Tarikh hari lahir mak yg sebenar adalah 11.03.2013. Majlis kecil2an nie dibuat seminggu kemudian bagi meraikan sekali dgn anak2 murid kafa yg mak ngajo kat kg. Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan hidup dipenuhi rahmat dariNya...
Umi Noni telah menyerahkan kepada mama tugasan menempah kek & muffin untuk diberi kepada anak2 murid mak. So seperti biasa mama telah menempah dgn Siti Aliffah yg mana kek2 homemade nya mmg best...
Red Velvet Cup Cake
Muffin strawbery & vanilla...
Antara goodies yg disediakan untuk anak2 murid...(bag2 tu mak guna recyle jer coz melambak kat rmh mak hasil kenduri-kendara di sana sini...sesetengah org x suka simpan....mama mcm chek gak...suka simpan)
Antara hidangan yg disediakan adalah nasi goreng, mee hoon goreng (mak goreng sendiri), satay (tempah), fun fries, nugget & kepok keping...
Anak2 murid membaca Surah Yasin. Pada asalnya anak2 murid sekitar 40 orang tp sebahagian yg beso2 (darjah 5-6) ada kelas tambahan...Yg sebelah mak tu paling kuat & lancar baca yasin...baru darjah satu tapi dah tamat Quran beso...hasil didikan Yayasan Terengganu...
Adik pun merai majlis baca yasin sama tok ma (mak sedara mama)
Mama & tok mama sibuk melayan kanak2...
Comei2 budak2 nie...yg baju sama nie adik beradik kot...hehe
Mercun bawang kalerful... biasa bawang putih jer...huhu
Nazif duk layan adik. Plan asal adik bawa nie nak main dgn kakak2 tp bila semua dah balik baru adik ingat mercun dia bawa...
Habis bersepah depan pagar rumah chek...sila sapu lepas main...
Bersama Iqlima - anak buah
Adik & tok ma sambil mkn RV
Abah datang selepas majlis dah selesai...
Bersama sepupu rapat ku....
Adib (anak sepupu) yg fasih membaca surah Yassin...sejuk perut ibu mengandung...Mama dia adalah spt gambo di atas...
Tart fruit nie Siti Aliffah bg free...juga oreo in jar....Thanx Siti...sungguh baikhati...
Antara present yg mak dapat daripada anak2 muridnya...
Eh orang kuat majlis x ada dlm gambo...huhu. Sori....Angah arif & along tiada dlm majlis kerana time nie masih di asrama walaupun sekolah lain dah mulai bercuti...
Moga mak bahagia dunia & akhirat...amin
No comments:
Post a Comment