Wednesday, 21 August 2013

Raya Ketiga Penuh Bermakna...


Raya ketiga x plan pegi mana2 kerna abah terpaksa menolong kenduri kahwin adik kpd YB Manir. Almaklum abah org kuat...haha. Lagipun uda sekeluarga baru sampai, so plan landing kat rumamh jelah. Kita tunggu org beraya dumoh lak. Sedang asyik landing ngan anak2 tiba2 atehma call ajak raya sama2 kat rumeh sedara mara sebelah aki kat Seberang Takir. Diaorg semua dah otw (dah otw baru nak call...aiskkk atehma ni...hihi). Mama jadi serba salah coz uda kan ada kat rumah, xkan nk tgl dia sekeluarga gitu jer, lgpun diaorg baru sampai awal pg td. Actually uda ada kes ngan family lain, that's why dia menumpang diteratak kite. Hal family yg x sudah. Bg diri mama, selagi mama mampu, mama xkan tolak adik beradik. Seburuk mana pun dipandangan mereka, uda masih tetap darah daging mama. 

Mama dah puas berdoa agar terbuka semua pintu hati terutama mak & pok agar menerima family uda yg baru seadaanya. Jodoh pertemuan & ajal maut ditangan tuhan. Kita sebagai insan biasa harus redho atas apa yg telah ditetapkan olehNYA.

Back to topic nk g jln2. So beritahu atehma yg uda dah sampai & angah x ada kete nak kuar melainkan angah follow uda sekali. So atehma sebagai org tengah telah menyampaikan hajat tersebut kpd pok yg kebetulan satu kete ngan atehma. Atehma ni mcm org tgh hah...hahaha. LAma gak nk tgu jawapan pok agar mama blh pergi beraya sekali ngan uda. Alhamdulillah dpt dengo ngan jelas yg pok suruh ajak uda & family sekali. Wah...hati mama agak ceria sekali. At least nmpk jalan & ruang utk merapatkan yg telah terjurang agak lama....

Dgn segera ketuk pintu bilik uda agar segera bersiap & mama menyampaikan berita gembira tu. Nampak keceriaan diwajah adik mama tu yg selama nie dah berusaha ngan mcm cara agar mok & pok dapat menerimanya seperti sediakala.


Mama bersama bb Damia (anak angkat Uda)...sebelum pegi beraya...

Kami dah bersiap nak beraya. Mama, bb Damia, Sarah (anak tiri uda) dan adik...

Kerana diberitahu agak lewat, kami x sempat beraya di 2 buah sedara di Seberang Takir coz x sabar nak bg jumpa uda sefamily ngan pok & mok. So kami terus ke rumah diaorg lepak sekarang...

Di rumah nielah (rumah Pok Teh Hashim - abg aki) yg menemukan mereka. Suasana sunyi seketika tatkala Mimi (wife uda) bersalaman & bermaafan ngan mok & pok. x sempat nak ambil gambo time tu coz terkedu seketika. Adik ipar mama - ateh ma & mak alang menitis airmata melihat situasi tersebut. Airmata kegembiraan setelah sekian lama masing2 mencuba utk merapatkan Mimie & mok. Alhamdulillah segalanya ceria setelah sekian lama menanti saat ini.

Cuma along yang tiada ketika nie dan abah yg x dpt menyaksikan situasi yg penuh syahdu itu. Adik beradik dan ipar yg lain semua ada.

Selepas berborak agak lama, melangkah lak rumah sedara pok yg terletak berdekatan, just jalan kaki.


Puteri2 alang...ateh ma & bibik alang.
Bibik alang nie bagus, rajin & pandai masak. Dia pun ramah, kami dah rapat sgt ngan bibik nie...

Acu & mok ucu, kelihatan kanak2 kecil bergelimpangan tido...keletihan beraya. Raid (anak alang), Iqlima (anak mok ucu) dan sorang lg tu x tahu anak sapa (anak tetamu yg beraya kot).

Sarah & adik. Sarah terpaksa pinjam tudung adik coz x bawa tudung nk matching ngan baju tu. Alahai, tudung tu pun Cik Mimie yg belikan untuk adik time balik pose aritu...

Bb Damia isi minyak. Botol susu bb adalah material kaca..mmg class gitu. Tgn x lepas ngan duit raya...Harapan daddy jd akauntan beso nanti...nak handle biz daddy pun senang...haha

Ini dua org budak asyik main jer...x ingat nak mkn minum...

Acu melayan kerenah anak2 buah...

Mok & alang...mok nampak lebih ceria setelah sekian lama memendam rasa ngan anak dia yg sorang tu - Uda. Mok mana x sayang anak tp ada ketika hati rasa terguris ngan anak, namun gurisan tersebut usah dipendam lama2. Hanya dgn kemaafan hati akan menjadi lebih tenang. Moga menjadi pengalaman kepada mama pada masa akan datang.

Syafaah bersama Hilux yg dibawa oleh papanya aka atehmi...

Bb Damia sentiasa ceria...amat mudah menjaganya. x merengek walau apa keadaan sekalipun. Sayang mia...muahhhh

Time nie berkonvoi menuju ke Rusila, Marang. Open house sepupu mama K.Tie abg Zaid. Sayang, sekeping gambo pun x terambil padahal rumah dia tepi laut, tepi Restoran Lempeng. Ini adalah kerna Adik telah meragam mengantuk nak tido, mama pun x sempat nak menjamu selera. Habis adik bergolek2 atas lantai. Hilang sekejap kesabaranku ini.

Mama pun ajak dia masuk rumah, mama nak solat zohor, tumpang bilik Nani, iskkk tiba2 adik nak mandi lak coz bilik air nani comel ngat & beso...so bg adik mandi sambil mama solat. Barulah adik ok.
Seterusnya open house rumah sepupu mama di Padang Midin - Adik Aini, makan laksa, tp kuah putih dah habis, so jamah kuah merah sambil suap kat adik coz dia lapo x sempat nak mkn td.(yealah asyik mengamok jer...). Kat sini pun x ambik gambo...sayang lak x ada kenangan...

Seterusnya ke kenduri adik YB Manir coz abah dah call byk kali suruh pergi makan gulai. So ajak uda & family sekali g kenduri. Nasib ada lauk yg baru masak..panas2...Time nie dah separate ngan group lain coz diaorg gie beraya rumah family kpd mok ucu di Pengadang Baru...

Selepas tu uda tglkan kami di situ coz mama nak g mkn gulai rumah sedara abah lak kat Pulau Manis. Sarah follow kitaorg coz dia nak beraya jugak...

Bersama pengantin baru - Nurul aka anak sepupu abah...
Dah petang masa nie, mama x makan pun coz semua dah kemas, lgpun mama dah kenyang, just pegi temu mata org tua kata...

Kami bertiga...

Hantaran tema oren...


Pengantin bersama kanak2...

Selepas tu janji ngan Cik Long & Che Su ke Pusu 3, rumah Mok E.T aka sepupu abah. Sebab abah just bawa si kancil, abah mtk izin nak bawa kete ayah su - Myvi. Ayah su naik kete ngan Herry, Cik Long dah pergi dulu...

Abah berlagak boleh bawa myvi...belum bawa BMW lagi...Adik tiba2 suruh beli kete baru...haiskkk

Kami...

Kami...
Tiap2 tahun mari raya rumah mok et tapi x pernah bergambo ngan tuan rumah...almaklum tuan rumah sibuk...Mok et nie kiut orgnya, tukang jahit kat bangunan purple Pusu 3, hubby dia pegawai kat MSST.

Seterusnya ke rumah Mak Cik Mah aka sepupu abah (kakak kpd Mok ET). Rumah dia ada buat penambahan kat ruang belakang, so apalagi, budak2 nie pun gediks bergambo di dinding baru berwarna biru...

Adik

Sarah

Adik & Sarah

Love from Us...

Balik semula ke rumah Cik Long, naik lebuhraya coz nak tukar kete tu...Lepak jap, malam tu ada makan2 kat rumah umi aka along...Makan lagi...Jemputan ahli keluarga sahaja...


Nasi mama penuh ngan seafood - sambal udang, butter prawn, ketam masak ape ntah & ikan tenggiri masak lemak cili padi...oh kolestrol...Masakan tersebut telah dimasak dgn jayanya oleh bibik...thanx bibik, sedap bangat...

Nasi adik...

Abah punye...ketam woooo

Bersemangat gitu...

Alhamdulillah raya ke3 dapat menunaikan banyak perkara - menyatukan bonda tercinta ngan anak & menantunya, menghadiri jemputan/kenduri kahwin & menziarahi sanak saudara mama & abah...so fair...

No comments:

Post a Comment