Saturday 1 September 2012

Raya Ke-5

Hari raya ke-5 dapat kunjungan dari Amirul sekeluarga kwn angah arif. Actually dia nak mai mlm td tp kita masih sibuk beraya rumah Cik Yatt di Tanggol, so x sempatlah nak balik. Angah ajak mari arini, so dah tahu kwn nak mari, mama gorenglah mee hoon sebungkus. Ingat nak breakfast sekali dgn diaorg tapi diaorg lewat sapa, kami sekeluarga mkn dulu, almaklum perut dah berbunyi....

Keluarga Amirul menjamu mee hoon yg x seberapa...Enor pung rai sama, padahal dah 2 pinggan dia mkn td...

Sibuk berFB...


Masing-masing duk hadap laptop, duk tgk FB abg Amirul hok baju kaler oren tu, kalu x silap nama Zamizan. Actually dia OKU, bisu & pekak tp handsome bdknya. Walaupun OKU, mak dia x sia2kan dia coz bdk nie belajo kat Vokasional Shah Alam...Atleast nnt x bergantung dgn org lain coz dah ada kemahiran sendiri. Dia siap buka FB dia tunjuk dia gie stadium tgk perlawan Chelsea & juga Manchester. Siap tunjuk awek dia Chinese, segolongan dgnnya gak...

Tidak berapa lama selepas kwn angah balik, mama dpt kunjungan daripada kwn lama mama - mama panggil Atie penyu. Satu ITM di Segamat dulu. Just duk Kubang Jela rmh ayahnya tp dia ngajo kat Penang. Ada rezki dia & 2 anaknya mkn skit lg mee hoon sampai perabis.

Nie hubby Atie, dia siap bw kuar laptop nak tunjuk pelaburan emas yg telah dia buat. Nie bukan emas fizikal tp mcm saham gitu...

Nie pampletnya. Mama x minat jenis saham2 nie. Perlu hadap sokmo graf carta2. Iskk bukan keje mama...High risk, high return...x berani...

Nie Atie..slim meling walau dah ada anak dara...

Lepas balik jer Atie, sampai lak sepupu2 mama (anak Pok Usop) bersama 3 buah MPV. Fuh penuh satu rumah. Tahun nie mmg rumah dikunjungi ramai sanak sedara & kwn2. X mcm tahun sudah2, rumah kita sunyi sepi. May be kerana abah dah masuk keje...so kita x kuar mana time pg sampai tghari so ada peluang rakan taulan menziarahi teratak kita. x ape, tetamu tu pembawa rezki sebenarnya...

Oleh kerana mereka call last minute nak mari rumah, x sempat mama nak buat apa, just angkat air & biskut raya. Nasib abah balik & kedai kat pasar dah beroperasi so beli kepok lekor & pulut panggang. Sekelip mata kanak2 & mak bapak kanak2 menghabiskannya. Almaklum mereka semua nie duk & keje di oversea (K.L haha). Sampai berebut budak2 nak mkn kepok lekor...seronok lak tgk...

Nielah Pok Usop pok sedara mama. Perhati jer cucu2nya berebut kepok lekor. Kita dah gie beraya rumahnya raya ke 4 tp x sempat bergambar. Muka mcm aki, Aki Usop suka nyandar dinding, kalu aki lak nyandar kat tiang hok ada sebatang kat ruang tamu tu...hehe, dua beradik yg lebih kurang peel..

Kelihatan baju belang - Mahathir (anak pok usop) & sebelah wifenya. Yg baju biru tu hubby K.Da duk Kuantan...

Aki  Usop just perhati jer cucu2nya berebut...Aiman duk sibuk dgn games bola...

Masih menghadap...kepok lekor & pulut panggang...

Kelihatan 2 MPV hitam & biru, hok putih tu x termasuk MPV heh...Kebetulan kancil rosak, so abah tolak letak kat situ & ambil kete mama masuk forest..huhu ohh tidak kete ku...


Petang lak, time kita beraya. Dah janji den Nik Na nak gie rumah dia. Janji nak gie kul 11.00a.m tp dah mungkir janji coz kete mama dibawa abah masuk opis. iskkk...
Adik ngantok coz dari pagi sampai tghari duk layan tetamu...so landing jer rmh Nik Na...

Kan mama dah kata, kalu rmh kwn mama, Aiman dok mkn saman...siap main bola lg dlm rmh..

Tgu Ina sampai baru kita mula menjamu selera...

Nasi kunyit berlauk rendang ayam, ikan tonggol susah nak cari raya2 nie, kata Nik Na..apa2 pung still sedap & menyelerakan. Mama makan nasi kunyit dulu..and then sambung makan...

Mee hoon soto. Kan mama dah kata Nik Na nie pandai masak. Bkn saje pandai tp rajin main masak-masak. Kalu mai beraya rmh dia mmg dia sedia makanan berat. TQ Nik Na. Abah mmg suka kalu makan2 camnie...

Berselera mama makan. Oh ya, nak bagitau baju raya mama just dua pasang, so terpaksalah beraya pakai baju lama, nasib ada yg sedondon dgn adik. X apelah baju raya x byk pasang pung, tp raya tetap raya...huhu























No comments:

Post a Comment