Alhamdulillah tahun 2013 byk memberi pengalaman manis dlm hidup ini. Tidak lupa juga kenangan pahit, masam & masin yg diterima dgn redho & dijadikan iktibar n pengalaman.
Moga di tahun 2014 kita sekeluarga dirahmati dan diberkati olehNYA selalu. Dan anak2 semakin meningkat dewasa & 3 drpd ank2 mama akan tinggal di asrama. Moga kalian lebih disiplin & lbh menumpukan pembelajaran duniawi n akhirat. Sebagai mama, akan sedaya upaya menjaga & menunaikan amanah yg telah Allah berikan ini.
Tahun 2014 mungkin lebih memberi ruang & peluang agar mama, abah & adik dapat menghadiri majlis ilmu dgn lbh kerap lagi di masjid2 & surau yang berdekatan. Mama ingin upgrade diri mama sebagaimana mama ingin anak2 mama utk mengupgrade diri di Mahaad Darul Quran.
Bermula dgn hanya bermotosikal diawal perkahwinan, diikuti dgn kancil selepas mendapat along & seterusnya mempunyai kenderaan yang lebih selesa daripada kancil, x mungkin dgn kemudahan yang telah dikurniakan oleh Allah itu tidak dapat menggerakkan kaki ini untuk mencari rezki buat keluarga seterusnya tidak lupa untuk ke majlis ilmu.
Tidak dilupakan juga, rezki yang kita dapat sebahagian adalah milik orang...so rajin2lah bersedekah...Semoga kita sekeluarga diberikan kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezki & dirahmatiNYA.
Semakin kita kejar duniawi, semakin kita meninggal akhirat, namun...
Dunia adalah JAMBATAN ke Akhirat...
No comments:
Post a Comment