Friday, 1 June 2012

Kenduri Kahwin Anak Sepupu

Kita sekeluarga telah menghadiri majlis akad nikah n kenduri kat Jeram.Along x ikut & abah mmg x dok kg, outstation. So mama drive, konon nak tumpang aki, last2 aki & chek tumpang kita. Majlis nie bagi meraikan Azwan n wifenya. Azwan nie, ibu dia telah dijemput ke rahmatullah masa dia kecik lagi, belum sampai 6 bulan usianya kalu x silap. Ibu dia menghidap breast cancer. Ibunya orang selising, Kelate. Mama ingat lagi masa gie kenduri kahwin ibu & ayahnya (sepupu mama, belah aki). Walaupun ibunya meninggalkan dia dari kecik, sepupu mama  yg mama pgl A.lie telah menjaga anaknya itu bagai menatang minyak yg penuh n yg mama respect kat A.lie, dia x pernah mencari pengganti wifenya selepas itu. Dan A.lie pulak di jemput Illahi kerana lelah & masa A.lie meninggal, Azwan keje kat K.L. Dia x sempat nak menemui ayahnya buat kali terakhir. Itulah serba sedikit mengenai Azwan. Nenek, mak sedara, pok2 sedara & toki sedara yg membantu bagi memastikan majlis berjalan lancar.


Majlis akad nikah diadakan di Masjid Jeram.



 Tempat parking memang luas. So sesuai kalu ada acara/ majlis kat sini.

 Pengantin lelaki...Rombongan lelaki sampai awal...rombongan perempuan sampai setengah jam kemudian.


 Paling tepi adalah nenek Azwan (bonda kepada arwah ayahanda Azwan). Ini adalah hasil shoot E-nor. X bagi peluang orang lain pegang kamera baru...


 Rombongan lelaki...




 Fuh...kasut sape nie??enor yang shoot gambo nie...hehe. Kot2 kasut pengantin perempuan coz dia kecik molek jer. Nak beli gok hah, nak buat raya nanti...kui3

Masa nak pegi rmh pengantin perempuan (PP), aki ajak mama pegi dulu coz dia kata lorong masuk rmh pengantin sempit. Mama ckp tunggulah org lain dulu coz mama x kenal rmh PP. Aki royat dia kenal, so mama drive jerlah, maklum mama jd driver kali nie. Akhirnya, kami mkn buah langsat 2 kali. Kat jln beso sesat sekali, bila dah jupe lorong, sesat gak walaupun time tu dah follow salah satu kete rommbongan PP. Kete tu masuk kanan, tp aki suruh masuk kiri. Serba salah nak ikut mana. Nampak kat belakang kete ummi, so bila kitaorg salah masuk lorong, dia call " weh, salah lorong tu, pusing balik, x dok rmh org lorong tu...". Haha...Dahlah lorong sempit, kanan sungai, kiri penuh dgn kebun getah...huhu. Nak pusing balik, kena pusing kat kebun getah. Konon nak sampai awal drpd org lain, akhirnya sampai paling akhir. Chek siap bising2 dlm kete nak maroh kat Aki...huhu.Sabo jealah...




Antara lauk yg dihidangkan. Sungguh menepati selera. Gulai daging, ayam masak merah, kerabu taugeh, masak lemak jambu golok dan yg pasti IKAN SINGGANG. x lupa, sambal belacan, budu & tempoyak serta ulam-ulaman.


Pencuci mulut yg jarang ada kat kenduri kahwin lain, rojak buah & pengat pisang yg bes sgt2, X  sempat shoot coz terlalu menghayati makanan...


Nie pinggan mama, dlm tu ada budu & tempoyak...Kitaorang makan dulu sebelum pengantin lelaki sampai coz diaorang tukar baju kat masjid, lagipun enor dah bising cakap lapo...



Tahniah Azwan & wife. Moga bahagia hingga anak cucu...

Aki sempat jengok kat dlm rumah, nak jengok cucu sedara dia naik pelamin...

Bersama kumpulan marhaban...

No comments:

Post a Comment