Tuesday 27 December 2011

Jodoh Mama



Di awal blog nie mama ingin bercerita bagaimana mama bertemu jodoh dengan abah. Pertemuan kami berlaku secara incident di dalam bas (bas henti2) semasa mama pulang ke kampung. Masa tu mama bersekolah di asrama SMA Maarif Besut. Apabila sampai destinasi mama, abah sempat menghulur kad (alah kad yg ada gambo kartun2 yg biasa bdk2 sek buat tu). Di atas kebaikan abah semasa incident dlm bas tu...mama menghantar secebis surat tanda terima kasih kepada abah. Dan akhirnya abah menjadi abang angkat mama (lagi pung mama x ada abg, just ada kakak je sorang).

Dari abang angkat terus jadi terangkat menjadi isteri beliau sekarang. Apa incident dalam bas tu???? Hanya orang tertentu je yg tahu & jika anak2 mama ingin benar nak tahu...tanyalah sendiri abah kamu...kui3. Betullah...lelaki yg baik adalah utk prmn yg baik dan begitulah sebaliknya...Kami kategori apa???sedang2 je..baik pun x, jahat sgt pung x masa tu...

Suami Tersayang


Mama mmg berharap abah akan menjadi pembimbing mama dan alhamdulillah sekarang mmg byk perubahan diri mama ke arah kebaikan. Keluarga mama sendiri mengakui perubahan mama, sehinggakan chek (mok mama) pernah tegur mama - laki kau x bagi pakai seluar longgar2 ke? asyik pakai baju kurung jer...kih3. Padahal masa aku remaja aku dah puas pakai jean2 & t-shirt dan pada waktu tu chek tegur mama - ra (panggilan manja mama) mu x malu ke pakai gitu...mok kang ustazah...(aik...)

Mama Yang Sopan...kui3

Mok patut berterima kasih kepada menantu (yg dia x brp sayang tu...hehe) kerana mengubah anak ustazah nie...Apa2 pung, yang baik kite jadi teladan...yg buruk jd sempadan. Panjang lak celoteh mama kali ini.

2 comments:

  1. lucu lak baca sejarah percintaan akk ni..ada pulak kad diri tu..(abe akk)...akk lak terus bagi surat cinta tu..huhu...semoga bahagia hingga ke akhir hayat...amin...

    ReplyDelete
  2. itulah realitinya jodoh kami...Insyaallah moga berbahagia hendaknya.

    ReplyDelete