Monday, 17 April 2017

Raya 2016

Nak masuk pose dah...baru post raya tahun lepas punya..

Sebagai kenangan kita sekeluarga...



Kita dah ber7...bb nak tido time nie...








Mama & Abah


ampun maaf dipinta


Moga bahagia sepanjang masa



Walau kita terpisah sementara...


insyaAllah sentiasa bersama...



Apa hal ni? Ingatkan gambo apa td...huhuhu. Rupanya si Aiman peluk cium aboh ye, nk mintak maaf di pagi raya, almaklum byk buat salah kat aboh hah tu...Beso dia pulok pada aboh...hahaha


Family Cik Long...Eri & family jer x ada, beraya rumah mertua dulu...



Kak nor ngan aksi tudung belit2



Ngan pintu pun ye blh nak bergambo...



Sama peel ngan kakok ye...

Hahaha...teringat masa dua org nie datang kelate time cuti skoloh, mama bw gie jalan2 kat Bando Kubang Kerian, aiskkk tgh asyik mama duk jln2 blh dia sruh stop kat tepi bank islam, just nak ambik gambo tepi dinding yang putih bersih...bkn ada apa pun yg menarik kat dinding tu...kosong je...tapi katanya ada seni...huhuhu. x faham 2 org nie...



2 orang puteri yang mama sayangiiii



Kak nor ngan bb



Aiskkkk...selpie sokmo...dalam hp penuh ngan gambo ye selpie jer...



Meraikan majlis perkahwinan anak sepupu. Yang duduk tu bukan pengantin, tp mak pengantin (sepupu mama) saudara belah aki.


Nie perjumpaan x-SMA Maarif Besut. 4 org yg hadir dlm 3 family. Reunion kat rumah Syukri Ali (speky baju biru). Ani (duduk tudung oren) kahwin classmate Zizi (baju ijau pakai kopiah).



Fuh makanan yang disediakan...mmg kenyang...Dalam wasap group konon nak sedia ikan singgang bagai, alih2 western food yang adoooo...aiskkk...

Raya kali ni mmg x pergi byk tempat coz pergerakan terhad gitu, kesian bb panas. So, gambo pun x brp nak ambik coz mama duk sibuk kelek handbag baru mama. Kalu yg anak2 lain, diaorg dah ada hp masing2 so may be ada dlm hp diaorg. Lagipun sekarang, along & Angah dah x nak join kitaorg beraya, dah besar, mereka nak join beraya ngan kawan2...huhuhu.

Tapi kalu rumah sedara mara mmg mama akan paksa jugak diaorg ikut, takut nnt sepupu sepapat pun x kenal terrrr...

Bos Jamu Pulut Durian...

oh kome, durian dah berbunga...

Musim durian pun tiba...

19.09.2016. Bos ajak makan pulut durian rumah kakak ye time lunch hour. Siap ambik nama sape nak join coz nak budget pulut nak masak. Durian x perlu dibudget2 katanya...


hah tu dia...bos bersama durian yg freshhhh. baru luruh terrrrrr...terbeliak bijik mata tgk durian2 niee....alahai pokoknya belakang rumah jerrrr. Masa kitaorg sampai, rupanya set lelaki tgh duk kutip buah yg baru luruh kat belakang tuuuuu. Mmg puas hati sgt2....

Bos cakap, org rumah kakak dia x tahu nak buat apa dah buah durian nie...puas makan dohhhh...aiskkk bos ni, kalu tahu sruh abah mari borong kat sini...huhuhu



Tgk isi tuuuuu, kuning diraja...rasanya? usah ditanya...mmg manis sedap lomak berkrimmmm. Nie hantu durian, Farah, Mira dan Lani....



Makan skit je pulutnya coz dah makan durian 2-3 bijik sorang2 (size kecik)...kenyang terlajakkkk...
Betul cakap hah, bukak sebijik, isi kuning, sebijik, isi kuning...dlm berpuluh bijik tu, hanya 1-2 bijik je yg xleh mkn....perati betul2 besen kat belakang tu penuh ngan kulit2 durian....


Bos makan 2 ulas je ngan pulut...tu pun dia dah muak tgk duriannnnn


Si Mira amal petua org tua, minum air dlm paksi durian x nk bg badan panas...Belakang tu Elly dan Ila...diaorg bkn hantu durian, sentuh hah seulas dua...


Erin (org Ganu ni) PA bos, tlg letak pulut utk dimakan




Sebahagian group lelaki....Driver bos siap kutip letak dalam karung utk bw balik...kitaorg yg perempuan segan nak mintakkkkk...padahal dlm hatiiiii...sanggup je g kutip kat beakang rumah terrrr



Pulut durian style kelantan... Santan no need dimasak. Kalu Ganu masak n letak nisang skit...Tapi mama ok jer mkn camni punnnn. Nikmat mana lg yg nak kau dustakan bila blh menikmati durian dengan sepenuh hati...

Moga tahun nie, durian rumah bos menjadi lagi & blh jemput lagi kami makan2....hihihi

Majlis Cukur Jambul Adam & Ahnaf

Majlis berlangsung 20.08.2016. Masa ni bb dah 4 bulan lbh. Mmg majlis ni chek rancang nak buat skali ngan bb acu, Ahnaf. So kami just tumpang majlis diaorg. Kalau kami buat sendiri, kami just buat makan2 jer, x ada grand bagai terrrrr.

Rezki bb blh tumpang sekaki majlis ni...hihihi


Buai pengantin siap di pasang sehari sblm majlis...


Kambing dah siap sedia





Diaorg just panaskan saje kat sini, bw yg dah siap masak...x ada hah nk tgk kambing yg bergolek2 terrrr...






2 org budak nie mmg sibuk kat port ning jerrrr....


Yatt & family. Tq sudi datang...





Kami ber3 bersama 'handbag' baru masing2. Mcm janji2 jer nak beli handbag ni. Yan beli dulu, bln 2, diikuti mama, bln 4 dan yatt bln 6. Mmg kami bff....hahaha.



Bb Adam nak tido tuuuu


Ahnaf dalam buaian


Nenenda (chek) memulakan acara. bb adam dah x keruan



Ahnaf pun sama, sleeping time dikacau...


Mok ucu



akhirnya tertido belum sempat habis acara cukur jambul



Ahnaf pun tido daaaa




Mama just sumbang nie jer utk letak dlm bag goodies. selain sumbangan tenaga.

Majlis akikoh bb adam kali ni sebahagian dengan seekor kambing. Nanti sebahagian lagi, kita buat masa hari raya korban.

Raya Opis 2016

Bertarikh 31.07.2016 diadakan majlis sambutan hari raya bagi Wisma Odit Kelantan. Agak meriah dengan kehadiran auditi2 dan sahabat taulan yang terdekat. Banyak makanan disediakan ikut seksyen. Team mama buat mihun sup...Mira yang jd ketua. Memang power mihun sup Mira, licin sehingga x org duk tercari2 walau disaat2 nak tutup majlis. 

Sayang x dok gambo beramai2. Mama pun mari lambat coz masa ni bb demam, nasib abah ada lg, so ajak abah gie Klinik private kat Kota Bharu, lepas tu hantar bb kat taska, mama janji akan ambik awal lps majlis tamat.


Bersama kawan mama, Chek Afa, ye duk kat luar Wisma, opis ye kat SUK. seksyen treasury, team ye sedia lontong. power bangat lontong diaorg.


Bersama si Yas, opismate mama.Orang tg sentiasa ceria & happy go lucky...suka kacau mama terrrr


Gerai2 yang dibuka utk menu yang berlainan.

Menu utama nasik beriani, ada satay, mee kari, laksa kuah putih, laksam, mihun sup, lontong, rendang dan pelbagai jenis kuih. Mama pun x pasti kenapa mama x bersungguh ambik gambo menu bagai...huhuhu. dah 40 series ni mcm dah x berminat nak posing bagai...


2 dari kiri dan 2 dari kanan adalah staf audit dalam KPM, staf Jabatan mama seblm ni.


Eno bersama anak Chek Mira, yaya...time nak habis majlis baru hah blh berkawan dekat diaorg ni...awal2 yaya ni malu2 kucing...miauuuu



Diaorg ni posing kat depan meja mama, memang ada sofa kat depan tu. Nasib eno pandai bawa diri time majlis nie....

Bila perati lama2, muka 2 org ni dah ada iras2 gitu...tembam pun sama jer...

Sambutan Birthday Adam Setahun (TSMC)

Seminggu seblm event, dah siap bgtau awal2 kat taska, bb nak buat sambutan kecilan kat taska bersama kawan2. Mama tempah kek ngan anak kawan abah, Cik Mira ye duk Bachok, nasib ye sudi hantar kat taska pg ahad tu. Caj delivery hanya RM6.

Tarikh yang dipilih 9.04.2017 hari ahad. Tarikh lahir sebenar 07.04.2016 jatuh hari jumaat. Ahad tu jugak, bb appoinment utk cucuk setahun. 

Alhamdulillah bb membesar di hadapan mama dan menjadi peneman mama mencari rezki kat Kelantan. Mama faham, mesti bb boring ngan rutin harian kita sehari-hari. Pg2 punch card opis mama, kul 7.06am dah kuor rumah, lps tu mama hantar bb ke taska,kul 4.40pm mama ambik bb dan balik ke rumah sewa. Jarang sekali mama bw bb jalan2 di hari kerja. Tunggu abah mari weekend atau kita kelik Ganu hari minggu baru hah rutin kita berubah. Bb asyik duk tgk dinding dan siling je kat rumah & taska. Bertabah hah sayang deh...




Sempat mama posing masa hantar bb pg tu...
Tima kasih cikgu2 taska especially kak na selaku pengetua taska. susah payah decorate.


Kek choc moist kat dalam. 

x sangka Cik Mira decorate sebegini rupa, penuh ngan hiasan. Rasa berbaloi sgt dgn hage. Mama just sruh letak gambo DD & frens. Tapi bila mama sruh kak na post gambo, terkejut jugak dibuatnya. Terima kasih Mira kerna x berkira ngan mama. 

Adam bersama kak zikoh. Mood x elok coz baru bangun tido. Pihak taska dah bgtau nak buat event ni dalam kul 10 lbh...Mama beli tempura nugget & kepok keping (taska tlg gorengkan). Yang sup tu kak na tlg sediakan. Asalnya mama nk tempah mihun goreng tapi x tahu nak tempah kat mana. Nasib kak na sanggup buat mihun sup.

Kanak2 riang...menunggu birthday boy nak potong kek. x ramai mana time nie, ada yang x hadir dan ramai jugak yg jenis transit.



Selamat Hari Lahir sayang mama, Adam Zuhaily bin Zulkifli. Moga menjadi anak yang membahagiakan keluarga dunia & akhirat. 

Acara makan2...

Mama jugak ada sediakan sedikit goodies utk kwn2 bb. Mama sediakan dalam 20 bag, ini termasuk utk kakak2 yg transit.




Dalam goodies tu mama letak 2 belon, 1 topeng, 1 btg pensil & sepeket biskut yg siap dipacking. Semua barang2 tu mama beli kat Mr. DIY kat Giant yang baru di buka kat depan opis mama. Biskut je mama beli kat TESCO kebetulan pergi sana masa abah datang aritu.

Barang2 seblm dipacking dlm goodies bag.

Moga kawan2 bb gembira dengan majlis yang serba ringkas ini. Doa mama, bb akan membesar dengan sihat & riang gembira.