Wednesday 14 May 2014

Pantau Prestasi Anak2 Secara Online

Mama baru jer berkesempatan buka online sekolah anak2 mama. Biasa abah yang online untuk tengok prestasi anak2nya. Tapi kali nie mama bukak kat opis nk tgk secara lebih dekat lagi. Lagipun pagi2 td sebelum mama kuar g keje, along call bg tau ada 2 exam paper hari nie. Memang tabiat along, tiap kali ada paper, dia akan call n suruh mama n abah doakan. Mama n abah memang selalu mendoakan agar Allah lapangkan dada anak2 mama dalam menghadapi peperiksaan n hafazan. 

Jom kita silau2...ini juga sebagai peringatan buat anak2 mama...


Yuran - alhamdulillah setakat nie x tertunggak lagi yuran pembelanjaran anak2 mama. Mmg rezki anak2 hanya Allah yang tahu. Nampak macam besar jer yuran RM200 seorang...tapi bila niat kite ikhlas n menjaga amanah yang telah Allah berikan, pasti Allah mudahkan. Mama x nafikan adanya kos melepas yang mama tanggung demi anak2 mama. No reward untuk diri mama sendiri tapi semuanya sekarang fikir tentang anak2 mama. 

Peperiksaan - alhamdulillah result along masih stabil walau tidak cemerlang. Masih dalam kategori yang boleh diterima oleh mama n abah. Namun doa mama along dapat menaikkan prestasi coz along sekarang dlm 4 thanawi, kena lebih tekun sayang...


Kehadiran - along memang banyak mc/cuti sakit tahun nie. Mama agak bimbang dengan kesihatan along sejak awal tahun lagi. Selalu mengadu sakit perut n period selalu sapa ke istihadoh. Mama nak bawa along ke hospital namun ditolak oleh along. Mama doakan agar Allah menjauhkan penyakit merbahaya daripada anak mama sorang nie.

Alquran hafazan - alhamdulillah walau x capai target ustaz, namun mama bersyukur along mampu melakukan ini semua. Mama tahu bukan mudah untuk along lakukan semua nie. Mana nak hafaz, mana nak belajo akademik yang subjek sampai berbelas2...Mama doakan along teruskan usaha along itu...

   Juzuk2 yang telah along hafaz...Ya Allah lapangkan dada dan permudahkan hafazan anakku Nor Athirah Azira...

Next anak kedua mama - Arif Zahiruddin


Yuran sama macam along, mmg sekali harung kalu bayo yuran, itu baru adil. Kalu bahagian mama dah ada, bagi kat along suruh warden simpan n tgu bahagian abah lak, bila dah cukup semua duit tu baru hah along akan bayarkan sekali untuk adik2...Pembayaran yuran adalah separuh abah n separuh mama, itu adalah kata sepakat mama n abah. 

Peperiksaan - kelihatan graf angah menurun. Mama x pasti nape ini boleh terjadi. Samada angah ada masalah di sekolah atau asrama. Mungkin penambahan pembelajaran yang banyak di sekolah. Apa2 pung mama harap angah dapat menaikkan kembali graf pencapaian angah. Mama tahu angah boleh...


Kehadiran - memang x pernah ponteng kelas cuma hari minggu selalu nak balik n ponteng kelas hafazan. Itu adalah tidak boleh sama sekali...Dalam hal nie mama sangat tegas coz kalu angah balik, mmg angah x bukak pun Al-quran utk hafazan, hadap ke FB & games bola manjang. So ikut peraturan, sebulan sekali jer blh pulang ke rumah...

Hafazan - alhamdulillah memuaskan bagi angah yang baru masuk tahfiz 2. 

Carta hafazan seperti dibawah :

Ya Allah lapangkan dada dan permudahkan hafazan anakku Arif Zahiruddin...


Anak ketiga mama - Aiman Zikry Tahfiz 1

Sebagaimana taklimat yang diberi oleh ustaz semasa pendaftaran diawal tahun, tahfiz 1 tahun 2014 telah ditukar skima pembelajaran. Diaorang lebih memberi tumpuan kepada hafazan semata2 & akademik hanya subjek tertentu. Target ustaz bagi tahfiz 1 adalah 10 juzuk hafal hingga akhir tahun. Bulan Mei, along & angah exam tp Aiman x perlu hadapi itu semua. Itu sebab tiada carta pada exam Aiman.  


Masih tiada tanda ijau. Namun diberitahu Aiman dah masuk juzuk 1. Pelajar tahun 1 dimulai hafazan dengan juz amma (surah2 pendek/muqaddam), kemudian surah2 pilihan seperti Yasin & Al-Mulk. Perlu dapat kepastian daripada Aiman nape tiada tanda ijau nie.....

Apa2 pun mama harap Aiman dapat capai target sebagaimana ustaz tetapkan. 

Ya Allah lapangkan dada dan permudahkan hafazan anakku Aiman Zikry...


Ya Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman yang tak terhingga yang telah Engkau bagi pinjamkan kepada kami. Kami berjanji akan menjaga amanahMu ini Ya Allah...Kami yakin atas apa yang telah kami usahakan ini. Kami yakin JANJI ALLAH ITU PASTI.








No comments:

Post a Comment