Wednesday 13 February 2013

Asrama Darul Quran, Marang Terbakar


Semua kejadian yang dijadikan oleh Allah terhadap sesuatu itu ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui kerna KUNFAKUN.

Kejadian berlaku pada tarikh 05.02.2013 pukul 10.40 pagi ketika pelajar-pelajar sibuk di dalam kelas. Salah sebuah Blok Asrama Banin Darul Quran Rusila, Marang telah terbakar. Kebakaran awal disedari oleh salah seorang daripada ustaz disitu yang mungkin berpunca dari pada lintar pintas.

Mama mengetahui kejadian tersebut setelah abah menghantar gambar2 kebakaran melalui wechat(opis mama whatsapp blocked) dalam pukul 11.30 pg di mana gambar2 tersebut dengan pantas telah tersebar  melalui whatsapp.

Hati seorang mama mula resah kerna angah arif juga merupakan salah seorang pelajar di situ, daripada gambar yg tersebar mama pasti itu bukan blok asrama angah arif coz blok angah 2 tingkat, tingkat atas kayu n bawah batu. Angah arif duk tingkat bawah...Blok asrama angah paling hampir dengan Masjid Rusila.


Antara gambar yang tersebar melalui whatsapp

MasyaAllah....Gambo dr whatsapp...kelihatan pelajar hanya mampu melihat dari jauh kebakaran tersebut. 



Gambo dari whatsapp


Dalam hati mama berdebar2 dan sedang plan dgn abah untuk pegi ke tempat kejadian, anak mama telah menghubungi mama untuk memberitahu keadaan sebenar dan menyatakan semua pelajar selamat. Alhamdulillah...Dapat berborak kejap saja dgn angah coz ramai lg yg beratur untuk hubungi keluarga bg memaklumkan kejadian tersebut.

Pukul 12.45 mama bersama abah telah ke tempat kejadian bg menenangkan anak2 mama (along asrama banat) dan melihat sendiri kesan kebakaran tersebut. Dalam perjalanan kami ke sana, abah telah mendapat sms daripada madrasah bg memberitahu kejadian tersebut dan arahan bawa pulang anak masing2 selepas solat zohor. 


Photo oleh mama. Kelihatan di belakang sana ada tiang2 baru yg terpacak. Itu adalah bangunan asrama banin yg dlm perancangan. Bangunan tersebut adalah hasil kutipan 100% derma dari orang ramai dan dermawan lain yg perihatin.

Kesan kebakaran. Bersebelahan bangunan tersebut merupakan nursery bg anak2 pengajar di situ. Mama diberitahu nursery tersebut hampir2 terbakar dan sekumpulan banat telah menyelamat dgn segera kanak2 di dalamnya yg terdiri drp lebih 20 orang. Kanak2 tersebut pada ketika itu ada yang sedang tido dan ada yg terpinga2 melihat api besar berhampiran mereka. 

Alhamdulillah kebakaran tersebut tidak melibatkan blok asrama bersebelahan....

Kelihatan wartawan Sinar Harian sedang menemubual Ustaz dan pelajar...Dua beranak pun ada kat situ, abah baju hitam dan angah baju purple kopiah putih...(sebelah bangunan terbakar tu)


Ahli bomba masih membuat siasatan...


Secara dekat..

Sayu bila mama dengo cite ada sorang pelajar Tahfiz mengalunkan suara azan ketika api sedang marak...Dan ada pelajar yang menangis kerna tidak dapat menyelamatkan kitab2 yg terdapat dlm asrama tersebut. Seramai 80 pelajar tinggal sehelai sepinggang - yg tinggal hanya kitab yg dibawa belajar ketika itu dan jubah yang dipakai. Hanya mampu bersabar kerna Allah menduga seseorang yang bagiNYA ianya boleh menghadapi dugaan itu...

Keesokan hari kejadian tersebut ada dilaporkan dalam harian Metro dan berita TV Alhijrah ada menyiarkan kejadian tersebut.

Harian metro - 6.02.2013




Dari maklumat yang diterima, ramai dermawan yang ingin menghulur bantuan dan memohon pihak madrasah memberi nombor akaun bagi tujuan tersebut. Derma kilat telah dilancarkan dan ramai dermawan telah menghulur bantuan bagi meringankan beban pelajar yg terlibat.

Salah seorang yang terlibat adalah anak kepada Cikgu adik - anak Cikgu Nor iaitu Said. Sayu mama melihat wajahnya ketika kejadian namun, anak2 ini telah diajar menerima Qada' dan Qadar . Disebalik kesayuan wajah tersebut ada cahaya di mata mereka...Allah maha mengetahui segalanya dan hanya padaNya kita meminta tolong. 








1 comment: