Tuesday 30 October 2012

Aidil Adha Yang Sederhana

Alhamdulillah, sempat solat sunat aidil adha. Surau tidak penuh sebagaimana sembahyang raya aidul fitri. Mendengar khutbah yang banyak memberi kesedaran diri. Walaupun khutbah mengambil masa yang agak panjang tp byk memberi makna.
Gambar dalam surau x ada coz mama & adik duk saf depan bg memenuhi ruang yang ada coz  hanya dalam beberapa saf saje yg penuh. Segan lak mama nak kuar kamera, kalu duk saf belakang boleh tahan skit.

Perkarangan surau...Solat sunat Aidil adha bermula pukul 8.05 a.m dan selesai dlm kul 9.15 a.m

Kelihatan dua beradik berbaju hijau riang-ria baru sudah solat...

Pastinya parking kete tempat redup...bawah pokok rambutan...

Adik pun ikut solat sebelah mama, lepas jer bagi salam, terus hilang pergi berborak dgn kawan dia kat belakang...x apelah daripada dia meracau bosan nak balik...

Kelihatan angah Arif tempat seat belakang...Nie adik snap...

Mama & adik...

Awat mata adik lagu tu???

Lagu tu lak mata dia...

Aiman yg selalu byk songeh...

Abah busi memanjang dgn hp baru...nak nunjuk hah tu...huhu

Seperti biasa, berkunjung ke rumah Cik Long first...

Sekuntum bunga kembang mekar di halaman rumah Cik Long... Dalam rumah ada empat kuntum yang mekar jua...hehe

Adik nak posing dgn bunga Cik Long...

Nie gambo kami berempat...kenapa x berenam???Angah dah hilang entah ke mana, along memang x ikut solat sunat coz dia peot...

Aik...rupanya anak teruna mama sorang nie gie cari makanan favrite dia kat rumah acik...mee soto. Rumah Cik Long buat nasi kapit....

Eno pung suka mee soto...

Tgk angah, bersemangat makan mee soto sampai habis terselak seluar...haishhh...

Lepas kenyang...main colouring lak...

Lepas lepak & makan2 rumah acik, gie lepak lak semula rumah Cik Long coz keluarga ayah su baru sampai...comei budak Sofea nie...sama dgn baju ummi dia...sweet...

Beso rantai mutiara tu....

Lepas lepaking, terus ajak abah ke rumah mak bonda lak...
Bersama anak buah - Raid...satu2nya hero alang. Cute, siap pakai jubah gitu...

Aiman duk sibuk main anak patung asya...patung tu siap ada muzik lagi...ralit jer dengo...

Nie lagi mainan anak2 alang...

Bonda sedia laksa terengganu, laksa penang dan tok ma ada anto ketupat bersama rendang ayam...x ada gambo coz sibuk melahap jer.
Oleh kerana bonda buat sembelihan korban hari raya pertama yang jatuh pada hari Jumaat, after ambil daging kat tempat sembelihan, hero2 pergi sembahyang jumaat dulu. Lepas tu baru kerja2 katok2 tulang & pembahagian daging kepada penduduk berdekatan. Tiada gambo xtvt memotong daging coz kamera tertinggal dlm kete.

Seperti biasa, Cik akan bagi kaki2 lembu seberapa byk yg dia boleh kat abah utk dijadikan rojak kateh. Memang tugas abah setiap kali raya korban.

Ketika n3 nie ditulis, rojak kateh tersebut selamat dibahagi kepada adik2 yang balik ke K.L. Dapatlah skit sorang, Cik yang buat kuah cuka tu...Abah telah menghabiskan masa dari petang sampai ke malam bagi menyelesaikan kaki & kateh2 nie. Ambil masa lama tau nak buatnya, kaki perlu dibakar terlebih dahulu, kemudian ditakir menjadi kecil2 kemudian direbus...

Hoorey...dapat ekor lembu. Buat sup pung sedap nie. Masih dalam peti ais ketika n3 nie ditulis coz plan nak buat sup time nak gie K.L kamis nie...nak makan ramai2 dgn anak2 buah di sana.Tunggu....insyaallah.

No comments:

Post a Comment