Sunday 22 July 2012

Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan

Ini adalah credit daripada blog motivasi Negeri Selangor. Untuk renungan bersama...



Kita meninggalkan keselamatan dan keselesaan berada di rumah kita setiap hari sama ada untuk ke pejabat, sekolah, pasar, melawat rakan dan sebagainya.  Alasannya mungkin berbeza dari hari ke hari, namun ada yang sama. Setiap hari kita meninggalkan rumah, kita beranggapan kita akan kembali semula di waktu petang atau malamnya. Biasanya anggapan tersebut betul, setiap hari kita dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengan ahli keluarga.

Walaupun, kita percaya bahawa kita akan selalu selamat, hakikatnya ada orang yang bangun di pagi hari, minum secawan kopi, membaca akhbar, meninggalkan rumah dan tidak kembali lagi. Ramai yang pergi meninggalkan kita setiap hari, mungkin disebabkan serangan jantung, kemalangan jalanraya atau sebab-sebab lain. Apapun sebabnya, penting untuk diingat bahawa hidup ini singkat dan kita benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku.



Saya bukan ingin bersikap negatif tetapi hendak mengingatkan semua (termasuk diri saya), bahawa hidup ini rapuh dan kita perlu menghargai setiap saat hidup kita pada setiap hari. Saya teringat yang saya sering kali bergegas keluar rumah setiap pagi untuk pergi kerja tanpa mengucapkan selamat tinggal pada orang yang tersayang kerana takut terlambat. punchcard. Seperti kebanyakan orang, saya menjadi korban ilusi bahawa saya akan kembali ke rumah di waktu petang dan akan mempunyai masa berkualiti bersama mereka.

Mari kita bersama-sama ingat kembali, betapa kerapnya kita meninggalkan rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal, Berapa kerap kita meninggalkan rumah dengan perasaan marah, penuh rasa benci dan tidak mahu memaafkan atau menyelesaikan isu dengan seseorang yang kita benar-benar ambil berat?

Jangkaan saya ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kaitkan dan telah mengalaminya di beberapa titik dalam hidup kita. Ingatlah, walaupun kita perlu berfikir positif dan hidup setiap hari secara maksimum kita harus juga menghargai rahmat hidup dan mereka yang kita sayangi. Jangan mengharap kita akan mempunyai kesempatan untuk memberitahu seseorang bahawa kita menyayangi mereka atau memaafkan kesalahan mereka hanya untuk bersedih di kemudian hari kerana kita terlambat. Saya berani katakan bahawa tidak ada alasan atau beberapa minit yang diselamatkan dengan bergegas keluar pintu akan bermakna atau berguna kepada kita jika ditakdirkan orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.






Memang ini selalu terjadi pd mama sendiri. Selalu bergegas keluar utk mengelak jem di jlnraya sedangkan adakalanya adik merengek suruh mama sediakan dia bekalan milo utk dibawa ke sekolah. Tugasan itu, biasa mama pass kat abah walaupun nampak riak wajah adik yg kecewa. Maafkan mama sayang... Selepas mama terbaca artikel ini, mama mula insaf & hari2 mama akan mama usahakan permintaan adik & ahli keluarga sedaya yg mama mampu. Walaupun jem di atas jalan, mama rasa puas dpt memenuhi permintaan mereka...Mama ingin menjadi pekerja terbaik & juga mama yang terbaik di mata anak2 mama.



Hidup ini begitu berharga dan setiap hari yang dianugerahkan kepada kita adalah benar-benar sebuah keajaiban. Justeru, jalani kehidupan ini dengan sepenuhnya, selalu bersyukur, belajar untuk memaafkan, mengingatkan manusia untuk berbuat baik di setiap kesempatan yang ada dan yang paling utama, sayangi semasa insan. Ini akan menjadikan setiap hari jauh lebih baik bagi semua orang dan kita boleh meninggalkan rumah kita dengan mengetahui bahawa tidak kira apa yang akan terjadi pada hari itu, kita telah benar-benar menjalani hidup kita dengan cara yang terbaik.


MOGA HIDUP KITA SEKELUARGA DIBERKATI-NYA


2 comments:

  1. sedihnya baca..lately anak2 sy srh pelu, cium pipi & tangan sebelum sy gi keje...pernah sekali tu sy mmg btl2 lambat..haiqal srh cium & peluk tp sy gi je...sian dia ngs..padahal kejap je pun kalu nak peluk dia...sampai kat opis teringat2 lak kat dia..lepas tu, apa2 pun jadi mesti kena peluk dorg dulu sbb takut sy mati dlm xcdnt ke..mana tau kan..lama dh pun terpk bnda2 mcm nih..yg plg takut bila mlm baloh ngan hubby tp pagi x dan nak mnta maaf...

    ReplyDelete
  2. mmg biasa berlaku pd siapa pung. kalu dgn tok laki mmg selalu jer. Apa2 harap hubby x simpan dlm hati. Biasalah adat berumah tangga.

    ReplyDelete