Tuesday, 17 April 2012

Kenangan Sek. Men. Agama

Tak sangka bila mama audit kat sekolah, mama boleh jumpe cikgu-cikgu mama yang pernah mama timba ilmu dengan mereka. Mama dulukan Sek. Men. Agama, so bila audit sek agama ada chancelah mama jumpe mereka. Dan macam biasa, cikgu tak cam mama, maklum dah lebih 10 tahun mama meninggalkan sek.men. tambahan pula mama bukan kategori pelajar cemerlang...just suam-suam kuku jer..hehe.

Setakat nie mama jumpe Ustazah Anisah Abdul Mubin di SMA Tok Jiring - dah menjawat jawatan PK HEM. Dan yang terbaru mama terodit bekas guru sains mama masa mama belajar di SMA(A)SZA. Cikgu Ismail dah jadi Pengetua di SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (sekolah utk pelajar lelaki jer). Tahniah cikgu dah pegang jawatan Pengetua. Dan cikgu Ismail masih lagi melawak macam dulu. Bila tengok Cikgu Ismail nie tiba-tiba mama teringat fren mama, Najmiah Omar. Kat manalah dia sekarang...Dia dulu pung asal SMAASZA. Masa mama belajar kat SMA Maarif, Besut memang dlm kelas duk semeja dengan Najmiah. Dengo cite dia sambung belajar Mesir. Doa mama agar mama diketemukan dengan dia. 


Cikgu Ismail tu yang berambut putih...smart lagi cikgu mama nie...thanks teacher...

Dan mama juga sempat pegi odit sek kesayangan mama SMAASZA. Teringat kenangan masa form 1 - 3 kat sini. Sungguh berbeza sekarang sekolah mama nie. Tak jumpe lak cikgu lama tapi Pengetua sekarang Cikgu Hashim Embong, memang cikgu nie mengajar kat SMAASZA masa dulu. Adik ipar dia (upper 6) pernah menjadi kawan baik sepupu mama. Cikgu Hashim nie memang awet muda, x berubah wajah dia. Seingat mama, wife dia cute sgt, sama mcm adik ipar cikgu yang diminati ramai. 


Sekolah mama yang pernah mama menimba ilmu...

 Blok semasa Form 1 - level 1

 Blok Upper Six kat sebelah blok kelas mama. 
Masa tu K.Long Mak Su (sepupu mama) belajar kat sini, dia berulang...mama duk hostel...

 Blok upper six - bangunan lama still tersegam indah...


Sempat posing diri-sendiri untuk dijadikan kenangan...

Nie blok kelas mama masa Form 2-3. Kelas hujung sekali.

Tak banyak mana perubahan blok bangunan coz ianya still terpelihara.Cuma penambahan blok pentadbiran dan keceriaan kawasan. Kenangan yang tak mudah untuk dilupakan. Terima kasih cikgu...







1 comment:

  1. mesti terkenang kisah lama bila melawat skolah dulu2 ;)

    ReplyDelete