Wednesday, 15 August 2012

Berbuka Pose - Nasi Lemak

13.08.2012, kami beriftar 3 beranak jer, kesemua perempuan lak tu...Hero2 beriftar di surau. Atas request adik suruh buat nasi lemak, so mama tunaikanlah. Yealah, x pernah sebelum nie kita sefamily berbuka dgn nasi lemak. Kebiasaan adalah nasi putih berlauk atau nasi ayam...Yealah, pada hari kebiasaan hari persekolahan pada bulan selain pose adik suka b.fast nasi lemak or nasi minyak...tu yang dia kepingin sgt...


Mengguna lauk apa yg ada dlm petiais...Betik tu adalah pemberian mak Amirul Alif yg kita sekeluarga pergi melawat ptg td...disini

Somtam favrite mama. Beli kat bazar Manir, RM2.50, x kaw mana tp blhlah drpd x ada langsung...


Telur rebus & timun batang...kangkung abah x beli...

Ayam & sotong nie actually mama simpan serba skit konon nak buat tomyam...tp dah adik nak nasi lemak, so mama buat lauk tambahan ayam & sotong goreng...


Ikan selayang jer yg ada so bantai jelah dik oii...dlm tu ada gak ikan bilis kecik yg terus dicampur dlm kuah...kat sebelah tepi adalah sambal tumis yg telah diasingkan...

Masih bertahan...

Budok yg x sabo nak makan...lapo katanya...lapo sokmo...




Along duk tuang air soya...bhg muka xleh dipublish coz x bertudung...haha. Yealah bukak pose dumah, xkan nak bertudung lak...


Bersemangat makan sehingga tumpah nasi...


Alhamdulillah...syukur diatas nikmatNYA....

Tuesday, 14 August 2012

Ziarah Kawan Angah Arif

Petang tu dapat call dari abang nak gie ziarah kawan angah yang baru kuar spital, sambil menghulur bantuan duit raya anak2 yatim yang x diambil oleh family nie coz mak dia sibuk ke hulur-hilir jaga anak kat spital. So sapa rumah terus tukar driver. Singgah kedai runcit kat rumah beli serba skit brg dapur. Tu serah kat abah, dia beli milo sepeket, susu pekat 4 tin, air kotak hok 1 liter & laici 3 tin. X sempat nak shoot gambo coz anak bertuah nie duk sibuk ngamok nak mkn aiskrim...



Nie enor duk main kamera. Kat dlm rumah kwn angah dah...Dengo cite dari mak amirul alif, mereka xcident 3 beradik bw sebuah motor. Balik dari sekolah, sampai satu simpang, ada kete kat depan nak masuk simpang bg signal last minute, ada sebuah lagi kete belakang kete tu, so kete tu nak ngelak, & moto budak2 nie belakang kete, so amirul alif jatuh & kaki dia kena kat tayar motor. Abg dia yg bw moto x apa2 tp ari kejadian, org kg bw gie spital gak, adik dia sorang lg x apa2 so ada yg tlg anto ke rumoh...


Nielah kawan angah, Amirul Alif...handsome budaknya...haha...

Nie kaki yang teruk...baru kuar hospital selepas 10 hari menginap di sana. Xcident 01.08.2012 & kuar 10hb.

Kelihatan abah sedang berborak dgn bapa tiri amirul tp x kelihatan dlm gambo coz eno lebih berminat ambil gambo kaki org xcident...
Nie baru balik dari cuci luka di spital, mak dia kabo kalu buka tu, mmg teruk coz isi mcm kena lapah...sian amirul. x sempat nak ambil trial upsri bersama kwn2...Cikgu benarkan dia ambil semula selepas raya...


Nie kera di halaman rumah amirul...panggilan manjanya LAN...haha...



Kusyuk Lan makan betik...haha...

Nie adik bongsu amirul, baru setahun...bulat mata...
Mirul ada adik beradik dgn bapa dulu adalah 7 beradik, hanya yg sulong jer perempuan, sekarang duk belajo kat Yayasan Terengganu, Kuala Berang...

Rasa keinsafan melihat keadaan rumah mereka. Mereka baru jer kuar dari rumah sewa yg x mampu bayo selama beberapa bulan. Sekarang duk kat bengkel yg dijadikan rumah di atas tanah sewaan. Oleh kerana adik beradik ramai, abah buat keputusan bagi duit tu RM400.00. Duit tu bkn duit kami, kami just menyampai amanah orang ramai yg memberi derma & sumbangan sempena Ramadhan...Harta anak yatim jgn dibuat main...Dosa beso tau mkn harta mereka...

Sunday, 12 August 2012

Akhirnya GSR Jadi Pilihan - Part 2

Sambungan kpd entry GSR

Mama hanya memerlukan modal sebanyak RM1K bagi menjadi dealer GSR. Dan apa yang mama dapat adalah :

1. Diskaun/Komisen pembelian emas dan perak seumur hidup yang lumayan. 
2. Overriding Komisen.
3. Yuran dealer sekali seumur hidup.
4. PERCUMA website marketing GSR. Contoh: www.gsr2u.com.my/nora-naz
5. PERCUMA kos penghantaran bagi produk emas.
6. PERCUMA penghantaran melebihi 1kg silver.
7. PERCUMA Buku resit GSR.
8. PERCUMA Flyers promosi GSR 200 keping. 
9. PERCUMA Member Card GSR.
10. PERCUMA Jaket GSR.
11. PERCUMA Business Card 300 keping.
12. PERCUMA seminar/bengkel untuk Pemantapan Dealer secara berkala seumur hidup.
13. PERCUMA Khairat kematian RM500 (2 tahun pertama). 






Siapa yang memperkenalkan mama dgn GSR??? Mama terbaca FB Mak Alang pasal GSR nie. Mungkin Mak Alang x direct promote kat mama coz may be dia ingat mama x berminat dgn gold & silver nie. Padahal mama dah 2 tahun duk google cari pelaburan emas yg mudah...Sebelum membuat decision, mama ambil masa gak coz nak kena search internet betul2. Lepas duk PM tru FB dgn Mak Alang seminggu dua, barulah mama buat real decision. Mama harap mama dah buat the best decision...Ya Allah moga dipermudahkan segalanya.

Dan sebagai orang baru dlm dunia baru, memang Mak Alang yg byk bagi guide bagi permulaan mama nak buat purchase. Dan alhamdulillah sekarang dah x perlu tanya dia lagi...Thanx RINA.


Jangan ingat bila beli emas kita dah rugi duit tapi sebenarnya lg menguntungkan sbb kita bukan "membeli" tapi sebenarnya istilah yg lebih tepat ialah "menukar" simpanan dlm bentuk wang ringgit kpd simpanan dlm bentuk emas & perak....


Simpan wang ringgit beratus ribu dlm bank pon takkan meningkat nilainya dari tahun ke tahun berbanding menyimpan emas dan perak yg sentiasa meningkat setiap tahun...



EMAS dan PERAK adalah aset yg sangat bernilai selain hartanah dan rumah. So x mampu nak beli hartanah & rumah, inilah alternatif yang terbaik...Emas YANG MAMPU MILIK...



Dan baru2 nie Alang & Mak Alang ada balik kg nak rasa suasana buka pose coz raya pertama diaorg raya kat K.L. Kami mengambil kesempatan nie berjumpa OTAI GSR Terengganu selepas solat terawih. Asalnya nak jupe kat UTurn Restoran, tp Otai tu royat restoren tu tutup so decide jupe kat McD jer. Nasib abah berminat gak nak jupe OTAI tu...


Tu dia OTAI GSR hok pakai baju melayu biru (bkn hok hijau, hok tu x otai lg...hehe). Nama dia En. Ahmad Syukri Mohamed (T0001), muda lagi orangnya. Dia bawak anak dia 2 orang dlm umur 2 & 5 tahun. Tepi mama tu lah Mak Alang. Mama terpaksa bawa Aiman & Enor coz kalu tinggal rumah kelahi lak dgn Along & Arif. Kalu dah start kelahi, blh jadi tongkang pecah dlm rumah tu...Banyak ilmu yg diberikan oleh OTAI ini. Diberitahu, lepas raya banyak seminar akan diadakan di area Kuala Terengganu. Yang pasti seminar tu adalah percuma. Yealah nak melabur emas/silver kena ada ilmu.





Eno lapo...time duk discuss, dia boring nak balik, padahal dia nak beli makanan kat situ...huhu

 Dua beradik lapo lepas puas main kat dlm playground McD..

 Nie Aiman yang tangkap nie...


 Anak sulong En. Syukri...

 Anak bongsu En. Syukri...

 Nie wife En. Syukri duk teman anak2 makan coz budak2 dah boring. 

Comei budak nie...Anak sapelah heh...



Tuesday, 7 August 2012

Akhirnya GSR Yang Menjadi Pilihan - Part 1




Apa itu GSR? GSR adalah singkatan Gold Silver Resources. Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. X sampai setahun jagung pung lagi.Ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. CEO nya seorang melayu En Syukor Anuar. Actually dah hampir 2 tahun mama survey sykt2 di malaysia utk pelaburan emas. Search mama yg pertama, mama terjumpa pelaburan dgn membuka saving akaun samada maybank, cimb & KFH. Bila mama search pendapat ustaz2 especially Ustz Zaharuddin, keputusan mama masih samar bila terbaca hukum tu. Dlm byk2 tu Ustaz Zaharuddin metion KFH blh diterima tp di Terengganu still x dok lagi Cawangan KFH. Frust mama. So masa tu mama masih tercari2 alternatif lain. Last2 rupanya kwn mama yg keje odit kat LHDN, dealer PG (Public Gold). So mama telah mula meng invest dgn silver bar sebanyak 2 keping hasil dari duit tanggung kerja (Cik Yan bersalin). Selang bbrp bulan lepas tu ada duit lebih skit mama beli dinar 1 keping &  gold bar hok 10grm yg dibayo 2x dgn kwn mama. PG ada skim bayo ansuran bila kita lock hage. So time tu aura emas memang kuat. Terima kasih Hariana yang memperkenal aura emas gold bar & silver bar kepada mama.

Asal mama berminat nak jadi dealer PG tp mama x mampu coz modalnya RM20,000.00. Memang dpt emas fizikal, tp duit sebanyak tu ikhlas mama cakap memang mama x dok. Dan mama xkan buat loan hanya semata nak jadi dealer. Dealer emas ok lagi, blh jadi investment in future tapi ada satu kes nasib mama & Cik Yan  x terjebak dgn satu company yg perlu ambik loan hingga RM40K utk jd dealer. Terima kasih Ya Allah, ada sj halangan time nak buat loan tu. Kalu x, sampai sekarang kami still bayo loan entah apa2 & x pasti brg tersebut habis dijual atau tidak. Syukur Ya Allah diri ini tidak dibelenggu dgn keberhutangan yg blh dikira serius...huhu. RM40K tu...campur dgn bunga2, hitunglah sendiri,  sampai ke tua x terbayo...

Mama melabur nie utk anak2 mama coz mama perlu cari alternatif lain selain simpanan Tabung Haji coz anak2 mama dihantar sekolah agama swasta so tiada bantuan dari kerajaan. Dari yuran hinggalah ke buku2. Ramai yg cakap, dah tahu duit kurang, kenapa anto sekolah berbayar, x anto sekolah yang ditanggung seme oleh kerajaan???Sebenarnya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 mereka. So bila difikir, ramai yg lepasan sekolah biasa yang menganggur & persaingan yg sengit antara mereka, kerja pung susah sekarang dlm pelbagai bidang. Pasal yuran & bayaran2 lain, setakat nie al-hamdulillah, ada saja rezki anak2. Niat kita baik, insyaallah Allah akan tolong. Mama & abah akan usaha semampu yg boleh. So bila mama & abah buat keputusan anto anak2 ke sekolah agama berbayo...so mama & abah berharap, anak2 dapat mencari ilmu dunia & akhirat & digunakan bila beso nanti. Mama & abah x mampu nak ajar anak2 ilmu akhirat coz kami memang hanya ada ilmu yg basic saje. Andai kata nanti peluang pekerjaan tiada, mama harap ilmu itu kamu blh perguna utk orang ramai walau di mana kamu berada, tidak hanya bergantung pada ilmu dunia. Dunia sekarang akhir zaman, ramai orang kaya2 sedang mencari mereka2 yg berilmu akhirat utk belajo semula terutama bacaan Al-quran. Insyaallah rezeki ada dimana2 & tekadkan yang rezki tu dari Allah, bukan dari manusia2 dibumi. Mereka hanya perantaraan utk disampaikan rezki tersebut. Pjg lak mama berceloteh. Lari dari tajuk...

Berbalik pada GSR...

Ditubuhkan pada tahun 2011, dilaunch pada akhir tahun 2011.

TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT :
Mengeluar Pelbagai Produk Berasaskan Emas dan Perak
Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar SAH. 
Memberi Pendidikan dan Kesedaran pentingnya menyimpan emas dan perak kepada rakyat Malaysia.

Pihak syarikat juga mengeluarkan pelbagai produk Emas Perak. Antara Produk Silver 1 oz - Bunga Raya , Harimau Malaya manakala produk jongkong dalam berat 100 gram , 250 gram , 500 gram , 1kg . Untuk barangan kemas 916 & 999 : Gelang dan rantai tangan.
Bertemakan konsep pendidikan pelaburan masa hadapan disamping mempromosikan Malaysia diperingkat antarabangsa, GSR mengeluarkan pelbagai produk berasaskan perak dengan melambangkan identiti Malaysia. Produk yang dikeluarkan merupakan produk 100% Buatan Malaysia. Tertubuhnya syarikat GSR di Malaysia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyimpan emas perak GSR sebagai koleksi peribadi disamping ia dijadikan asset pelaburan pada masa hadapan. 

Yang paling best adalah konsep mampu milik yang ditekankan. So mcm mama nie mmg yang nie sesuai. Yang jenis banyak duit x pandang barang2 gini. Yealah dah banyak duit, so just tunjuk2 jer kat kedai2 patern mana nak. So penekanan GSR adalah golongan pertengahan mcm mama.hehe

Sedikit Info :-
Emas adalah untuk jangka masa panjang. Dibeli untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji & kos pendidikan anak2. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun. Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 3 atau 5 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang.  Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di'liquid'kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?





Mama masih ingat semasa mama darjah 6 dulu, aki just bagi 50sen untuk belanja sekolah. 20sen beli nasi lemak/keropok goreng, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi simpan ataupun buat belanja belah petang. Sekarang, abah  bagi duit belanja kat anak2 ke sekolah RM2.00 paling sedikit. Petang nak beli mintak duit lain lak... Kenapa tidak sama dengan zaman mama dulu, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya anak2 mama. (ketika ini, termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih). Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita? Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang  nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!

Kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka. Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. 

Niat mama just utk pelaburan anak2 & diri sendiri, tp kalu ada kwn yg nak beli, mama ok jer. Mama x bersungguh pun nak buat jualan brg2 nie. x lah sampai tukar hp yg canggih, ngadap fb setiap waktu semata2 nak jual nie. Coz mama tahu, masa mama & anak2 sgt pendek, so bila mama kat rumah, mama just tumpu utk anak2 jer. Kalu kat tempat kerja gitu gak. Bukan mama nak cakap mama baik ngat, tp kalu nak buka fb time keje adalah rasa skit bersalah pada diri sendiri. Kalu ada keje pung, kena settle betul2 & barulah nak belek blog2 orang lain. Kalu nak buka FB memang jarang sekali...Kalu ada rezki adalah, bukan kata x perlu usaha tp bila kwn2 dah tahu mama masuk GSR, kalu diaorg berminat, just beritahu jer. x ada paksaan...



Yang best GSR nie coz beli on-line & terus sapa ke rumah. So senang jer, rasa ada duit lebih skit2 dlm sebulan dlm RM130 - RM200, mama terus oder mana yg mampu mama beli. So terus email & buat payment via Maybank2u, & tunggu process & co. akan bagi tracking no. poslaju utk memastikan barang telah berada di mana. Tu yg mama suka. Canggih sekarang, beli emas/silver coin secara online tp yg pasti mama hanya beli YANG MAMPU MILIK. Biar bulan2 beli hok kecik2 jer, insyaallah lama2 jadi bukit...haha.Pada x beli langsung. Kalu bukit pung bukan bukit emas tp yang pasti BUKIT SILVER. Moga Allah mempermudahkan segalanya...AMIN.



Sumbangan Tenaga Di Bulan Ramadhan

 Layan Gambo....


Duit...duit...


Jangan terkejut lak tengok gambo2 nie. Nie bukan duit kita punye tau. Duit2 nie akan diagihkan kepada anak2 yatim pada petang tu. Duit2 tu adalah sumbangan daripada mereka yang berada/kaya/pemurah. Anak2 mama telah mengeluarkan sumbangan tenaga bagi memastikan duit2 tersebut dapat diagihkan sebagaimana yang telah ditetapkan. Kategori anak yatim yang dapat adalah mereka yg bwh 15 tahun. Setiap anak2 yatim akan dapat dlm RM130.00 dan jika lebih dari seorang anak yatim dlm satu keluarga, akan ditambah menjadi RM180.00. Ada gak yang dapat RM200.00++ coz anak2 yatim lebih dari 3 orang sekeluarga.

 Nie bukan duit raya Aiman, tp duit utk kwn2 Aiman yang kurang bernasib baik....


Angah Arif incharge duit beso skit RM50.00...huhu

 Abah sibuk gunting nama2 yg perlu dilekatkan di envelope coz setiap keluarga mendapat jumlah yg berbeza2, bergantung kepada jumlah anak2...

 Sambil susun duit, mata tengok tv...isk3


 Duit hok baru kuar awal Julai 2012...Comei ngat...




Sesi memasukkan duit2 ke dalam envelope...Mama just perhati jer...

Terima kasih anak2 mama coz sanggup membantu abah bagi melicinkan lagi agihan duit anak2 yatim yang telah diamanahkan kepada abah. Aiman & Arif patut rasa bertuah & bersyukur kerana masih mempunyai seorang abah yg sayangkan anak2nya. Selalu jer ikut kata2 anak. Jarang marah/membebel macam mama nie. Tp kalu abah marah, semua anak lari lintang pukang. Abah xkan marah anak2 saje2, dia marah tu sebab anak2 buat silap besolah...kalu hok kecik2 abah buat dek jer...Moga abah panjang umur, dimurahkan rezki & hidup diberkatiNYA. Amin....