Sunday, 9 April 2017

BB Adam di Taska Si Manja Cemerlang (TSMC)

Sesi membalas dendam terhadap gambar2 bb Adam. hahaha...

Taska ni diperkenalkan oleh opismate mama, chek Mira. Asalnya pada hari pertama mama masuk opis, mama hantar bb Adam kat Taska Umi (cari tmpt ni masa kita mari cuci rumah sewa). Lepas tu mama mengeluh kat opismate mama kot2 ada Taska lain coz taska yg tu cam x ceria n meriah. Mcm teruk sgt pengurusannya coz masa mama g ngusu time tghari, seorg je pengasuh dgn anak2 asuhan yg lbh krg 10 org. Yg kategori bayi, mcm adam sorang je time tu. 


Terus Mira bawa mama ke Taska Si Manja Cemerlang yang terletak 2KM sj dari opis mama. Terus kami gie terjah nak tengok tempat. Mira dah biasa ngan cikgu taska ni coz anak dia yang sulong pun dia letak kat taska yang sama tapi cawangan lain - Cawangan Kg. Kadok.

Gambar adalah tidak tersusun, campur aduk time kecik n time membesar.

Gambo intro, gambar yang terpilih...

Pada masa ni, 3 orang bayi yang diasuh di sini. Yang tgh tu Kaysa, bayi yg pertama masuk utk thn 2016. Beza sebulan je ngan adam, kira kakak hah.Yang hujung, Isa, muda sebulan ngan Adam.



Alhamdulillah dapat letak Adam kat sini. Suasana yang ceria dan bersih berbanding taska sebelum ni. terima kasih Ya Allah kau temukan aku dengan orang2 yang baik yang memudahkan perjalanan hidup kami di tempat orang. 


Ini model baby carrier...ibu ngasuh syor sruh cari yang camni, senang kalu mama nak ronda2 shopping complex time weekend. Tapi mama x beli pung, mcm susah pulok kalu pakai menda alah nie...Lgpun jarang beno kalu weekend kita x balik Ganu, biasa abah yang datang melawat kita...so no need. abah ada blh dukung adik...


Kaysa & Adam. Masa ni adam montel lg.

Bilik untuk bayi2 sahaja...







Nie masa Adam belum boleh merangkak, memang tido atas kerusi ngo ngek ni....sebab seblm ni mama ajar dia tido dalam buai...bantal kecik kena letak kat atas tu coz Adam ni jenis mudah terkejut. Kat taska mmg dia tido semeta-semeta jahhhh...Kat taska memang x dibenarkan buai...so lama2 Adam dah biasa tido camtu...



Adam disaat montel










Adam main bola...cikgu bagitahu, adam suka main sorang2...













Aiskkk ni mesti si Juju (sebelah Adam) kenat nie...





Kena kurung



Adam atas riba Kak Zikoh...baru bangun tido time nie...tu yg manja tuuuu...tgk DD hah tu



























Bulat mata blh makan gakkkk



Duk dalam kerusi pelampung. mama tanya jugok ibu ngasuh beli mana kerusi tu...katanya beli online, tapi ye x suggest beli coz ye ringan n mudah terbalik. kalu bb duk atas tu mmg kena pantau kalu atas lantai....



Yeyyyyy anak mama dah besar...dah x jadi penonton, dah boleh main sama dalam pool, bersama Kaysa. cepatnya masa berlalu...dah besar anak mama.





Masing2 duk tertumpu kat tv sebenarnya tu...biasa cikgu pasang Didi & frens



Makan time



Banjir di awal tahun 2016. just air banjir ni kat kawasan luar je, nasib x masuk dalam taska. So ada 1 hari tu taska isytihar cuti. Kecoh kejap ibu bapa nak letak anak kat mana. so masing2 kena ambik cuti. So dari situ kita baru nampak kepentingan Taska nie....

Masa nie, abah n eno ada mari coz mmg hujan x henti2, yg round ke2 hujan nie mari...so abah bimbang kat kita berdua, ye mari dlm 2-3 hari jugok. So Adam mama blh tgl kat abah je...






Bermain dgn ulat gergasi...Kanak2 mmg suka ulat niii...eeeiiiii



Bayi2 bermain kat ruang tamu. Kakak2 & abang2 buat xtvt kat dalam bilik....Baru seronok duk kat luar nie...luas, x hah terperok dlm bilik je...



Adam ngan baju tido...Kalu musim hujan, pagi2 mama just tukar pampers je, x bagi mandi pun. lagipun mama masuk kerja 7.30, biasa 7.10am dah kuor dari rumah.



xtvt kat ruang tamu sambil tunggu mama nak mari ambil. yang baring tu (baju purple) namanya Adam Naufal, baru masuk taska ni.



Aiskkk nape nie? Anak dara kacau anak mama hehhhh. Alahai Adam punnnn tunjuk hah gentleman skit...







xleh tengok cikgu pegang mangkuk & gelas...terus nak terjah







Main khemah2 pulok...



Yang baju merah tu Kakak Ara...time nie bayi kat luar coz kakak2 & abang2 buat xtvt kat dalam bilik.



Aiskkk nampak beno rambut adik 'makan dek bantal'...





Cikgu suap apa tu...Yang berbaring tu abg Nabil. Mak dia org Ganu, ayah dia org Kelantan. Dia mmg x normal mcm kanak2 lain. Dia just blh baring & merangkak jerrrr. Comey budaknya, selalu tersenyum kalu tgk mama time anto or ambik Adam. Dia mmg duk kat ruang tamu. ada 2 org lg adik beradiknya duk sini, tapi just transit jelah. Dah skolah 2 org tu. Ibu ngasuh bagitahu, Nabil ni hah antara org pertama yg duduk di taska pada awal2 penubuhan taska.



Main time...



xtvt di kala waktu panas...so jom main air...bayi2 just sebagai penonton, kakak2 & abang2 sibuk main air. xtvt dilakukan dibawah garaj.







Berlumba ngan Kaysa nak makan nestum. Bila dah pandai merangkak banyak lak ragamnya.




Time ni dah pandai merangkak bagai...berlumba ngan Isa nak naik tangga



Dia xleh duk jauh ngan Kak Zikoh...






time to sleep...dah x tido atas kerusi ngo ngek sebab masa ni Adam dah pandai merangkak, kalu tido atas kerusi tu, bimbang kalu ye terjaga, ye merangkak turun.


Moga adam terus ceria bersama kawan2 di sini....Adam ceria, mama pun bahagia....Alhamdulillah...terima kasih ya Allah...

Selamat Datang Ahli Baru Keluarga Kami


07 April 2016 - ADAM ZUHAILY BIN ZULKIFLI

Kelahiran yang boleh dikatakan tragis kerna lahir awal 2 minggu dari yang dijangka dan pengalaman naik ambulans.

Bermula petang rabu, mama balik kerja nak solat asar, masa dalam toilet terlekat skit darah kat spender mama…aikkk…pelik campur confius ni…tanda2 sakit x ada pung.

Terus settle mandi & solat, dah x sedap hati, terus call abang sruh ambik tiket mai kelate ptg tu jugok. Terus atur strategi. Panggil mok ucu tanya pendapat dia camna, dia rasa perut mama, katanya cam lambat lg...sempat kot tgu nak balik kg esok (khamis), mmg plan nak tumpang acu balik. huhuhu...tapi gerak hati mama kata lain....Terus call abah sruh mari jugok ptg tu...Asalnya abah nk gerak dari ganu subuh2 esok...oh tidak...sekarang jugak kena fikir camna perlu sampai segera ke kelate...

Nasib anak buah ada kat bandar, terus dia ambik tiket bas ke Kelate, bas pukul 6 n naik kat Bt 6, no need pergi bando Kuala Terengganu. Sempat call chek (mok mama) bgtau dah kuor tanda n mohon chek doa agar selamat semuanya.


Alhamdulillah abah n kak nor sampai kul 10 malam, Acu tlg ambil kat Petronas. Plan abah nak terus drive balik mlm tu jugak tp mama kesian lak kat abah n eno...penat walau just duk dalam bas td. Malam tu tido pun x berapa lena, tanda2 sakit x ada, tp bimbang takut darah kuor lg...so kerap g toilet...Nak masuk subuh, dah ada tanda skit2...tp kejap jer...so bangun subuh, abah terus nak gerak balik coz x nak bertembung ngan jem org nak g skoloh n kerja.Seblh-boleh abah x nak mama bersalin di Kelate...dan dlm doa mama setiap hari pun mmg mama mohon pdNya agar dapat melahirkan di bumi Terengganu. Lagipun x ada sape kat Kelantan ni...acu & mok ucu pun sibuk n ada ank kecik. So dgn confiden kami pun gerak 6.45am. Kesian eno bgn ngan terpinga2.


So mama baring kat belakang, eno duk seat depan. Utk lebih selesa, mama baring mengiring. Time tu mama just rileks je kat seat belakang n abah pun drive cam biasa. Dah kuor dari Besut, mama rasa sakit dtg makin kerap dgn tiba2. May be sebab mama tido mengiring n ngan keadaan kereta bergerak agak laju jugok ketika tu. Abah sempat call sruh wife arwah Ustaz Harun nk sruh buat minyak selusuh. huhuhu...dah pesan awal2 lg kat abah sruh buat, tp ye kata awal sgt lg kalu nak sruh. Siap call achik mtk tlg bw g minyak kat Kak Nab n nnt abah nak g ambik...






Sampai kat Setiu, mama dah x tahan dah...rasa mcm nak membuang...sruh abah berhenti kat Hospital Setiu, abah cakap Hospital Setiu dah lepas, so sruh je berhenti kat mana2 Klinik Kesihatan yang ada...eno kat depan duk suruh mama bersabar coz abah dah nmpk signboard Klinik Kesihatan Seri Langkap....x jauh kat depan.


Sampai kat klinik ni dalam 9.00 a.m  terus di periksa oleh nurse, bukaan dah 5cm terrrr...huhuhu. Nasib ada 2 org doktor perempuan pg tu. Salah seorang doktor pecahkan ketuban mama. Sambil nurse siap2 apa yg patut utk sambut kelahiran, doktor seorg lg mencelah menyatakan dia x sanggup nk tanggung risiko kalu mama bersalin kat klinik tu. Ini kerana dia refer buku pink mama, pernah appoinment ngan pakar HUSM dan bakal appoinment dgn O&G HSNZ kerana ada pengalaman kelahiran kak nor dulu.

So doktor tu bg peluang mama pilih nak bersalin Hospital Setiu or HSNZ. Sempat lg mama tanya, kalu HSNZ sempat ke? For sure mama nak pilih HSNZ coz kalu apa2 senang kat sana semua complete ada. So doktor bagi jaminan sempat sampai coz dia akan sign buku log ambulans utk bawa kelajuan maksima yang dibenarkan. Dan mama sempat dengar perbualan doktor tu menefon HSNZ sruh standby kedatangan ambulans ni.

Bertemankan 2 orang nurse dan seorg doktor, pengalaman pertama pun bermula, diusung masuk ambulans. Alhamdulillah nurse yg teman mama tu bg support dan selalu sruh mama berzikir bagai. Doktor td dah pesan awal2, kalu betul x tahan sangat nak push, blh je push dalam ambulans. Nurse yang baik hati tu duk gosok2 perut mama, rasa tenang skit mama, sakit mmg dtg agak kerap tika tu tapi sebolehnya akan mama tahan jua.

Alhamdulillah selamat sampai di Bangunan Ibu & Anak HSNZ dan terus di tolak ke bilik di ground floor tu. No need naik ke bilik labour room. Sekumpulan nurse dan doktor dah setia menunggu. X sempat doktor nak pasang alat kesan denyut jantung bb, doktor terus sruh push. Siap bagi nasihat agar usaha jugak agar bersalin normal coz mmg dah nmpk rambut bb. Doktor siap berkali ckp : awak x perlu hadap ceaser kalu awak buat betul2... siap sruh push jugak coz doktor bimbang anak lemas. Alhamdulillah 2-3 kali jugak cubaan, dgn adanya team yg psiko yg kuat, keluarlah bb yg comel itu.




Alhamdulillah...selamat datang ke dunia baru...




Satu amanah yang dikurnia olehNYA...tq Allah     





 Senyuman pertama yang sempat dirakam oleh abah.




BB bersama abah tersayang. Aiskk nmpk muda lak abah bila dpt bb baru terrrrr...huhuhu





Lena selepas penat bertarung dan lalui perjalanan yang panjang...KB - transit jap Klinik Seri Langkap - naik ambulans - HSNZ.







Kesian kak nor, tertido kat ruang menunggu bilik bersalin (ground floor) ....x sabar nak tengok baby....





Saturday, 1 April 2017

Merantau Mencari Rezeki

Alhamdulillah mengandung bb kali ni dapat kenaikan pangkat. Naik pangkat pun x tinggi mana.
Pada awalnya mendapat offer di Jabatan yang sama cuma di tempatkan di ibu pejabat di Putrajaya. Kerana kenaikan pangkat kali ni secara berjemaah so ada peluang nak tukar suka sama suka. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan, kita niat nak tolong orang, insyaAllah Allah permudahkan kita. 

Mama tukar sama suka dengan Siti Aishah, dia dapat kat Kelantan tp dia ada komitmen nak menjaga orang tua di Putrajaya. Mama lapor diri pada 15.02.2016 ketika tu usia kandungan lbh kurang 8 bulan. Mama terima kat Kelantan kerana paling hampir dengan Ganu dan kebetulan acu & family dah menyewa di Kubang Kerian kerna Mok ucu sambung belajar di HUSM dan Acu pindah ke HRPZ II. Mama tangguh selama 2 minggu, thats mean mama betul2 masuk Wisma Audit Kelantan pada 29.02.2016.

Kat lobi Jabatan Audit Negara, Negeri Kelantan masa gie lapor diri...



Memang kalu dikira congak, gaji untuk kenaikan pangkat ni x sepadan dengan kos yang akan ditanggung oleh mama masa berpindah nanti, namun mama mengambil peluang dan ruang yang ada ni untuk kita sekeluarga. Ini kerana mama rasakan peluang untuk mama menjawat W41 adalah agak tipis kerana umur mama dah masuk 40an dan persaingan sengit daripada junior2 yang dah kerja & mereka sambung belajar mempunyai peluang yang cerah bagi mereka.

Mengandung kali ni x suka ambik gambo/selfie bagai, sampaikan bila buka galeri dlm hp, x dok gambo langsung rumah sewa acu kat Kubang Kerian dan gambo lain-lain yang berkenaan.

Eno bersama anak2 acu & acu diruang tamu rumah sewa Kubang Kerian. 
Bilik mama belakang tv tu je, pintu bilik, sebelah tv tu...

Mama duk bilik bawah, kebetulan ada sebijik. Bilik tu siap ada icond lg. actually rumah ni asalnya homestay, tp tuan punye dah x larat so ye bg sewa fully furnish. Acu n family just bawa kain baju jer...semua peralatan cukup lengkap, tv, peti beso, mesin basuh, setiap bilik (3 buah) disediakan icond. Sesuai hah dgn sewanya. Nasib acu & mok ucu gaji besauuuu...mama just tumpang 2 kaki jer.

Dari rumah sewa tu x jauh dari opis, x perlu masuk bando n harung jem.



Ni kain abah sbg selimut dikala tido. Ubat tika rindu2an gitu. Dan bantal kecik milik eno, mama peluk dikala rindu kat ye




Radio versi al-quran ni peneman mama tika sunyi...mok ucu tlg belikan kat HUSM, RM55 sebijik. bkn saja blh dengar radio, al-quran 30 juzuk pun ada berserta terjemahan dan juga ada nasyid & ceramah agama pilihan . Ceramah UAI pun ado...


Nak dengar ceramah, just tekan nombor yg telah di bagi tu.

Selawat & wirid pun ada....


Radio ni byk berjasa sehingga kini, kalu adam teriok mlm2 kat rumah sewa, mama akan pasangkan surah al-baqarah, pernah 1 hari tu, sampai ke subuh radio ni terpasang. So mama akan pastikan sblm mlm tiba, makesure radio ni di cas...

Fuh...kat kelate, bfast umpama lunch kat ganu, nasik putih lauk pelbagai ada...betul hah, bfast like king gitu. Ni lepas baru checking pregnen kat Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh (depan ngan RTM Kelantan). Kedai ni mmg famous ngan serati & ayam kg. Bersebelahan ngan RTM Kelantan.

Time nie mmg kena control makan coz telah di detect kencing manis time pregnen...huhuhu

Sungguh tragis pregnen kali ni. Dah hah duk jauh, prosedure checking mengandung agak rumit sekali, berbeza ngan yang dulu2.Bila dah detect kencing manis (tp x hah kronik sapa kena cucuk tu), so kena buat pemeriksaan yang kerap. perlu ambik bacaan glukos 4x sehari dlm seminggu. Yg tragis time mlm....kalu siang mmg opis dkt je ngan klinik WCY.



So kalu kena time mlm, mama ke klinik ni (KK Kubang Kerian) coz dekat je ngan rumah acu. So kuar hah sorang2 g cucuk...Acu pernah offer nak tlg hantarkan, tp mama ok je kalu g sendiri, lgpun kejap jer,,,



Satu2nya gambo yang ado, posing pada awal tahun sesi persekolahan eno...Eno x sabo nk dapat adik...huhuhu

Nie je gambo muka time pregnen, ni jalan2 kat paso Wakaf Che Yeh.



Nie time makan gulai kat Kerteh...