Friday, 8 June 2012

Perkembangan Persekolahan Enor

Cuti persekolahan 2 minggu dah sampai penghujungnya. Cuti kali nie x kemana2 coz minggu pertama abah dah outstation ke Kedah & minggu ke 2  byk jemputan makan gulai. So anak2 mama just duk rumah @ gie lepak rmh Cik Long @ mengadap games or FB kat rumah...

Berbalik kepada cite Enor...mama tengok dah byk perubahan dlm pembelajaran Enor. Apa yg mama paling terkejut bila mama dengo adik blh baca ayat Al-Kursi walaupun sebutan byk yg perlu diperbaiki...Ayat Kursi pjg gak wooo kalu bdk beso tu nak hafal... (Enor 4 tahun 3 bulan), mama respect kat adik...


Sejak Enor masuk sekolah, mama dah start  ajar adik kenal huruf & nombor. Kalu dlm kete, adik selalu duk depan dgn mama, so mama selalu suruh adik baca plat kete yg kat depan (biasa kat trafic light). Tapi sekarang sebab dah pandai, kete yg sedang bergerak pung adik blh baca plat diaorg. Mama perasan, adik lebih kenal huruf beso daripada huruf kecil. So kalu kat rumah selalu practise suruh buat exercise huruf kecil...


Enor ada 3 buku Iqra'. Satu mmg letak dlm bag sekolah (hok tulah cikgu catat tarikh setakat mana dia ngaji), satu lagi duk dumoh tkt bawah & satu lg duk dumoh tkt atas. Kenapa ada 3 buku Iqra'???Ini adalah kerana 2 iqra' hok letak dumoh tu hok abg2 dia dulu2. So, bila dia ngaji dgn mama kat tkt atas, dia akan buka sendiri muka surat mana hok dia baca...Ada satu masa tu, (lepas 2 mgu outstation kat Dungun), dia baca hok mukasurat jauh doh. So, mama maroh dia coz mama takut dia selang mukasurat, dia pung gie ambik Iqra' hok cikgu tulis tarikh. Rupanya betul muka surat tu...Sori dik...

 Bertarikh 10.06.2012 (bacaan buka sekolah esok, selepas 2 minggu bercuti).
 Harap Allah permudah segala bacaan adik. 

Kalu lepas sembahyang maghrib selalu jer adik tanya "mama nak ngaji x mlm nie???Lepas mama ngaji, adik nak baca Iqra' dgn mama ". So, dia ambik Iqra' nak suruh mama ajar. Enor sekarang dah baca Iqra' 2 & dlm 10 muka surat lg nak masuk Iqra' 3. Ini dapat dilihat di buku Iqra' coz cikgu yg mengajar Iqra' akan tulis tarikh dgn pencil, muka surat yg patut anak2 baca utk hari berikutnya. Alhamdulillah...perkembangan yg sihat.

 Angah Arif punya Iqra'

 Aiman punya Iqra'

 Adik punya Iqra'

Mama perhati, sekolah adik tak banyak lagi mengajo mengeja perkataan senang hok dua suku kata coz mama tgk adik byk hafal doa2 siap dgn maknanya sekali. Dan terbaru mama dengo adik baca satu doa, bunyinya x berapa jelas tp mama mcm biasa dengo doa tu. Mama suruh adik baca betul2 doa  yg dia baca tu, rupa2nya dia baca doa QUNUT...Masyaallah. So sekarang mama byk perbetulkan bacaan Doa Qunut adik, sambil mama sendiri memperbetulkan bacaan QUNUT mama. Teringat zaman kanak2 dulu, kena perbodoh pasal Qunut panjang & Qunut pendek...kui3.  


Ada satu mlm, adik nak ikut mama solat, tp dia x nak pakai telekung sembahyang, mama kata oklah. Yealah bdk kecik, ajar dia pelan2 jgn duk strict sgt...Sblm solat dia ada ckp, mama baca ayat kuat skit deh, biar adik dengo. So mama bacalah kuat skit, time al-fatihah dah last2 ayat, blh dia baca kuat time waloddollin...siap sebut amin...alah mcm org2 lelaki solat berjemaah tu. Sabo jelah...Lepas tu, time duduk tahiyyat awal & tahiyyat akhir, sempat lagi adik raba tgn mama (kang mama bertelekung), nak rasa s/ada jari telunjuk mama dah terangkat lum time baca tahiyyat tu...huh...lawak betul...lepas dia raba2, baru dia angkat jari telunjuk dia. Selesai solat, mama tegur adik, apa yg kesalahan yg adik dah buat.
" Adik x leh baca kuat2.."  Adik jwb..."abah sebut gitu masa solat rmh said wajdi..."
"Org laki blh, org puan x leh buat gitu..."."ooo...gitu"
" Apasal adik raba tgn mama masa mama solat???"
" Adik dok napok tek pung jari mama terangkat dok lagi...kalu mayang dgn abah,
adik napok hah aboh angkat jari tu..."
"Yea jugok...Kui3...". Doa mama, beso nanti adik x tinggal solat deh...sayang anak mama...

No comments:

Post a Comment