Mama suka buat plan last minute. Minggu lepas tergerak jer hati nie nak buat bacaan yassin & tahlil anak beranak di rumah kita. Kebiasaannya kita buat kat kg abah - Pulau Manis. Gilir-gilir rumah acik atau rumah cik long. So, why not kali nie kita buat kat rumah kita sendiri. Bukan apa...hari kamis mama kerja tp kul 3.30pm dah kuar opis. So mama suruh acik buat mee soto. Dia mmg xpert bab2 mee soto nie. Hari rabu kita pakat gie beli barang-barang yang diperlukan.Kebetulan rabu tu cuti hari pertabalan Agong. Jemput chek, aki, acu & mi pun last minute. Bukan ape...takut plan x jadi. Asalnya mama naklah buat kek trifle tp kat kedai manir x ada lak kek shifon. Ganti kek lain x best so kul 10 mlm baru call tok ma duk sebelah rumah mintak tolong buat agar2. Nasib tok ma setuju. Terima kasih buat acik & tok ma tolong sediakan makanan buat tetamu.
Alhamdulillah boleh dikatakan semua yang dijemput hadir kecuali ayah ngah badrul sekeluarga (balik keje lewat kot - maklum bizman) dan F.I.L coz dia kurang sihat. Ayah Su dilantik sebagai imam solat & bacaan yasin & tahlil. Rasa seronok coz dapat kumpul ramai-ramai sambil baca yasin anak beranak. Moga pahala bacaan tersebut sampai kepada insan-insan yang kami sayangi yang terlebih dahulu meninggalkan kami - mak mertua tersayang, nenek & tok ki tercinta dan sedara mara yang dikasihi...
Gambar-gambar di bawah adalah hasil sentuhan Enor...bila ditengok balik, gambar ayah su aka tok imam xdok lak...ish3...Dan acara ini berlangsung malam...bukan petang seperti tertera digambar...timing kamera lari... x sempat nak kejor...sori...
Kanak-kanak pung memeriahkan bacaan yasin. Walau x pandai baca lagi...
at least diasuh pegang surah Yasin daripada kecil...
Budak kecik pakai jubah putih tu anak kepada imam malam tu.
Rupanya dia yang kacau Enor nak ambik .gambar ayah su aka imam...
Sedang menghayati azan yang dilaungkan oleh ayah long nazlie...
Sesi makan-makan selepas semuanya selesai dengan sempurna. Hidangan malam tu x sempat di shoot coz tuan rumah sibuk al-maklum first time handle acara nie.Insyaallah lain kali kita buat lagi...
Gambo-gambo di bawah adalah kenangan masa baca yassin rumah ayah chik (adik abah) kat pulau manis...
No comments:
Post a Comment