Sunday 2 December 2012

Temuduga Aliran Tahfiz


Setelah result UPSRI keluar & mendapat result yg agak baik, angah perlu menghadiri satu ujian bertulis & ujian hafazan bagi mengetahui layak @ tidak memasuki aliran Tahfiz sebagaimana Along Athirah sekarang.
So pada hari Sabtu 24.11.2012 kami sekeluarga telah menemani angah ke sana. Sebelum ke sana kita sempat singgah menziarahi Arwah isteri kepada Pokcik van yang meninggal kerna lelah. Al-fatihah.
Sampai di sana terus serah borang yang telah diambil & diisi awal oleh abah. Terus masuk bagi ujian bertulis.
Ujian nie terbuka dari pagi sampai ke petang, so kita sampai lewat, ramai pelajar lain dah sudah ujian bertulis...

Antara ibu-ibu yang setia menemani anak2 mereka. Semua nie adalah ibu kepada pelajar Madrasah Darul Ihsan. Tepi mama yg jilbab pink tu Maisarah - best student sekolah angah, mak dia yg tudung oren tepi mam. Maisarah dah siap ujian bertulis & hafazan...Kat depan tu yg ada budak lelaki atas riba, ibu kepada Aisyah, kwn angah gak, dia dpt 10A. Ibu dia sedang nunggu anak dia sedang hafazan. Makcik yg tudung hitam tu pung mak kwn angah gak, lupa dah nama anak dia...

Puas menunggu angah menjalani ujian, adik & aiman duk jengok abang2 main Futsal...

Aish...adik depan2 orang pung dia buat hal...x senonoh nak buat xtvt depan org ramai...


Angah tekun menjawab soalan objektif...merangkumi semua soalan, Maths, BM, BI, jawi dan skit isu semasa...


Selepas ujian bertulis, angah dikuarantin selama lebih kurang 20 minit bagi menghafal surah yg ditetapkan. Angah kena surah Al-Imran.

Lepas hampir sejam barulah angah selesai & bila kuar, muka mcm kecewa coz time hafazan tu angah dpt ingat dlm 4 baris jer...huhu. X apelah, ada rezki adalah, kalu x ada nak buat camna, angah dah cuba. Lagipun tahun nie adalah lebih sengit coz ramai yg datang utk temuduga aliran tahfiz. So terpaksa ustaz tapis yg betul2 layak bg memudahkan pengajaran & pembelajaran. 

InShaAllah...


1 comment:

  1. InsyaAllah..ada rezeki angah nanti menjadi alhafiz..tahniah angah!!!

    ReplyDelete