Monday 13 July 2015

Ramadhan VS Supermom

C&P dari wassap group...

Asyik awak je nak pahala, saya nak jugak! 

Haaaa kalau siapa yg rasa macam ni angkat tangan! Setiap bulan puasa saya akan rasa macam ni. Mana taknya, the house chores seem have no mercy on me. 

Sakitnya hati kalau time kita balik kerja, berebut2 nak masak utk berbuka, tapi husband tgh best mengaji kat depan. Kadang2 sengaja hati ni dengki, mintak tolong itu ini sebab taknak bagi dia potong kita! (Sorry abg!) 

Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita kadang2 lupa bahawa sesiapa yang memberi makan utk org berbuka puasa, maka baginya pahala sama seperti org yg berpuasa malah tidak akan berkurang pahalanya walau sedikitpun. Nampak mcm buang masa aje preparing food for iftar kan? Lebih baik mengaji. Jgn lupa, Allah tu Maha Penyayang. And just one more thing, ikhlas, please come to me! 

Sakit hati jugak bila lepas berbuka puasa, solat maghrib, kita berebut nak tgk anak2 makan, anak2 mandi, tapi husband dah siap2 nak pergi solat isyak dan tarawikh. Itu belum cerita bab tadarus yg habis lewat. To be honest, ada jugak kadang2 terrr tarik muka sebab terrr detik dlm hati, haaaa nak mengelat jaga anak2 laa tu! (Oh em gee! Me is soooo evil ) Bukan apa,teringat betapa meriahnya solat tarawikh yg setahun hanya sekali, nak2 kalau dengar dari rumah, org tgh selawat di antara solat tarawikh tu. Syahdu okay! And me? Kat rumah aje. Sobs.

Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita lupa yg menunaikan hak anak2 pun dapat ganjaran yg besar. Jgn lupa, masa bulan Ramadhan ni ganjaran berganda2. Bayangkan kalau kita tengah penat, anak2 ajak main, ada yg meragam, time tu pulak mata ni dok melekat kat timbunan kain baju yg belum lipat. Kalau kita tunaikan hak anak2, selesaikan kerja rumah, berganda2 pahala kita dapat. Ingat Allah tak tahu ke kita penat? Senyum. And again, ikhlas, please come to me bebeh! 

Apart from the list, kita supermak ni kena pandai curi masa. Sebelum tidur, curi masa sikit utk mengaji. Lepas solat fardhu, curi masa sikit utk solat sunat. Takpun time anak2 tgh minum susu, time anak2 dah kenyang tergolek2 atas tilam. Jangan lupa, Allah tak pandang pada kuantiti, tapi pada kualiti 

And to superdads, sebab pahala tu tak nampak, jadik tolong ingatkan isteri anda. Bukan susah pun, they just need compliments.

Time tengah bukak puasa, bisik kat dia, banyak pahala awk sediakan makanan utk org berbuka. Dah laa sedap!

Thanks awk tolong jagakan anak2 time saya solat. Semoga Allah kurniakan pahala yg banyakkkk utk awk.

Ataupun lepas balik solat, cepat2 tengokkan anak2. Main dgn anak2, so the tired wife boleh lah tunaikan hak utk diri mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah mama sebagai pekerja, isteri & ibu tahun nie dapat mengejar impian mama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Allah telah memberi ruang dan peluang buat mama beribadat dengan selesa tahun nie. Anak2 mama dah besar, persiapan utk iftar pun masak ala kadar dan waktu renggang yang diberikan olehNya dapat mama khatam Al-Quran seblm perginya Ramadhan...Agar Ramadhan tahun ini lebih sempurna daripada ramadhan yang sudah2.

No comments:

Post a Comment