dpt jupe sepupu2

Hidangan yang disediakan

X diberitahu awal yg disediakan makanan, kalu x td xlah mkn kat kedai...hehe

Sambil makan sambil berborak, almaklum lama x jupe sepupu sepapat...

Aik abah berselera lak. Almaklum lauk kampung...Makanan disediakan di tingkat bawah...

Nie je makanan mama. 

Adik just meratah ayam goreng coz dah kenyang baham sepinggan nasi td...

Untuk pengantin lelaki...

Nie x tahu bekas apa...

Untuk pengantin perempuan...Iphone 4s. Tp akhirnya telah selamat ke tangan org lain...huhu

Cam kenal jer tangan sape tu, tgk jam proteck, mcm tgn angah...hah dia nak ambil strawberi beso...


Kami bersama hantaran

Di tingkat bawah...

Ada jualan kat situ sempena kem bersama Imam Muda Asyraf. Kena jujur coz kalu ambil barang, sila letak duit sebagaimana harga yg tertera. Kalu dlm masjid ada gak nak buat jahat...hah kenalah nnt.

Adik beli 2 sticker...

Adik dgn strawberi hantaran.

Serba salah nak makan dua2 atau nak bagi mama satu...huhu

Abg E sempat ambil coklat dari hantaran. Kalau korang boleh habiskan mana2 hantaran yg blh makan, habiskanlah " kata Uda...

Lepaking selepas selesai makan...Sebelah uda tu kwn karib dia. Seorang doktor berkhidmat di Sabah tp asal Kelate. Sanggup terbang ke Semenanjung nak hadir kwn nikah. Dan dia adalah doktor sakit jiwa...haha.Tp dia mmg kelakor...

Selepas berborak agak lama, kami terpaksa berundur diri coz perlu follow K.Za utk ke rmah Ateh Ma di Klang. Ateh Ma x dpt hadir coz ateh mi balik kerja lewat & kebetulan Klang jem time tu coz hujan lebat...

Kami selamat sampai ke rumah Ateh Ma dlm kul 12.00 mlm. Mereka setia menunggu kehadiran kami walaupun dah lewat mlm...

No comments:

Post a Comment