Sunday 6 July 2014

TM punye hal

23 May 2014 hari Jumaat, time hujung minggu so petang2 lepak2 kat rumah. Tiba2 dalam kul 6 lbh gitu dapat panggilan. Tgk nombor naik 03-.....nie mesti dari kay el. Kedengaran suara perempuan dibelah sana

TM : Boleh bercakap dgn Cik Puan Nor Aznina?
Ambe: yea saya yang bercakap
TM: Puan didapati mempunyai bil tertunggak yang perlu dijelaskan.
Ambe: xcuse me (konon berorang putih)...bil TM saya x pernah saya miss bayo tru maybank2u. Eh lagi pun nape call saya, bill TM tu atas nama hubby saya.
TM: tapi puan daftar atas nama puan beralamat di Apartment Segar
Ambe: hah apartment segar tu kat mana?
TM; xkan puan x tahu...
Ambe: eh eh saya kat Terengganu nie...x pernah dengo nama apartment tu
TM: puan biar betul, nie alamat kat kay el.
Ambe: patut hah saya x tau...saya x pernah pun daftar guna nama saya kat alamat tu...Lagipun jak dulu lg saya memang menetap di Ganu (nada sedikit tinggi)
TM: puan biar betul...banyak nie amount yang tertunggak
Ambe: eh betul lah. xkan saya nak ngaku apa yg saya x buat lak. Cuba awak bg alamat penuh & sejak bila didaftarkan.
TM: alamat.......dan didaftarkan sejak awal tahun 2014. kalau betul memang bukan puan yang daftar sila ke kedai TM dengan segera utk dapatkan print maklumat bil tersebut & sila buat laporan polis...
Ambe: okeylah, malas nak cerita pjg, saya akan pergi ari ahad coz kat sini jumaat sabtu cuti
TM: okey puan terima kasih kerana beri kerjasama...

huhuhu...sapelah yg x berapa nak ajar sgt guna nama aku nie. Macamana pulak TM boleh register kalu owner sendiri yang x g register. Pelik sungguh...

Ahad terus ke TM untuk mengetahu lebih lanjut lagi, nasib opis ngan kedai TM just menapak jer.... So kena jumpa pegawai TM. Sebelum aku, rupanya ada sorang brother mari hantar report polis pasal kes lebih kurang aku. Bro tu kena kat alamat Melaka. So the conclusion ramai makhluk dibumi nie mmg x berhati & berperut. Saje nak susahkan hidup orang.

Aku tanya gak pegawai tu camna ini boleh berlaku? Kebanyakan yang guna nama orang lain adalah yang berdaftar dengan ejen TM. diaorang ada maklumat kite, so senang2 hah dia ambik. Selepas siasatan dibuat dan dapat detect ejen mana, so automatik ejen tu kena pecat. So kebanyakan ejen masih ada sifat tidak amanah...


Bila bill tu diprint, makhluk Allah tu just guna wifi & x ada talian telefon, so xleh detect siapa yg biasa dia call. Talian nie telah diblok sebab bil yang tertunggak agak banyak. Tapi bagi memastikan nama mama x di blacklist kerana makhluk allah tu, kena buat laporan polis & TM akan buat siasatan. 

keesokan terus ke Balai Polis Chabang Tiga bagi membuat laporan...huhuhu gerun lak masuk balai polis. Macam ada salah beso jer...hahaha. Dilayan dengan santun oleh polis yang bertugas...

Selesai buat laporan, terus hantar ke TM. Diberitahu ianya mengambil masa yang lama bagi proses siasatan. Ikut hah lama mana pung, asalkan jgn blacklist nama aku time aku nak register apa2 nanti....

Close up sikit. Nama pun x ikut ic...tu dia... tertunggak RM711.75. Memang makhluk Allah yang baik hati nie x pernah bayo bil talian nie...huhuhu.

Kerana TM aku kena gie Balai Polis....huhuhuhu





No comments:

Post a Comment