Sunday 6 July 2014

Sambutan Hari Bapa Yang Ringkas 15.6.2014

Along last minutes punye plan...dia wassap nak makan ape utk hari bapa...so beli satay jelah...yealah kena hari keje, so beli yang tunjuk2 jelah...Janji kumpul rumah mok lepas maghrib...


Budak kecik nie penyeri majlis...

Tukang baca doa makannn

Kami...

Kanak2 riang

Kaum bapa...acu x ada coz keje malam tu...

Selain satay yang along beli kat food court Giant (best gak coz beso2) ada gak laksa kuah putih pemberian pelajar2 mok ngajo ngaji kelas orang2 dewasa. Tu hah along beli skit jer satay, kira cukup2 tp x apa, at least x membazir...

Last but not least...terima kasih tak terhingga buat ayahanda Zainin bin Mohamed di atas segala pengorbanan yang telah diberikan dalam membesar angah selama nie. Ayahanda yg ku panggil dgn gelaran pok memang seorang yang amat berjimat dalam segala hal. Ini kerana semasa kecilnya pok dibesarkan dalam kehidupan yang agak susah. Hidup di sebuah perkampungan nelayan di Seberang Takir. Pengalaman hidup pok sekeluarga menyebabkan pok suka menyimpan wang gajinya. x hairan pok dapat binakan kepada kita sekeluarga sebuah rumah yg selesa dengan menggunakan duit cashnya...Terima kasih sekali lg. 

Malihat kepada personaliti, pok memang nampak garang tapi hati budinya memang baik. Pok garang pun bertempat. Angah memang akui tidak berapa rapat ngan pok & jarang2 kita dapat berbual mesra. Berbual pun apa yang perlu saja. Tapi ketahuilah angah memang beruntung mempunyai seorang ayah seperti pok. Serba sedikit sifat pok memang ada pada angah. Alhamdulillah angah & anak2 memang suka menabung utk masa depan especially utk pembelanjaran anak2 dikemudian hari. 

Terima kasih juga ditujukan buat suami tercinta Zulkifli Abdullah kerana menjadi bapa yang soleh buat anak2 mama. Seorang bapa yang ingin melihat ke empat2 anaknya menjadi hafiz & hafizah. Seorang yang sentiasa istiqomah dengan keputusannya. Semoga kita sekeluarga dalam rahmatNya selalu.

Budak comey - Aisyah

Doa angah agar pok diberikan kesihatan yang baik & dipanjangkan umur bagi melihat kejayaan cucu2 selepas telah melihat kejayaan anak2. Terima kasih pokkkkkkkk.....





No comments:

Post a Comment